Showing posts with label Ubat dan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label Ubat dan susu ibu. Show all posts

Wednesday, December 24, 2014

Ubat yang dilarang ketika menyusukan bayi

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Picture source]
Antara jenis ubat yang dilarang ketika ibu menyusukan bayi adalah:
1. Ubat antikanser.
2. Ubat yang mengandungi radioaktif.
3. Ubat psikiatrik dan antikekejangan.
4. Dadah barbiturat dan diazepam.
5. Antibiotik cloramphenicol, tetracyclines, metronidazole dan quinolone.
6. Ubat sedatif semasa bersalin.

Jika ibu mengambil ubatan ini, ia memungkinkan bayi menjadi tidak cergas, mengantuk dan kesan-kesan sampingan yang lain.

Adalah amat penting bagi ibu untuk memaklumkan kepada doktor bahawa beliau sedang menyusukan anak semasa mendapatkan sebarang rawatan/ubatan.

Tip mengurangkan kesan ubatan semasa menyusukan bayi:
- Elakkan menyusu bayi sebaik sahaja mengambil ubat (ketika kepekatan ubat pada tahap tinggi).
- Jarakkan (masa) pengambilan ubat dan penyusuan bayi.


Sumber: Sentuhan Kasih

Baca juga tentang Ubat dan kesannya pada penyusuan susu ibu


Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Saturday, June 14, 2014

Ubat dan kesannya pada penyusuan susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google


Jenis ubat dan kesannya pada penyusuan ibu:

1. Ubat penahan sakit
:
Aspirin
> Selamat jika guna sekali sekala, mudarat jika selalu diambil

Paracetamol
> Belum terdapat kesan mudarat walaupun selalu diambil

2. Ubat menghalang cirit-birit
Kaolin
> Kesan berbahaya tidak diketahui

Loperamide
> Guna secara berhati-hati. Rujuk doktor & pegawai farmasi

3. Ubat batuk dan selsema
Dextromethorphan
> Belum terdapat kesan mudarat

Pseudoephedrine
> Guna secra berhati-hati

4. Zat besi untuk anemia
Tidak berbahaya dalam dos yang dibenarkan

5. Ubat cacing
Pyrantel
> Kesan berbahaya tidak diketahui

Mebendazol
> Tidak digalakkan

~ Sumber: Buku 100 persoalan mengenai penyusuan susu ibu


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...