Showing posts with label Ulasan buku. Show all posts
Showing posts with label Ulasan buku. Show all posts

Thursday, November 19, 2015

4 rahsia penyusuan ibu bekerjaya

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


2 hari lepas saya sempat singgah di gerai buku yang membuat jualan di tempat kerja saya ni. Membeli dan membaca buku adalah terapi bagi saya :D Dalam banyak-banyak buku, terpandang buku yang sudah lama nak beli. Terus sambar je lah :) Saya memang pengumpul koleksi buku tentang penyusuan susu ibu.

Ibu-ibu yang berminat, boleh beli di Humaira Bookstore.

 Untuk siapakah buku ini?
🚼 Anda yang sedang hamil anak pertama dan mahu menyusukan anak, tapi tak ada idea macam mana nak mula?
🚼 Anda yang dah mula menyusukan anak, tapi bayi anda seperti tidak mahu menyusu. Anda tidak pasti masalah anda.
🚼 Anda yang mempunyai bayi yang semakin membesar bagai juara, tapi susu semakin merudum. Bagaimanakah cara nak tingkatkan semula kuantiti susu?
🚼 Anda yang suka membaca dan sudah habis google mencari info penyusuan. Tetapi makin banyak anda baca, semakin confuse dibuatnya. Mana satu yang betul ini?
🚼 Anda yang sedang cuti berpantang tetapi masih tiada persediaan untuk memerah susu dan tidak tahu cara menguruskan susu ibu yang betul.
🚼 Anda yang pernah gagal menyusukan anak pertama dan bertekad untuk berjaya menyusukan anak kali ini.
🚼 Anda yang berkobar-kobar mahu maintain susu dan menjayakan penyusuan sehingga usia anak 2 tahun.
🚼 Anda yang selalu tersinggung dengan kata-kata mereka di sekeliling anda yang tidak menyokong hasrat anda untuk meneruskan penyusuan. Anda hilang motivasi!
❗❔➡ Tahukah anda, kebanyakan ibu menyusu mengalami masalah yang hampir sama. Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya ini membongkar penyelesaian kepada masalah-masalah biasa yang dialami ibu menyusu dan menyingkap rahsia penyusuan dengan mudah bagi merealisasikan impian anda untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Anda pasti jatuh cinta lagi kepada penyusuan ibu!
Buku ini sangat bagus. Boleh dengar perkongsian dari pengarang di You Tube ini.





Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Tuesday, July 28, 2015

Menu untuk ibu menyusukan anak

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar :Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


WhatsApp 011-2300 8261
untuk tempahan

Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Mahukah ibu-ibu berjimat dengan mengubahsuai baju biasa menjadi baju menyusu?
Klik di sini >>> ClothDNZ


Tuesday, June 30, 2015

Si Permata Hatiku: Panduan Penyusuan Bagi Ibu Berkerjaya

Teks : Zaleha Mustapha 
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Si Permata Hatiku: Panduan Penyusuan Bagi Ibu Berkerjaya





Sharing with ♥ 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Mahukah ibu-ibu berjimat dengan mengubahsuai baju biasa menjadi baju menyusu?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, April 6, 2015

Bekerja dan berniaga : panduan kejayaan untuk suri (II)

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.



 Buku ini telah saya terima 12 Mac 2015. Penantian yang berbaloi! Saya suka membaca buku hasil dari pengalaman penulis denga input praktikal bukan teori semata-mata.

Buku ini mengandungi 14 bab.

Yang paling terkesan pada saya ialah, sebelum berhenti kerja pastikan kita cekap urus duit dan urus masa. Jika semasa makan gaji pun kita ada isu dengan dua perkara besar ini, tidak mustahil setelah berhenti kerja dan berniaga sepenuh masa, perniagaan kita tidak ke mana-mana dan kita masih seperti pekerja makan gaji dahulu.
“Situasi paling manis ialah jika anda bergelar bos kepada diri sendiri dikala hutang kosong. Hutang terbeban yang sangat normal kini ialah rumah dan kereta. Hutang normal ini akan menjadikan sesiapa sahaja kurang normal dikala bisnes berada di fasa runcing.”
Azura Abdullah

Alhamdulillah, saya sudah mencapai hutang kosong cuma belum bergelar bos kepada diri sendiri :D

Entri ini akan saya sambung semula .... :)



Teruja dengan naskhah kedua dari penulis, Berhenti kerja dengan bergaya : panduan kejayaan untuk suri.


Sharing with ♥


 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, November 19, 2014

Tips penyusuan susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : e-Book Ohibu

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


 
Ibu-ibu boleh mendapatkan ebook percuma ini di www.tipspenyusuansusuibu.ohibu.com
Jemput baca buku-buku tentang penyusuan susu ibu di sini-->Buku susu ibu

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, September 8, 2014

Belajar menyintai diri

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Minggu Sindrom prahaid (PMS) adalah minggu yang tidak menggembirakan. Jiwa kacau bilau rasanya. Apa yang dapat membantu saya sedikit tenang ialah melalui solat sunat, baca Qur'an, baca buku, tidur, menyanyi dan menangis. Rasanya sejak umur saya melebihi 35 tahun, gejala PMS ini semakin kuat menyerang. Perlu buat kajian cara nak hadapi ni. Mengikut apa yang saya baca PMS ini disebabkan penggantian kadar hormon estrogen dan juga progesteron dalam tubuh. 

Lebih 90 peratus wanita pada usia reproduktif akan menderita simptom PMS. Dianggarkan tiga hingga lapan peratus mengalami simptom kelesuan. [Sumber]

Wow! Maknanya saya adalah normal seperti kebanyakan wanita lain :D

Bekerja pun rasa tiada semangat namun emosi negatif mesti dilawan ...

Bekerja dengan buku, sempatlah membelek buku ini untuk mencari mood bekerja di minggu ini. (Oh, saya terlalu inginkan SOHO). Satu bab yang menarik perhatian saya ialah Wanita harus belajar menyintai diri sendiri.


Antara tanda tidak menyintai diri adalah selalu merasa tidak puas hati dan merungut pada diri sendiri. Sikap buruk ini perlu diubah dengan cara berikut:

1. Hentikan segala kritikan terhadap diri.
Belajar menerima diri sendiri. Jika ada yang perlu diubah, lakukan secara positif.

2. Sokonglah diri sendiri.
Dapatkan kawan-kawan yang dapat menyokong kita pada waktu yang kita perlukan.

3. Bersikap baik terhadap minda sendiri.
Ubah cara berfikir secara beransur-ansur.

4. Pujilah diri.
Pujian adalah untuk menyedarkan bahawa kita ada kelebihan diri.

5. Jangan menakutkan diri sendiri.
Berhenti memikirkan perkara bukan-bukan yang menjadikan hidup tidak gembira. Cari imej yang menyenangkan dan tukar fikiran ketakutan ke arah kegembiraan.

6. Bersikap lemah lembut, baik hati dan sabar.
Berlembut dan pemurah terhadap diri sendiri. Bersabar dan layan diri sendiri sebaik mungkin.

7. Usah membenci musuh-musuh kita.
Cari jalan yang positif untuk lepaskan kebencian dan berusaha untuk memuji musuh-musuh yang ada.

8. Cermin diri.
Pandang ke dalam mata, luahkan rasa cinta untuk diri sendiri. Berdiri di hadapan cermin dan ucapkan sekurang-kurangnya sekali sehari "Saya sayangkan kamu, saya benar-benar menyayangimu"

9. Ambil berat tentang kesihatan.
Pelajari tentang pemakanan yang diperlukan oleh tubuh. Belajar senaman yang dapat membuat kita seronok. Jaga dan sayangi tempat tinggal kita.

[Image source]

Didoakan kita dapat mengamalkannya. Amin.

Ada satu lagi maklumat yang menarik dalam buku tersebut iaitu Senaman sungai kehidupan. InsyaAllah saya kongsikan di entri yang seterusnya.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, January 1, 2014

Penyusuan susu ibu secara mudah

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google 



Ulasan saya:
e-Book ini sangat menarik. Ia padat dengan panduan asas buat ibu-ibu menyusu.

Panduan disertakan dengan ilustrasi-ilustrasi menarik.


Sharing with ♥
 


Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Monday, December 2, 2013

Membesarkan Anak Hebat dengan Susu Ibu

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google 


Buku ini ditulis oleh Dr Faridah Idris, doktor pakar darah dan pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Beliau juga merupakan Peer Counselor Program Coordinator (PCPA) bagi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (MBFPCA), sebuah badan sukarela yang melatih Pembimbing Ibu Menyusu.

Buku ini merupakan manual lengkap penyusuan A-Z yang mesti dimiliki oleh semua ibu-ibu menyusu dan sesiapa yang sahaja yang ingin belajar tentang penyusuan susu ibu.
Ia mempunyai 28 bab dan dibahagikan kepada 3 bahagian. Antara topik menarik yang dikupas adalah:
  • 'Pemberian' susu ibu versus 'penyusuan' susu ibu
  • Tanda-tanda bayi mendapat susu dengan secukupnya
  • Anatomi dan fisiologi penyusuan ibu
  • Bapa juga mampau 'menyusukan' anak
  • Perlukan alatan yang mahal dalam penyusuan
  • Memerah dan menyimpan susu ibu sebelum kembali bekerja
  • Berurusan dengan penjaga anak
  • Kaitan antara penyusuan ibu, stres, dan pemakanan
  • Mengapa susu tidak banyak terhasil
  • Bengkak susu, puting luka, keradangan payudara, apa yang berlaku dan bagaimana ibu dapat menghadapinya
  • Mengapa bayi menolak susu ibunya
  • Bayi kuning, apa yang terjadi sebenarnya
  • Menyusu pada waktu malam
  • Menyusu di tempat awam
  • Bagaimana ibu dapat menangani kritikan dan persekitaran negatif
Harganya RM60 SM | RM63 SS. Sangat berbaloi untuk dimiliki!


Bagi saya penggemar dan pengumpul buku penyusuan susu ibu khususnya yang berbahasa Malaysia, buku ini sangat dicadangkan kepada semua kerana sangat lengkap, mudah difahami dan dihiasi dengan teks serta gambar berwarna-warni.

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Friday, December 19, 2008

Mahu kaya?cepat kahwin!


Nak share sdkt info dr buku yg br dikatalog td. Buku ini menarik juga tp huraian berdasarkan tajuk tu bg sy agk ringkas. Saya cuma tertarik dgn bab 2 buku ini iaitu Pkr yg memudahkan turunnya rezeki kerana lebih pjg berbanding bab2 lain :

Di dlm al-Qur'an, pktn rezeki diulang sbyk 120 kali. Menurut ulama tafsir, rezeki dlm al-Qur'an bermakna:
1- pemberian/anugerah
2- hidangan
3- mknn pg & mknn mlm
4- hujan
5- nafkah
6- buah-buahan
7- pahala
8- syurga
9- kebun & ternakan
10- rasa syukur

Hal2 yg membuat murah rezeki:
1- iman & takwa
2- istighfar & taubat
3- tawakkal kpd Allah
4- doa & zikir
5- syukur & sbr
6- menginfakkan harta di jln Allah
7- silaturrahim
8- bekerja keras dlm mencari rezeki yg halal

Doa & zikir
Cara2 agr doa kita terkabul :
1- akuilah segala kelemahan & dosa2 mu terlebih dahulu
2- hadirkanlah hatimu dlm berdoa
Thabit ibnu Aslam al-Banani berkata, "aku tahu ketika Allah mengkabulkan doaku".
Org yg mendengar ucapannya itu terkejut hairan & bertanya "Bagaimana engkau tahu itu?"
Dia menjawab, "Tatkala hatiku gementar, bulu romaku meremang, airmataku menitis dan lisanku mengucapkan doa.Pada waktu itu aku tahu bhw Allah tlh mengabulkan doaku"
3- dahuluilah dgn perbuatan baik
4- yakinlah bhw doamu pasti dikabulkan!
5- laksanakanlah amar ma'ruf & nahi mungkar
6- jgnlah tergesa2
7- perbaharuilah selalu taubatmu!
8- hadirilah majlis2 kebaikan
9- berakhlak mulia!
10- jadilah sebahagian dr mereka (iaitu doa org yg di dlm kesulitan & dizalimi, yg mendoakan saudara yg jauh, doa org tua kpd anknya, doa pemimpin, doa org musafir, doa org sakit)
11- mknlah mknn yg halal
12- pilih waktu yg baik utk berdoa :
1 hr Arafah, bln Ramadhan, waktu sahur, atr azan & iqamat, slps solat, waktu sujud, ketika khatib naik ke mimbar waktu solat Jumaat, ptg hr Jumaat, ketika minum air zamzam, ketika dgr aym berkokok waktu fajar, ketika berada di barisan perang & ketika trn hjn

Tuesday, December 16, 2008

Panduan merancang keluarga bahagia

Nak jgk update walaupun kije byk. Ni buku yg katalog td. Menarik walaupun info yg biasa kita dgr ttg hubungan suami isteri ni. Yg lebih menarik setiap bab diselitkan ayat/hadith dan contoh2 perbuatan Rasulullah dlm melayari bahtera rumahtangga. Menarik jg pd setiap bab disertakan penyebab suami/isteri tidak mahu berbuat pkr tersbt. Cth: Ada bbrp sbb suami/isteri tidak mahu berhias & memakai wangi2an. Atr penyebabnya: .....


Atr bab2 yg terdapat dlm buku di ats yg boleh dijadikan tips utk mengeratkan lg hubungan suami isteri (sbg refreshment utk diri sendiri jg ;)) :

Meningkatkan kemesraan suami isteri
Ketulusan yg menyenangkan menambahkan kemesraan
Rayuan melemahkan hati
Panggil dgn panggilan mesra & syg merangsangkan nafsu
Panahan mata membangkitkan berahi
Saling merendahkan mematikan nafsu
Menutup kekurangan pasangan meningkatkan hubungan
Saling mengalah & memaafkan meneguhkan ikatan
Tdk mencaci menimbulkan berahi
Menghargai peranan meningkatkan kesetiaan
Saling merasakan penderitaan pasangan teguhkan simpulan
Abaikan kepentingan hilangkan kemesraan
Cemburu buta mematikan kasih sayang
Jgn membandingkan dgn org lain
Meringankan kerja psgn
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Bergurau senda dgn suami @ isteri
Tidur di pangkuan suami @ isteri
Saling membelai suami & isteri
Mencium psgn anda
Tidue sekatil
Memberi kepuasan kpd psgn anda
Mandi bersama
Memakai bau-bauan kpd psgn
Menyisir ranbut psgn
Menyuap mknn kpd psgn
Berkelah bersama
Bersukan bersama
Menunaikan solat berjemaah
Saling mendoakan jk berjauhan
Mempunyai bilik peribadi
Menghias bilik tidur secara romantic
Tempat tinggal yg selesa

Details bg setiap bab kenalah dptkan buku tersebut..he..he..Aku pun bc gitu2 je. Kalau fokus tak buat kejelah jwbnya. Nipun bkn main liat nak start mood kataloging nih stlh sakan cuti raya. Update ttg raya di lain n3 ya :)

Monday, April 21, 2008

Petunjuk Jln Kekayaan


Dulu ada janji nak wat n3 khas isi buku Petunjuk Jln Kekayaan tulisan Chef Li, hadiah besday kat abe hr tu. Menarik gak buku tu. Atr yg nak dikongsi :

Bab 12 : Kenapa saya masih belum kaya?
6 kunci kekayaan :
1. Mempunyai satu usaha yang mendatangkan wang

2. Kekayaan bermula dgn menyimpan sebahagian pendapatan secara berterusan
Agihan pendapatan:
1/10 utk dilupakan (saving)
1/10 utk melunaskan htg
1/10 utk agama (termasuk zakat) & sumbangan kemasyarakatan
2/10 utk keluarga
1/10 utk diri sendiri
1/10 kpd org tua
2/10 utk digandakan semula
1/10 utk perniagaan sedia ada

3. Menggandakan wang kita melalui pelaburan yg bersih & menguntungkan

4. Tunaikan hak2 yg berhak :
- byr zakat
- gembirakan org tua
- tlg kaum kerabat
- bersedekah
- infaq
- amal jariah

5. Jgn berhtg & jgn memberi htg
- bila kita beri htg ia seolah2 menyemai benih sengketa apabila si peminjam tak mahu / gagal byr balik
- kalau ada yg mintak kita berilah setakat yg mampu dgn niat sedekah, hadiah, zakat @ infaq

6. Berdoa, bertaqwa & bertawakkal

Bab 14 : Pastikan anda berada di pintu kekayaan
Berniaga –
i. makanan
ii. ubatan & kesihatan
iii. pakaian
iv. pendidikan

Perniagaan yg berhubungkait dgn keempat2 pkr di ats adlh dianggap stabil & dpt menjana pembayaran yg konsisten krn manusia mempunyai SEBAB yg sgt kuat utk dptkan 4 pkr tersebut utk memenuhi keperluan hidup

Bab 18 : Strategi kekayaan
1. Minta ampun, halal & restu dari kedua ibubapa
2. Berbincang dgn isteri & ank2 & minta sokongan & doa dr mereka
3. Ikut sertakan ank2 & isteri dlm bisnis
4. Kerjakan 1 jenis perniagaan shj dlm satu2 masa (sblm mengembangkannya)
5. Ahli kongsi perniagaan yg terbaik adlh isteri kamu. Didik dia agar betul2 mendokong perjuangan kamu dlm perniagaan
6. Siapkan satu buku catatan harian, catat setiap aktiviti harian. Sblh mlm tandakan aktiviti yg menyumbang kejayaan & kekayaan. Jgn mengulangi aktiviti yg tdk bermanfaat
7. Dekati shbt2 dr kalangan pengusaha yg baik, rajin & soleh
8. Jauhi rakan2 yg ahli maksiat, pemalas, pesimistik, pencinta dunia & anti-bisnes yg murni
9. Rajinlah solat malam & solat Dhuha
10. Rajinlah berfikir & berzikir
11. Bykkan bersedekah
12. Tunaikan zakat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...