Monday, December 27, 2010

Cloth Pad pula

Setelah 1thn 9bln 'kwn lama' akhirnya sampei jua. Terkejut pulak.

Mari survey2 tentang brand cloth pad di Malaysia :
BluCotton
Lampinkain
Myluvlypad
Mamapatch
Saffa
Snowdrop
Snexy

lagi kedai yang menjual Cloth Pad di http://clothdiapermalaysia.com/2009/11/womens-cloth-pads-liners-in-malaysia/

Anak berCD, ibu berCP ;)

Sunday, December 19, 2010

Setitik pun sayang sangat

Catatan 5.30 pg:
Setelah sekian lama tidak mengalami susu tumpah, pagi ni kena jugak...sob..sob..excited sangat dpt praktis teknik marmet dari 1st session masa belajar petang tadi, dapat tak sampai 0.5 oz tapi 2nd session almost 1oz tapi terlepas botol dek sblh berfs tapi pegang dgn tangan je sebelah lagi bermarmet. Lenguh tangan letak botol susu jap, bila nak ambik tu terlepas pulak :( Cepat2 ingat rezeki Adnin setakat tu je. Moralnya berhati-hati, fokus mengepam..he..he..

Tips untuk mengelakkan susu tumpah (khususnya double pumping) :
- concentrate mengepam sahaja
(mengepam sambil buat kerja lain esp. yg urgent mungkin mengakibatkan botol susu tertumpah)
- setelah selesai pam, letak susu di tempat lebih tinggi atau jauh sedikit dari kita atau barang2 lain
(ku pam bwh meja sambil bersila ;) sementara nak tutup, botol susu tu letak atas meja, kalau letak sama level dgn kita mungkin akan terkena lutut dsb.)
- terus tutup botol susu yang dah siap sementara nak buka botol susu yang sebelah lagi dari pam
- jika berlaku jgk cepat2lah ingat Allah tetapkan rezeki setakat tu sahaja
- terus istighfar & Alhamdulillah, insyaAllah kita akan rasa lega
(mmg nak nangis & meraung kalau tumpah satu botol tu, salahkan diri sendiri yg cuai tapi yang tumpah tu takleh nak ambik balik dah, just be strong ;) takpe ummi perah lagi ;))

Friday, December 3, 2010

My Bling Moment : Breastfeeding THE CONTEST

My Bling Moment : Breastfeeding

Duhai anakku,
menyusukanmu adalah detik terindah buatku,
itu fitrah ku sebagai ibu,
itu hakmu tanpa ragu,
dicari ilmu tanpa jemu,
diiringi keyakinan tiada ragu,
berbekal azam dan ketabahan,
segala rintangan akanku bertahan,
bukan mudah mengharungi cabaran,
tatkala kesibukan, kelelahan dan susu yang berkurangan,
Namun demi yang terbaik untukmu,
demi cinta kasihku yang jitu,
apatah lagi telah termaktub dalam al-Qur'an kitab panduan hidupmu,
dan juga Sunnah Nabi mu,
maka daku akan terus menyusukanmu,
dengan izin Nya hingga genap 2 tahun usiamu,
atau sehingga mana yang kau mahu,
kerana setiap kali kau berada dalam pelukanku,
kasih suci ini mengalir bersama-sama titisan susu yang kau teguk itu.

Susu ibu, anugerah yang tiada tandingan.

*****************

Luahan hati ku khas untuk contest anjuran :
blog MySuperKids (http://mysuperkids.net),
bersempena dengan pelancaran blog Susu Sihat (http://blog.sususihat.com) dan sebagai mempromosi tentang breastfeeding in public (penyusuan di tempat awam) dengan rangkaian Bling Buubies (http://www.blingboutique.biz).

Ibu-ibu boleh ke http://mysuperkids.net/my-bling-moment-breastfeeding-the-contest/ untuk melihat syarat-syaratnya. Contest ends today ;) hadiahnya sangatlah marvelous!

Tingin gak jadi duta baju menyusu Bling Buubies ;) Gambar di atas adalah semasa Hari Susu Ibu Ogos 2010 lepas. Bersama-sama rakan susu ibu jadi model baju menyusu Mumdreams. Dan tu gambar paling berani menyusu kat public..he..he..kat depan stage tu semua ayah-ayah cameraman weh tapi dengan baju menyusu yang sangat praktikal & selesa, menyusu di tempat awam bukan menjadi masalah. Bila selesa & tenang pengeluaran susu pun lancar & sikecil pun tenang serta kenyang hingga lena di pangkuan ;)

Doa2 ada rejeki dapat adiah mabeles tu & as promotion utk semua ibu2 agar jangan segan menyusu di tempat awam :)

<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>

Result dah keluar DI SINI

Tahniah pd mama2 yang menang. Takde rejeki ummi kali ni ;) Alhamdulillah 'ala kulli hal. Dgn menyertai contest ni bertambah lg kenalan ummi di alam maya dgn mama2 yg menyusukan ank2 mereka ;)

Thursday, December 2, 2010

"SHOW YOUR TEETH BABY!" CONTEST 2010

Nama penuh : NIK ADNIN HAFIYYA BINTI NIK AZMI
D.O.B dan umur : 18 MAC 2009, 1 TAHUN 8 BULAN
Hobi : MAKAN KERTAS (MACAM PAPER TESTER LAK, ASAL JUMPA KERTAS MESTI MASUK MULUT, NYUM NYUM MACAM SEDAP BENOR KERTAS TU, KALAU TAK PAKSA KELUARKAN/KOREK SELAMATLA KERTAS TU MASUK PERUT :P)
Berapa batang giginye yang dah ada sekarang : 16 BATANG


LINK Entri Pertandingan ini:


**********************

Entri di atas adalah untuk penyertaan contest anjuran Lynn. Dah lama tak join contest ;) Mama2 jomla la join, hadiah best!

Tertarik dengan contest ni sbb Adnin jarang sangat ada gambar tengah menyengih gitu. Acik serius orgnya ;) So ummi selongkarlah folder gambar di lappy abah. Berapa ketui je yang ada gambar nampak gigi. Gambar utk contest tu kat ats tu je. Untuk tatapan ummi & aunty2 Adnin, ummi buhla gambar2 lain yang nampak gigi. Senyumanmu pengubat duka ku ;)

Ni tadok gigi lagi


<<<<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>>>>

Jom tengok sengihan2 ceria peserta di SINI ;)
ada TOP 50/156 participants..he..he..tatau Adnin ada rejeki ke idok..tungguuu ;)

TOP 50 dah ada di SINI
My sweet baby tak tersenarai..he..he..tadak rejeki. Dakpe, nanti join contest lain plok ;)
Nanti ada Top 25 pulak taw. Kita tengok lah kwn2 yang bernasib baik ye ;)

Wednesday, December 1, 2010

Usahawan Internet yang Berjaya

Part1


Part2


Part3


Berminat ingin menimba ilmu perniagaan? Daftar PERCUMA sebagai ahli Edymart. KLIK di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...