Jurnal Syukur

Ruangan ini menghimpunkan catatan #SYUKUR saya dari wall FB, bermula dengan 100 catatan syukur.

Tip ini saya dapat dari Kak Chik Niza, anak murid Dr Azizan Osman.


JUN
23.6.14

#SYUKUR 057/100 ♡

Alhamdulillah hujung minggu yang seronok bersama keluarga kecil saya.

Sabtu sekeluarga ke sekolah untuk program khas murid dan ibubapa kelas pemulihan.

Ahad berehat di rumah, menjenguk blog dan ClothDNZ, merangka-rangka #ProjekTajaanBajuRayaAnakYatim dan menikmati kudapan air tangan suami tersayang.

Saya seronok jumpa kawan FB yang sejiwa: masak kerana kena masak, masih belum masak dari hati penuh passion setiap hari ..he..he..
DNA memasak kurang kuat lagi

22.6.14
#SYUKUR 056/100 ♡

Alhamdulillah telah menghadiri Majlis Warisan Suria Sekolah Kebangsaan Jalan 3 Bandar Baru Bangi semalam.

Banyak input motivasi dan keibubapaan yang sangat berguna.
Menemui inspirasi, harapan dan semangat.

InsyaAllah saya kongsikan di blog untuk memudahkan carian dan rujukan semula.



MEI
18.5.14
#SYUKUR 054/100 ♡
 

Alhamdulillah,
Selesai menghantar anakanda putera ke sekolah.
Perjalanan lancar.

Anakanda puteri bangun sendiri.
Semua keperluan disiapkan sejak malam.
Tidur pun tidak kerap terjaga.

Mode: Slightly blur … probably i'm not a morning person, takes time to warm up in the morning
feeling accomplished

 #SYUKUR 053/100 ♡

Alhamdulillah
Allah selalu datangkan kisah-kisah yang menginsafkan dari rakan-rakan fb.

Terbaru, kisah anak gelandangan.
Membaca sahaja pun sudah merah mata,
tidak pasti adakah kekuatan untuk turun ke lapangan …
Didoakan dapat memberi sumbangan dari kejauhan.

Semasa bekerja di Islamic Outreach ABIM, saya pernah ke tempat bekas penagih dadah, maknyah belajar agama di Lorong Haji Taib,
debarnya hanya Allah yang tahu.

Insan luar biasa sahajalah yang mampu kekal membimbing mereka kembali ke pangkal jalan …

Jika kita tidak mampu turun di lapangan,
menyumbanglah apa sahaja yang mampu,
usah diperlekeh fardhu kifayah, amal jariah yang dilakukan oleh insan-insan terpilih.

Allahummayassir.
Allah jua yang memberi sebaik-baik balasan.


 
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...