Gambar : Carian Google
Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.
[Sumber] |
Menyusukan anak adalah antara momen terindah bagi seorang ibu. Semasa anak menyusu berlakunya ikatan (bonding) antara ibu dan anak. Inilah anugerah yang tidak ternilai buat ibu menyusu.
Adakah ibu-ibu telah mengamalkan adab dan doa menyusu semasa tempoh menyusukan anak? Dr Harlina Halizah Siraj ada kongsikan adab menyusu yang beliau amalkan iaitu sering membaca Al-Qur'an semasa menyusukan anak. Hasilnya anak-anak mudah belajar Al Quran sejak kecil.
Saya ada kongsikan doa ibu menyusu di sini.
Saya ada kongsikan doa ibu menyusu di sini.
Melalui bacaan di sebuah forum, saya tertarik dengan perkongsian Puan Robhunhayati tentang adab menyusu yang beliau amalkan:
- baca Bismillah dan doa makan
- selawat syifa'
[Sumber] |
- semasa sedang menyusu niat dalam hati "Ya ALLAH jadikanlah susuku ini makanan yang halal buat
anakku, makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan buat anakku dan
berilah aku kekuatan untuk terus menyusukan anakku".
Selamat beramal :)
Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
No comments:
Post a Comment