Showing posts with label Doa susu ibu. Show all posts
Showing posts with label Doa susu ibu. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Doa kekuatan hati untuk menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Surah Ali Imran : 8
(Mereka berdoa dengan berkata) : 
Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau memesongkan hati kami 
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan 
kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu, 
sesungguhnya Engkau jualah Tuhan 
yang melimpah-melimpah pemberianNya.

Menyusukan anak dengan susu ibu memerlukan jiwa yang cekal. Andai diberi "bisikan dari Nya" untuk menyusukan anak dengan susu sendiri, maka bertabahlah. Tiada kekuatan yang mampu kita dapat melainkan dari Allah jua. Insan-insan sekeliling yang menyokong memang penting, tetapi yang lebih penting adalah HATI kita sendiri. Sejauh mana kuatnya kita yakin Allah akan membantu kita di sepanjang perjalanan penyusuan yang bermakna ini.

Amalkanlah doa di atas pada setiap masa agar saat kita buntu dalam cabaran penyusuan, Allah akan hadirkan penyelesaiannya melalui jalan-jalan yang kita tak sangka. Allahumma aamiin.

Rujukan :
4 rahsia penyusuan ibu bekerjaya


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Sunday, November 23, 2014

Zikir tambah susu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : FB

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Perjalanan penyusuan susu ibu sangat indah walaupun ada cabaran yang menuntut ibu untuk lebih cekal dan melipat gandakan usaha serta tawakkal. Setiap ibu pasti merasai perbezaan dalam diri, baik dari segi spiritual, minda dan juga fizikal setelah berada dunia penyusuan susu ibu.

Dengan dunia penyusuan susu ibu, kita dapat "kembali" dekat padaNya apabila kita menyedari bahawa Pencipta, Pemberi susu itu adalah Allah. Justeru, apabila ingin menyusu atau memerah susu, kalimah Bismillah pasti terucap di bibir kita. Sepanjang penyusuan juga, pasti kita menjaga adab-adabnya.

Apabila mengalami detik getir juga, pasti kita akan mencari Dia. Hanya kerana susu ibu, sanggup bangun solat hajat dan doa tidak pernah putus, Alhamdulillah. Yakinlah ibu akan kembali tenang dan redha apabila ibu mula mengamalkan doa dan zikir-zikir ini.

[Kredit: Dunia Laktasi]

Selamat beramal.
 

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu


Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, October 26, 2014

Adab dan doa menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Sumber]
Menyusukan anak adalah antara momen terindah bagi seorang ibu. Semasa anak menyusu berlakunya ikatan (bonding) antara ibu dan anak. Inilah anugerah yang tidak ternilai buat ibu menyusu.

Adakah ibu-ibu telah mengamalkan adab dan doa menyusu semasa tempoh menyusukan anak? Dr Harlina Halizah Siraj ada kongsikan adab menyusu yang beliau amalkan iaitu sering membaca Al-Qur'an semasa menyusukan anak. Hasilnya anak-anak mudah belajar Al Quran sejak kecil.

Saya ada kongsikan doa ibu menyusu di sini.
Melalui bacaan di sebuah forum, saya tertarik dengan perkongsian Puan Robhunhayati tentang adab menyusu yang beliau amalkan:

- baca Bismillah dan doa makan
- selawat syifa'
[Sumber]

- semasa sedang menyusu niat dalam hati "Ya ALLAH jadikanlah susuku ini makanan yang halal buat anakku, makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan buat anakku dan berilah aku kekuatan untuk terus menyusukan anakku".

Selamat beramal :)


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Tuesday, July 1, 2014

Doa untuk ibubapa

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Image source : www.greenprophet.com
Doa ini adalah sebahagian dari doa yang saya terima melalui Whatsapp.

Untuk ibu menyusu, boleh juga mendoakan:
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Setiap titis susu ku yang mengalir dalam diri anak(-anakku)
Kau gantikanlah dengan pahala kebajikan
yang dapat membawa ku ke syurga Firdaus ya Allah
Amin amin ya Rabbal 'alamin
Doa seorang ibu di bulan yang mulia ini pasti dimakbulkan Allah, insyaAllah. Doalah apa sahaja, khususnya ibu-ibu yang merasa ada ujian dalam perjalanan penyusuan susu ibu ini. Bangunlah solat hajat, doalah setiap masa dan percaya Allah akan perkenankan.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ


Sunday, December 1, 2013

Doa ibu menyusu

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google 

Kredit : bayurini.wordpress.com
Menyusukan anak adalah pekerjaan yang amat mulia kerana ia adalah suruhan Allah seperti dalam firman-Nya dalam surah al-Baqarah : ayat 233

Kredit : duniasusuibu.com
Sebelum kita memulakan usaha untuk menyusukan anak tersayang, langkah pertama yang perlu dibuat adalah berdoa agar Allah sentiasa melorongkan jalan ke arah kejayaan impian kita. Selepas berusaha, kita berdoa lagi dan bertawakkal agar Dia mengizinkan segala usaha dan doa kita.
Doa --> Usaha --> Doa
Doa ini dikongsikan oleh Puan Siti Asma Moin, rakan saya yang sama-sama komited dalam berkongsi ilmu penyusuan susu ibu. Beliau adalah Kaunselor Laktasi yang berpengalaman. Doa ini dikongsikan semasa kelas Bicara Kasih Penyusuan Susu Ibu di MumDreams, Bandar Baru Bangi, Julai 2013 yang lepas.

" Ya Allah, daku memohon ya Allah,
kenyangkanlah apabila anakku menyusu dengan susuku,
agar ia menjadi wadah kepada kesihatannya 
serta daku berada dalam keadaan tenang 
dalam rahmat dan kasih sayang-Mu
Terima kasih Allah
Terima kasih Allah
Terima kasih Allah.
Aaamiin".


Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Friday, March 18, 2011

Motivasi Untuk Diriku

N3 ini akan kekal di sini sebagai motivasi utk diriku meneruskan misi penting
penyusuan susu ibu selama 2 thn
ini.


Doa untuk menambahkan susu:
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

AminMaksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki unt
uk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
Surah Yasin ayat 72-73
Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...