Pemilik

  •  Lactation Counselor (May 2013-)
  • Breastfeeding Peer Counselor (May 2011-)
  • ClothDNZ Manager (January 2010-)
  • Mom of two (2004-)
  • Librarian (2003-)

Saya Nik Zaleha Binti Nik Mustapha.
Keluarga dan rakan rapat memanggil saya sebagai Ha,
manakala rakan di pejabat atau rakan baru memanggil saya Nik / Nik Ha / Zaleha.
Anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang berketurunan Raja Jembal.
Telah berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata.

Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas selama 2 tahun.
Bersekolah rendah di Sek. Ren. Keb. Raja Bahar, Kota Jembal.
Bersekolah menengah di Maáhad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu.
Menyambung pelajaran di UIAM dalam jurusan Pengajian Ilmu Wahyu & Warisan
 (Major : Qurán & Sunnah Studies, Minor : Psychology).
Menyambung jurusan baru Perpustakaan dan Sains Maklumat, juga di UIAM.

Memulakan kerjaya sementara sebagai Guru Ganti di beberapa buah sekolah di Kelantan,
Pembantu Penyelidik di UIAM dan kakitangan Pusat Sumber Islamic-Outreach ABIM.
Kerjaya tetap sebagai Pustakawan bermula di Perpustakaan UIAM,
seterusnya bertukar ke Perpustakaan UKM sehingga sekarang.

Saya meminati bidang Keibubapaan sejak menuntut di universiti di mana Parenting adalah salah satu subjek yang ditawarkan dalam minor Psychology. Setelah mempunyai cahaya mata, minat saya semakin mendalam kerana banyak ilmu yang perlu dipraktikkan dalam mendidik anak-anak.
Salah satu ilmu yang berkait rapat dengan keibubapaan adalah penyusuan susu ibu. Ilmu ini sangat penting bagi ibu masa kini lantaran cabaran kehidupan moden yang sedikit sebanyak telah melupakan fitrah yang ada pada seorang ibu, menyusukan anak dengan susu ibu selama 2 tahun.
"Kegagalan" dan kejayaan serta pengalaman dalam menyusukan anak sendiri mendorong saya untuk terus mendalami bidang ini, seterusnya membantu lebih ramai ibu-ibu yang ingin menyusukan anak walaupun berstatus wanita bekerjaya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...