Showing posts with label Tip simpan duit. Show all posts
Showing posts with label Tip simpan duit. Show all posts

Sunday, June 22, 2014

Panduan mengurus kewangan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google
Image source : iheartorganizing.blogspot.com
Tip ini saya dapat dari wall FB Puan Suraya Ali, IBCLC dan jutawan Muslimah, pemilik Lunatots.

Beliau juga ada menjual Cash Book Folder. Ibu-ibu yang berminat boleh PM FB beliau (klik pada nama di atas).

Jika ingin DIY boleh cuba tutorial DIY Cash-System Wallet Tutorial


Untuk ibu-ibu bekerja,
asingkan gaji kepada 6 bahagian :

1. Needs (60%) - Belanja harian, sewa rumah etc etc
2. Financial Freedom Account (10% ) - untuk beli hartanah atau pelaburan saham
3. Long term saving for Spend (10%) - untuk pergi Haji atau mahu beli kereta idaman
4. Education (5%) - untuk pergi kelas atau beli buku. Upgrade ilmu.
5. Giving (5%) - Untuk sadaqah. Nak beri lebih pun boleh. Ambil bajet makan dari grup (1) needs.
6. Ourself (10%) - Beli sesuatu untuk diri. Jubah baru ke. Make up ke. Handbag ke. Apa apa yang membahagiakan.

Untuk ibu menyusu, boleh lah masukkan dalam senarai:
Education (5%) - pergi kelas penyusuan susu ibu, beli buku susu ibu, jumpa kaunselor laktasi
Ourself (10%) - beli gadjet/ aksesori penyusuan:baju menyusu, pam susu, cooler bag, nursing cover dll.

Didoakan kita dapat amalkannya :D

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, December 30, 2013

Tip berbelanja bijak Prof. Dr. Rozieta Shaary

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google


Tip ini saya dapati dari FB page Ibu Rose --> Prof. Dr. Rozieta Shaary
Picture credit: smart2wise.aloveworld.com

1) Pantau dulu harga barang di kedai. Dapatkan best buy.  

2) Beli yang perlu saja. Contohnya, seorang anak, cuma sepasang kasut baru. Kasut lama guna untuk spare, jika kasut basah atau terlalu kotor.

3) Baju sekolah pun beli sepasang jer. Yang lama atau yang kakak punya pass kat adik, jadikan spare sementara membasuh yang baru.


4) Makanan dibekal dan beri sikit jer duit belanja sekadar nak melepaskan keinginan membeli kueh yang diinginkan semasa rehat. Bekalan, adalah makanan yang mengeyangkan.


5) Buku sekolah, itu tiada kompromi, Ibu beli yang baru kecuali yang pass kat adik, tapi anak akan mendapat alat tulis yang baru cuma tidak berlebihan.


6) Beg sekolah, Ibu akan suruh mereka basuh yang sedia ada dan pakai hingga dah tak boleh pakai dah. Tidak perlu beli baru hanya sebab nak baru.


Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Saturday, December 28, 2013

Cara mudah menabung

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google


Alhamdulillah misi ini telah bermula walaupun belum memasuki tahun 2014.

Tip ini saya perolehi dari Tuan Shamsudin Kadir. Rakan di FB juga telah mula memparktikkannya. Seronok bila ada ramai kawan turut serta. Bila mereka kemaskini, kita pun rasa semangat nak komited.

Tuan Shamsuddin Kadir menyarankan strategi menabung yang selamba, menyimpan tanpa stres.

Buat sistem TIDAK BOLEH BELANJA DUIT KERTAS RM5 (warna hijau) atau RM20 (warna oren) - bergantung pada status kewangan semasa.

HARAMKAN belanja duit itu bagi membolehkan simpanan.

Duit yang terkumpul itu digunakan untuk beli emas atau bayar lebih hutang yang masih ada.

 

Kita tengok hasilnya 3 bulan dari sekarang. Sasaran Disember 2014 adalah RM5 ribu ;)

Bagi ibu menyusu, kaedah ini boleh digunakan untuk membeli pam baru atau barang-barang keperluan dalam tempoh penyusuan.

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...