Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Sunday, December 11, 2016

Aktiviti cuti sekolah - Explore the nature

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Semalam ke Free Children Activity Day (CAD) di Tadika Naluri Bangi2, Seksyen 3 Bangi. Tadika ini akan dibuka Januari nanti. Bila masuk ke tadika tersebut rasa seronok sangat sebab kawasannya lapang dan ada banyak pokok. Ada buai, pondok dan tandas di luar rumah. Rumah itu dahulu katanya tempat penjagaan warga emas.



Aktiviti bermula dengan sesi melawat sekitar rumah dan kemudahan dalam tadika. Seterusnya sesi mengenal pokok. Dalam sesi ini anak-anak belajar nama, bau, rupa dan bagaimana ia hidup. Sesi diteruskan dengan aktivti menanam pokok bersama ibubapa. Dalam aktiviti ini ibubapa digalakkan berinteraksi dengan anak-anak seperti membilang scoop tanah yang dimasukkan ke polibeg.

Pn Noor Hayati Abdul Hamid.
Principal Consultant NLI Education Sdn Bhd.

Adnin tanam anak kangkung

Tanam bunga spider lily

Hasil tanaman anak-anak bersama ibu bapa dan boleh dibawa balik
Aktiviti Flower Craft
Beli pokok basil dan ulam dengan harga seikhlas hati ☺
Untuk ibu bapa yang ingin mengetahui lanjut mengenai tadika yang berkonsepkan natural learning ini boleh dapatkan maklumat di https://www.facebook.com/NALURI.early.excellence.centre/


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Sunday, December 4, 2016

Persiapan sekolah 2017 - KAFA

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

#anaksekolah #backtoschool2017
 


Alhamdulillah selesai daftar Sekolah Rendah Islam/KAFA anakanda puteri.
Setelah ditolak apa yang boleh ditolak, jumlahnya kurang RM7 nak genap RM1K.
😰 Mak tanjat.
Ingatkan ada lebihan barang seratus dua.
Nak jimat, pilih skim buku teks.
Tak dapat beg percuma sebab ada item yang tolak.

Huhu ..
Mak terus membawa diri ke kedai.
Beli makanan buat terapi.
Dah habis duit, lagi menghabiskan duit.

Sambil memandu sambil memujuk diri.
Ini tanggungjawab. Ini pelaburan.
Habis duit untuk pendidikan itu bagus 😃
Kerana itu pilihan sendiri, maka ada harga yang perlu dibayar sendiri.

Mungkin ada tempat yang lebih jimat tapi tempat ni difikirkan terbaik 😊
Duit habis boleh dicari.
Anak gembira belajar dan dapat ilmu itu lebih bermakna.

TIP MEREDAKAN SEDIH HATI BILA DUIT HABIS 🔛 SEDEKAH ✌
Kalau musim belanja nak masuk sekolah ni, sedekahlah berkaitan anak sekolah.
InsyaAllah hati tenang dan cukup je keperluan anak sekolah kita.
.




Petang tu mak terus cari tabung duit syiling.
Lupa dah letak mana.
Alhamdulillah jumpa.

Siap kira dah.
Senang nak tukar ke duit kertas atau bank in.
Isunya berat nak angkut semua ke bank 😂

Lepas kelengkapan sekolah anak ni.
Siapa nak bagi ratus-ratus kan 😉

#tipmenabung
Asal ada syiling, masukkan je dalam tabung.
Tak kiralah berapa sen.
Tunggu je sampai penuh.
Lagi besar tabung lagi elok.
Sangat berguna masa perlu belanja lebih macam untuk #anaksekolah dll.
 


Persiapan sekolah untuk anakanda putera belum mula lagi.
Pasti beli pakaian baru tu sebab semakin membesar bagai johan.
Beg sekolah dia dah diambil oleh adik.
Mak kena buat senarai baru lah ni.

 #kembalikesekolah2017 #belanjasekolah

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Tuesday, November 22, 2016

Kemudahan pendidikan anak istimewa di Bangi

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Source]

Sedar tak sedar, sudah 3 bulan blog ini terbiar sepi ... Banyak menulis ringkas dan santai (tema diari) di Instagram sahaja. Blog ni macam lebih serius :) Tahun ini dan akan datang, kurang aktif sedikit dalam bidang penyusuan susu ibu atas faktor semasa. Namun bidang ini sentiasa di hati saya. Banyak kongsi penulisan rakan-rakan sahaja (di FB). InsyaAllah saya usahakan juga sedikit perkongsian tentang penyusuan susu ibu nanti.

Kini banyak cari info tentang keibubapaan khususnya penjagaan dan pendidikan anak istimewa. Saya tulis di blog untuk rujukan dan kenangan akan datang :)



Hampir memasuki bulan Disember, sejujurnya saya semakin berdebar untuk menghadapi rutin baru - persekolahan anakanda putera Januari nanti di sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI). Responnya masih sama=diam bila saya maklumkan: "nanti abang sekolah baru tau". Perlu sesi hati ke hati ni. 

Bermula Rabu lepas (16 November 2016), saya mulakan rutin diffuse calming eo setiap pagi dan malam. Pagi diffuse Frankincense, malam diffuse Purification/Lavender. Alhamdulillah dia boleh terima bau-bauan eo ni. Sebelum ni cuba sapu tapi dia tak selesa, selalu mengelak bila nak sapukan. Jadi kita ubah ke teknik diffuse pula. Masa titik eo tu baca doa-doa tulus dari hati ibu :)

Antara perancangan bulan Disember :

- terapi untuk anxiety (hipnosis + perubatan Islam)

- ujian pengesanan tahap masalah pembelajaran spesifik di PDM
- kelas mengaji dengan home tutor yang mesra anak istimewa

- weekly outing (taman/pantai/kedai/zoo/pet corner)

Di Bangi sebenarnya banyak kemudahan untuk anak-anak istimewa walaupun sesetengahnya agak terhad dari segi kemasukan. Itulah rupanya hikmah ditakdirkan berpindah ke Bangi 9 tahun lepas.


Antara kemudahan pendidikan untuk anak istimewa di Bangi:

Pusat Disleksia Bangi
Qamara Therapy and Special Education
SK Jalan 6 Bandar Baru Bangi - PPKI
SMK Abu Bakar Baginda -  Kelas Pendidikan Khas
PLPP Bangi - Kursus Pra Vokasional

Senarai kemudahan dan keistimewaan OKU di web JKM

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Saturday, March 12, 2016

Anakku ... berbeza?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Semalam jumpa guru kaunseling anakanda putera. Sudah lama sebenarnya nak jumpa, berikutan sedikit kelainan yang ada pada anak kesayangan ini. Mother's instint yang terpendam sekian lama ... Mungkin juga saya dan suami melalui fasa "denial" = dia macam budak-budak biasa, lambat sedikit je dalam pembelajaran. Hakikatnya hanya Allah yang tahu ...

Tahun ini agak tough kerana anakanda putera akan menduduki UPSR. Di sekolah, telah mula proses "drilling" soalan-soalan latihan UPSR. Anakanda pernah tak hadir sekolah 4 hari berikutan demam viral. Banyak pelajaran dan latihan yang tertinggal sampailah dia mogok tak nak ke sekolah sebab takut tak siap latihan. 2 hari tak ke sekolah. Itulah menjadi titik pertemuan dengan guru kaunseling.



Melalui perbincangan, ada 2 isu besar yang kami perlu uruskan: masalah pembelajaran dan psikologi (kurang yakin, kurang berani, kurang aktif)

Isu pembelajaran:
- one-to-one teaching (tidak sesuai ke kelas tuisyen ramai)
- kami ajar sendiri subjek-subjek yang dipelajari
- cari guru yang dia biasa dan selesa

Isu psikologi:
- abah ambil alih sebahagian besar aktiviti dengannya (jalan-jalan, belajar)
- beri tanggungjawab ringan sedikit demi sedikit
- selalu bawa ke tempat awam
- hantar ke kem motivasi
- dapatkan surat dari doktor panel untuk di rujuk ke ujian pengesanan masalah pembelajaran akibat disleksia dll.




To read http://homeschoolingwithdyslexia.com/

Cikgu Matematik pun perasan masih ada nombor yang ditulis terbalik.

Masa buat latihan, macam dia ok tetapi bila jawab soalan terutama yang bertulis, seolah dia tak faham langsung apa yang dipelajari. Subjek UPSR semuanya "atas pagar dan merah", subjek selainnya seperti Seni, Muzik dapat A. Memang budak-budak yang ada ciri-ciri disleksia ni, kelebihannya pada bidang seni.

Cikgu bimbang bila dia dah masuk sekolah menengah dan ditempatkan dalam kelas hujung, banyak pengaruh tak elok. Jadi, kena sama-sama usaha untuk dia ada peningkatan dalam pelajaran.

Sepanjang sesi perbincangan, rasa bercampur baur tapi kawal diri. Tersentuh bila guru kaunseling memberi harapan anakanda putera akan jadi seorang yang baik jika kena cara didikannya sebab dia tak pernah ada masalah disiplin, hormat cikgu.

Balik dari sekolah, termenung sekejap. Fikir tindakan selanjutnya. Siri ujian dan pengesahan dari doktor pakar bukan ambil masa sekejap tapi penting untuk dibuat kerana jika anakanda disahkan ada disleksia atau apa-apa masalah pembelajaran yang lain, sekolah boleh mohon untuk calon berkeperluan khas dalam UPSR. Jadi, tempoh masa menjawab adalah berbeza dari murid biasa.

[Sumber]
Syaratnya kena ada kad OKU atau laporan perubatan from hospital kerajaan/swasta. 
Ada ibu yang kongsi, tarikh temujanji dengan pakar untuk dapat surat pengesahan sahaja (anak dah ada kad OKU) 6 minggu baru dapat. Itu yang paling awal berbanding hospital lain. Kena fikir alternatif melalui hospital swasta juga. Bersedia untuk berkorban duit, masa, tenaga ..

Saya kena solat hajat dulu sebelum bincang dengan suami. Masih mencari kekuatan dan ayat-ayat hendak dituturkan kerana sebelum ini pernah usulkan untuk pemeriksaan tetapi suami rasa anakanda ok.

Info dari group Anak istimewa~ADHD, Dyslexia, Austisme atau Masalah Pembelajaran:
(belum disemak jika ada perubahan maklumat terkini)

DEVELOPMENTAL PAEDIACTRICS 

Sime Darby Medical Centre Subang Jaya/Bangsar
-------------------------
1. Dr Rajini Sarvananthan/Developmental Paediatrics
- http://www.ramsaysimedarby.asia/ 03- 6279 3017
- Dr Ranjini also registered with Baby and Beyond - Bangsar Village.

HUKM, CHERAS
-------------------
Jabatan Pediatrik | Pusat Perkembangan Kanak-kanak
1. Prof Madya Raja Dr. Juanita Raja Lope at HUKM.
Pakar Pediatrik (Perkembangan Kanak-Kanak) (DU54)
5410
juanita@ppukm.ukm.edu.my

Jabatan Pediatrik
Tingkat 4 Blok Klinikal
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif 56000 Kuala Lumpur
Tel: 603-91455380 / 5385 / 7888 Faks: 603-91737827
Emel: kjped@ppukm.ukm.my
Waktu Operasi: 8.00pg – 5.00ptg

Pusat Perubatan Primer | Klinik Kanak-kanak dan Remaja
Khidmat pakar – setiap hari Selasa
( 9 pagi – 2 petang)

Ujian saringan untuk kanak-kanak dengan masalah perkembangan (developmental delay), masalah pembelajaran (Learning disabilities), Dyslexia, Autism, ADHD.
Khidmat  “Expressive therapy”
Khidmat kaunseling (pesakit/ibu-bapa atau penjaga)

JABATAN PERUBATAN KELUARGA
Pusat Perubatan UKM
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak 56000 Cheras, Kuala Lumpur
Tel:  +603 9145 6117 / 6118 / 7925 Fax: +603 9145 6680
Waktu Operasi: 8.00 pagi – 5.00 petang
Email: kjperkl@ppukm.ukm.my

KM Specialist Centre

7th Floor, Clinical Block, UKM Medical Centre
Jalan Yaacob Latif,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
General Line : 03-9172 6064 / 7326
Email : marketing@ukmsc.com.my

Specialist Clinics : 03-9145 6288 / 7776 / 7777
Email : info.ukmsc@gmail.com
(Enquiries / Appointments / Registration / Admission)

Klinik Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan UKM
Aras 2, BYS Kg. Baru, Jln Raja Muda Abd Aziz
WP Kuala Lumpur
+603-2687 8198/ 8196 /+6012-6476401


1. Dr Zulkifli 0355431111
(KPJ Seksyen 20 Shah Alam)


2. Dr Alex Ng Wei Siong
0356391212
(SJMC Subang Jaya)


3. Dr Raja Juanita
0378044171
(Pantai Medical KL or she can be at WQ Park Kelana Jaya)


Pusat Disleksia Titiwangsa, 
No 6, Persiaran Kuantan,
Jalan Kuantan, Titiwangsa.
Hubungi En. Hafiz, hp 019-4446059
di dalam waktu pejabat utk temujanji ujian ini.
Kos RM150 akan terlibat.
Ujian berlangsung selama 1 jam 30 minit.
[Sumber]

Wisma Kagumas
No. 18, Jalan 9/3
Taman IKS
Seksyen 9
Bandar Baru Bangi
Coordinator: Pn. Zaliita (014 7188188)
Tel: 03 8926 8954

http://dyslexiamalaysia.org.my/dam-centres/
https://www.facebook.com/dyslexia.malaysia/?fref=nf

Allahumma yassir wa tammim bilkhair.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Monday, February 22, 2016

Tip menjaga kecerdasan otak

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Sumber]
Tip ini dikongsikan oleh PU Fakhrul semasa MITASES SK Jalan 3:

 1. Zikir - boleh merangsang 14 juta saraf otak.

2. Wajib sarapan pagi.

3. Elakkan makan terlalu banyak.

4. Elakkan merokok.

5. Elakkan tengok maksiat.

6. Berada dalam udara yang segar.

7. Elakkan tidur meniarap atau menutup muka - oksigen kurang ke otak, sedut semula karbon dioksida menyebabkan otak lemah, lambat pickup.

8. Banyakkan berfikir/berimaginasi kreatif.

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Sunday, February 21, 2016

Persediaan UPSR 2016 - Motivasi

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah malam tadi sekeluarga di sekolah kebangsaan anakanda putera. Ada program Misi Tawan Sukses untuk murid Darjah 6 anjuran Unit Kaunseling sekolah dan Lagenda Sinergi. Malam slot bersama ibubapa, ceramah dari PU Fakhrul.


Anak-anak diapit oleh ibubapa kanan dan kiri

Alhamdulillah gaya penyampaian PU Fakhrul sangat menarik, bersemangat, santai, kelakar dan menyentuh hati. Bila tengok tentatif ada slot bersama ibubapa ni, dah agak ada sesi syahdu syahdan. Jadi bawa sapu tangan awal-awal :D

Antara pengisian ceramah:

Tip mencapai kecemerlangan :

1. Niat / mindset waktu pagi.
2. Belajar dengan sifat bayi yang tidak mudah mengalah, selalu senyum.
3. Selalu senyum - senyum akan membangkitkan aura positif.
4. Ubah sahsiah menjadi sahsiah yang baik.
5. Guna formula D.U.I.T (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal)

- Kajian menunjukkan generasi Z suka berhubung, multitasking dan kuat tidur. Jadi, jangan marah jika anak buat kerja sekolah sambil dengar radio atau tengok tv. Ada anak yang lebih mudah faham dengan cara ini. Kita perlu kenal karakter anak sama ada visual, audio atau kinesthetic learner.

- Anak ada potensi untuk berjaya atau gagal.

- Beri kasih sayang, memahami, hormat dan terima (pendapat, sifat) anak yang betul.

- Kenal pasti sikap ibubapa:
- selalu beri apa yang anak minta - kesannya anak boleh rosak kerana hidup terlalu senang dan manja
- beri bila anak menangis - kesannya anak akan guna kuasa ugutan dengan menangis/mengamuk untuk dapat apa yang dia mahu
- beri ikut suka/ mood - kesannya anak jadi bingung
- tak pernah beri walaupun perlu -kesannya anak boleh jadi memberontak atau memendam perasaan
 
Tip untuk berjaya :
1. Jaga solat
2. Jaga hubungan dengan ibu bapa
3. Jaga hubungan dengan guru
4. Pilih rakan yang baik

Sesi air mata bermula bila PU menyentuh tentang pengorbanan ibubapa, bayangkan jika ibu bapa telah tiada dan seoarang pelajar yang telah kehilangan ibu dipanggil ke pentas untuk meluahkan apa yang mahu diberitahu pada ibu. Anak-anak kemudian diminta berjumpa ibubapa untuk salam dan peluk.

Anakanda putera control macho je. Takut tak boleh tidur katanya. Nampak sangat suka pendam macam ummi ..huhu.. Ummi pun control ayu juga walaupun dan tangkap leleh sekejap. Segan bengkak mata nanti.

Program berakhir jam 11.30 malam. Keletihan betul nampaknya anakanda putera. Bangun pagi tadi demam pula. Mungkin kurang air atau terjangkit dengan abahnya yang demam. Walaupun demam, masih gagahkan diri hadir ke program anakanda tersayang. Terima kasih abah <3

Saya kongsikan di entri seterusnya :
 
Tip menjaga kecerdasan otak
Tip merapatkan hubungan dengan anak


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Thursday, February 18, 2016

Hari pertama persekolahan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah sudah sebulan setengah Adnin di alam persekolahan. Syukur semuanya baik-baik sahaja. 

Hari pertama, saya bercadang nak "lepaskan" Adnin naik van. Tapi ikut dari belakang dan jumpa di sekolah kebangsaan. Abangnya dulu saya cuti sampai seminggu dan hantar sebulan sampai dia yakin nak naik van.

Kisah lucu hari pertama nak ke sekolah kebangsaan, masa tengok Adnin dari kereta, nampak dia masih pakai kain merah. "Eh, kenapa ke sekolah kebangsaan tak tukar uniform?". Berlari saya lintas jalan dan jumpa ustazah. Rupanya silap faham, Adnin ingat saya nak ambil dan mandi kat rumah kot, ustazah pun tak perasan. Maklumlah hari pertama. Jadi tunggu dia bersiap dan kami hantar sendiri. Suami pun ambil cuti juga. Nasib baik masih awal.

Sampai di sekolah, pesan apa yang patut. Suami ambil abangnya (sesi pagi) dan hantar ke KAFA. Jadi saya tunggu di kantin sahaja sampai waktu rehat. Ajar membeli pulak. Dah sediakan bekal roti dan air masak. 

Rakaman kenangan hari pertama sekolah agama dan sekolah kebangsaan :


KAFA

Mengintai dari rumah :D

Program Transisi 3 minggu



Kad ucapan tambah semangat belajar ;)

Tip hari pertama persekolahan :

1. Ibu bapa yang bekerja, ambillah cuti untuk bersama anak-anak memasuki dunia persekolahan yang baru, kecuali tuntutan kerja yang tidak dapat dielakkan.

2. Bangun awal untuk membuat persediaan sarapan / kelengkapan sekolah.



3. Beri galakan kepada anak untuk menyesuaikan diri bukan memaksa.

4. Beri anak-anak masa untuk rasa selesa dan yakin dengan persekitaran dan orang yang baru ditemui (guru, rakan-rakan).

5. Yakin anak-anak boleh menyesuaikan diri dengan baik dan patuhi arahan guru sepanjang berada di sekolah.


6. Berikan sesuatu yang menggembirakan dan menaikkan semangat anak-anak, contohnya kad ucapan, bekal istimewa, buku, mainan yang disukai.

7. Peluk cium anak-anak setelah balik dari sekolah, tanda meraikan kejayaan mereka seharian berada di sekolah.


8. Puji anak-anak dan terus beri kata-kata semangat untuk mereka gembira ke sekolah pada hari-hari berikutnya.

9. Kenali guru kelas dan guru-guru yang mengajar di kelas anak.



Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Monday, January 25, 2016

Program Semai Kasih & Pendaftaran Tahun 1

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.



Alhamdulillah, Adnin akhirnya bersekolah di sekolah yang sama dengan abangnya. Hasrat nak hantar ke sekolah swasta ditangguhkan dulu atas faktor tertentu. Perancangan Allah lebih baik. Seronoklah abangnya, adik sama sekolah. Banyak yang boleh dikongsikan :)

Risau juga penerimaan Adnin dengan uniform baru ni. Maklumlah dia lebih suka pakai tshirt labuh dan seluar. Tadika pun free hair je walaupun Islamic :D Pakai masa solat je katanya. Hari pertama lagi siap pakaikan dia seluar panjang. Senang sikit nak lari-lari atau panjat tangga/naik van. Selalu juga tengok budak-budak darjah satu terangkat kain sampai paha. Walaupun masih kecil, tak seronok pula tengok terdedah macam tu.

31 Disember yang lalu, hari taklimat dan pendaftaran darjah 1. Ada ujian saringan untuk kelas dan program DLP (pembelajaran dalam Bahasa Inggeris). Ada 2 kelas yang menjadi projek rintis.

Bergerak ke Ujian Saringan

Adnin kelas biasa sahaja. Oklah tu sebab tak pastilah masa depan projek ni. Yang penting dia rasa gembira untuk belajar.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Sunday, January 24, 2016

Persiapan sekolah 2016 - SK (2)

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Lama entri ini berada dalam draf. Hari ini baru dapat publish. Edisi mengenang kembali perbelanjaan sekolah lah ni :D

Semasa balik kampung cuti Krismas, dapatlah membeli tudung sekolah Adnin di Pasar Kota Jembal, depan rumah mak je. Rugi pula hanya beli 2 helai. Kononnya nak cari di Zaleha Textile/Mydin yang lagi murah, tapi akhirnya pusing-pusing terus balik je sebab susah parking.


Anak tudung RM2x5=RM10
Tudung (2), RM9 dan RM10
Kasut RM29

Emak sponsor kain biru yang dah siap potong. Kain ela yang saya dah beli tu bolehlah simpan untuk tahun-tahun akan datang.

Tudung Adnin 4 helai lagi beli di Bangi Gateway. Dapatlah yang RM15 sehelai tapi kainnya agak nipis berbanding yang dibeli di Kelantan.

Ini pula perbelanjaan buku tulis, buku pengukuhan dan baju sukan untuk 2 beradik.





Buku pengukuhan biasanya saya tak beli awal-awal. Jika cikgu mahu guna barulah beli. Tapi untuk tahun 6 ni nampaknya kena beli semua sebab ada UPSR.

Saya tak kira berapa ribu yang telah dibelanjakan untuk 2 beradik ni. Beli pun yang penting je, ok lah tu. Niat untuk pendidikan anak-anak. Kalau asyik kira-kira, takut terkejut, terus stress..he..he..

Hampir sebulan sekolah ni, baru nak beli baju tambahan lagi untuk Adnin. Agak rushing untuk basuh baju tiap-tiap malam sebab ada 2 pasang je (1 KAFA, 1 SK). Kain yang dah siap potong untuk baju 2 helai tu belum siap dijahit. Jahit sekejap dah rasa tegang urat. Rasa macam nak beli siap je :D



[Sumber]
Antara langkah berjimat :
- pakai semula pakaian yang masih elok
- beli pakaian tanpa jenama
- beli secara borong
- beli semasa jualan gudang / clearance stock / jualan hujung tahun
- jahit sendiri


Persiapan sekolah 2016 - SK
Persiapan sekolah 2016 - KAFA

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Wednesday, December 16, 2015

Persiapan sekolah 2016 - SK

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Ahad lepas selesai pusingan pertama untuk persiapan sekolah kebangsaan (SK). Beli yang wajib sahaja (sepasang) di Uniform Gallery. Dapat diskaun 10% harga ahli.
Anakanda putera (bakal darjah 6) :-
Kasut (kedai biasa RM37.99)
Stokin 3 psg (RM15.75)
Beg (RM45.63)
Songkok (RM13.50)

Anakanda puteri (bakal darjah 1) :-
Baju 2 helai (RM21.25, RM20.40)
Kain (RM15.72)
Kasut (kedai biasa RM31.99)
Stokin 3 psg (RM15.30)

Beg, kasut, songkok, stokin, baju kurung dan kain ela
Teringin nak jahit sendiri baju tambahan untuk anakanda puteri, belilah kain ela. Tapi tersilap beli yang agak mahal, RM13.90/meter. Dah potong baru nampak yang murah sikit, RM10.90/meter ..huhu. Jimat sikit je lah berbanding baju siap :P

Baju untuk abangnya belum beli. Rasanya masih boleh pakai yang tahun lepas, tapi memandangkan beberapa minggu ni selera makan bertambah-tambah, ada harapan baju ketat. Beli untuk pusingan kedualah nampaknya.

Esok nak ke sekolah kebangsaan untuk selesaikan pembelian buku tulis dan baju sukan pula. Antara yang wajib beli :
- beg sekolah beroda anakanda puteri
- tudung

Beg KAFA dah ada. Untuk anakanda puteri dapat percuma masa pendaftaran, untuk anakanda putera, abahnya beritahu ada beg percuma masa kerja tempat lama. Ok lah tu ;) Berjimat lebih baik.

Simpanan si hijau
Pada hujung tahun yang perlu banyak belanja ni, duit tabung sangat membantu. Saya gunakan simpanan duit RM5 untuk beli kain ela tu. Masih ada baki untuk belanja yang lain. Tabung syiling pun ada hasil yang memuaskan, tapi belum dapat guna sebab belum tukar/simpan di bank untuk cash dalam bentuk wang kertas. Berat sungguh bila jumlahnya melebihi RM200. Ambil sedikit-sedikit je lah :D

Ibu-ibu yang nak bijak menguruskan kewangan, boleh baca sedikit pengalaman dan pembacaan saya di sini --> tip kewangan
Wanita masakini, sudah perlu bijak kewangan walaupun surirumah kerana kehidupan sekarang sangat memerlukan sumber kewangan yang kukuh. InsyaAllah kita sentiasa dilapangkan rezeki dan berusaha menguruskan kewangan keluarga dengan baik, samaada melalui pemberian suami atau gaji dari bekerja makan gaji/sendiri.

[Sumber]


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Sunday, December 13, 2015

Persiapan sekolah 2016 - KAFA

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Kain, kain sampin dan beg
Alhamdulillah pendaftaran sekolah agama anak-anak telah selesai hujung bulan lepas. Cadangnya mahu mencuba Sekolah Bakat ABS untuk anakanda puteri tapi kewangan belum mengizinkan. Bersekolah macam abang je lah, pagi sekolah agama dan petang sekolah kebangsaan. Kedua-duanya dekat dengan rumah. Mudah urusan pengangkutan. Berubahlah rutin tahun depan. Sampai rumah hampir jam 7 malam semula. Sudah 2 tahun tak melalui rutin itu sebab abangnya dah masuk tahap dua.

Booth pendaftaran

Tempat bermain sementara menunggu pendaftaran selesai

Pertama kali mencuba Art sand

Yuran KAFA untuk 2 beradik termasuk pengangkutan, transit sebanyak RM1800++ Macam nak bayar gaji seorang pekerja. Redha jelah demi pendidikan anak-anak. Pasti ada ibubapa lain yang perlu membayar lebih dari jumlah tersebut. 

Seperti tahun lepas, yuran naik sedikit. Untuk yang membayar penuh, dapat percuma beg dan kain/kain sampin. Tahun ini KAFA berkain merah, lain dari yang lain :D Untuk uniform ni, masih berkira-kira untuk beli baru/jahit sendiri. Si abang tu nampak membesar bagai johan. Cuti sekolah ni asyik makan je kan. Harus beli baju baru tu. Tahun lepas sepasang je. Tahun ni pun sama lah. Ummi kenalah merajinkan diri basuh setiap hari. Saya beli kain yang licin dan tidak terlalu tebal untuk cepat kering.

Entri seterusnya, kisah persiapan sekolah kebangsaan pula :)

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------  
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Thursday, March 12, 2015

Tip hafaz Qur'an bagi ibu bekerja

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah hari ini dapat satu lagi tip untuk memudahkan hafaz Al Qur'an. Dalam vision board tahun ini, ada target hafaz 12 surah, bermula dengan surah Yasin. Surah yang selalu dibaca tapi belum hafaz. Malunya ... Didoakan Allah permudahkan usaha ini.

Barakillah untuk sahabat FB yang kongsikan website ini. Target saya sebelum habis waktu bekerja sudah boleh ingat 10 ayat pertama surah Yasin (ini khusus untuk kerja tetap di meja, mengadap komputer dan bukan berurusan dengan pelanggan di kaunter :))

Klik untuk imej yang lebih jelas.
Klik untuk imej yang lebih jelas.

Membaca dan menghafaz Al-Qur'an juga sangat penting untuk ibu menyusu. Anak-anak yang selalu diperdengarkan bacaan Al-Qur'an semasa menyusu, insyaAllah akan lebih mudah belajar Al-Qur'an. Ini diakui sendiri oleh Dr. Harlina Halizah Siraj.

Selamat beramal. Allahumma yassir.

Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Monday, January 12, 2015

Hari pertama persekolahan 2015

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.
 

Hari ini bermulalah rutin yang telah ditinggalkan hampir 2 bulan buat ibubapa dan guru di Pantai Barat - kembali ke sekolah.

Untuk saya, tidaklah terlalu kalut kerana anak-anak sudah besar dan tetap di sekolah yang sama, cuma banyak kali turun naik tangga jugalah pagi ini. Anggap senaman lah ya (terpaksa rehat dari workout sebab sudah sakit urat..he..he..).

Sebelum sekolah bermula, berulang kali saya maklumkan pada anakanda putera-puteri itu, tidur lebih awal, kurangkan tengok tv, bangun lebih awal.

Alhamdulillah pagi ini, anakanda putera sempat bersarapan dan solat subuh. Sarapan disediakan oleh suami tersayang. Memang rutin dia untuk sediakan sarapan pagi untuk diri sendiri dan anakanda putera :)

Walaupun anakanda putera sudah Darjah 5 tahun ini, masih banyak yang perlu dibimbing kerana saya anggap dia istimewa (ada sedikit ciri-ciri disleksia/slow learner). Tahun ini adalah pencapaian yang amat memberangsangkan buat anakanda putera kerana dia sudah masuk ke kelas arus perdana. Didoakan dia dapat bergaul dengan baik kerana jumlah pelajar dalam kelas seramai 39 orang berbanding 20 lebih di kelas khas.

 Sampai di sini sahaja coretan pagi ini, hendak uruskan anakanda puteri pula. Selamat bertugas buat semua ibubapa dan guru :)


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, December 31, 2014

Persediaan kembali ke sekolah 2015 (2)

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Entri ini menyambung entri pertama saya sebagai catatan pengalaman seorang ibu menguruskan persiapan persekolahan anak-anak :)

Isnin lepas saya dan suami bercuti, jadi ke kedai buku sekolah kebangsaan untuk beli buku tulis, gunting rambut anakanda putera dan beli pakaian yang belum lengkap.

Perbelanjaan buku tulis di sekolah kebangsaan berjumlah RM45.50. Buku pengukuhan semuanya belum sampai. Rasanya saya tak beli sebab jarang digunakan kecuali ada arahan dari guru kelas.


Seluar sukan beli yang baru, RM15.90. Baju masih boleh pakai yang lama.

Selesai membeli-belah di kedai buku sekolah, membeli-belah pula di UG Warta Bangi untuk:

Track bottom (1) : RM12
Sampin (1) : RM12.40
Seluar panjang (1): RM22
Tali pinggang (1) : RM6.30

Hari ini kerja malam, jadi sebelah pagi selesaikan yuran sekolah agama. Tahun ini yuran bulanan meningkat dari RM209 ke RM234.

Jumlah bayaran yuran Sri Permata Al-Haziq 2015 untuk anakanda putera darjah 5 tahun depan ialah RM917. Bayaran ini termasuk pendaftaran, transit dan pengangkutan sehala. Yang tolak dari senarai hanya untuk alatulis dan tag nama (RM45).

Yuran anakanda puteri pun naik juga. Beberapa hari lepas dapat surat kenaikan untuk Kad Perubatan. Semua naik dan terus naik ..he..he.. Buat-buat tidak fikir sangat agar tidak rasa semput. Itu baru anak dua orang.

Tapi yakin insyaAllah rezeki akan datang dari pelbagai arah, tak putus-putus, "lebat" umpama hujan dan dedaunan. Amin :)

Hendak jemput rezeki?
Di bawah ini ada peluangnya.
Didoakan dipermudahkan untuk semua menjemput rezeki masing-masing. Amin.


**************************

MISI KEMBALI KE SEKOLAH 2015 masih dibuka.

Ibubapa yang berminat untuk menaja sebuah beg RM25 atau lebih,
boleh PM di FB https://www.facebook.com/NikZaleha "MKS 2015 Beg",

atau whatsapp/telegram "MKS 2015 Beg" ke 017-3372042,

atau email nikhabiz@gmail.com dengan subjek "MKS 2015 Beg"

untuk mendapatkan nombor akaun.


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, December 21, 2014

Persediaan kembali ke sekolah

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Ibu-ibu yang mempunyai anak sekolah sudah siap membeli semua kelengkapan? Saya baru membeli-belah hari ini. Terus beli sahaja tanpa survey harga. Biasanya ada beza sedikit sahaja tetapi bagi yang ada anak ramai, perlu pilih yang berpatutan kerana beza sedikit pun sudah memberi kesan pada kewangan.

Alhamdulillah tahun ini nampaknya, anakanda putera (masuk darjah 5) masih boleh pakai saiz yang sama cuma kena beli yang baru juga kerana ada yang sudah lusuh dan rosak zip, maklumlah saya hanya beli sepasang sahaja dan membasuhnya setiap hari. Tahun ini rasa hendak sediakan 2 pasang :) Bila anak masuk tahap dua, sepasang pun sudah mencukupi kerana ada 2 hari yang perlu pakai baju sukan sekolah.

Ada juga ketikanya terlampau penat terutama bila suami bertugas luar kawasan, tertidur sebelum sempat jemur, terpaksalah letak bawah kipas dengan kelajuan maksimum, sempatlah kering ..he..he..

Persiapan tahun ini sama seperti tahun lepas, bersederhana. Tidak sempat membanding harga, tapi rasanya berpatutanlah dengan kualiti kainnya. Perbelanjaan hari ini di Uniform Gallery, Warta Bangi dengan diskaun 20% dan 10%:

Seluar tight (3) RM22.95
Stokin (3) RM13.20
Seluar panjang  (1) RM22
Kemeja pendek (1) RM19.60
Baju sekolah agama (1) RM25.20
Songkok lipat  (1) RM9
========================
JUMLAH : RM111.95


Apabila hujung tahun, boleh buka tabung RM20 RM5 untuk tambah mana yang perlu.
Kasut, beg sekolah, alatulis abah yang belikan.

Banyak lagi bayaran untuk Yuran KAFA dan buku sekolah kebangsaan. Alhamdulillah semua sudah ada peruntukan dan dilapangkan rezeki dari Allah hendaknya.

Tip menjemput rezeki salah satunya adalah melalui bersedekah. InsyaAllah dalam berbelanja untuk melengkapkan keperluan anak sekolah, kita masih sempat mengasingkan sedikit duit gaji atau duit nafkah pemberian suami untuk bersedekah.

Saya dan team Sanggar Suri masih mengalu-alukan sumbangan untuk dana Misi Kembali ke Sekolah - Sebuah Beg.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, ditambah lagi dengan ujian banjir ini, saya amat menyeru sahabat semua untuk membantu mengikut kemampuan masing-masing. Sejujurnya, dalam hati memang teringin untuk turun ke lapangan (yang memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan minda), namun buat masa ini saya hanya mampu membantu dari jauh, mengumpulkan dana melalui online.

Didoakan ia dapat membantu mereka yang amat memerlukan. Amin.


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 
Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

 

Thursday, December 11, 2014

Teknik hafaz Qu'ran cara mudah, seronok dan cepat

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


MUDAH . SERONOK . BERKESAN

Saya suka sangat dengan tagline di atas. Itulah tagline Teknik Hafazan Al Qur'an Neuro Nadi Al Baghdadi.

Alhamdulillah, semalam, diberi keinginan dan kesempatan untuk mempelajari teknik ini dalam demo ringkas yang diadakan di ofis. Sebenarnya hasrat menghafal Al Qur'an sudah lama tersemat di hati. Seingat saya selepas SPM, ada rasa hendak masuk kolej tahfiz sementelah semasa belajar di Ma'had Muhammadi (P), sudah banyak ayat dan surah dihafal. Tetapi bila hafal sebab periksa, mudahlah hilang ayat-ayat itu apabila tidak diamalkan ... Astaghfirullahal 'azim. Doa saya, sebelum jantung berhenti berdegup, kesemuanya dapat 'dikembalikan' ke dalam ingatan dan jiwa ini. Amin.


Sebelum mencuba teknik Neuro Nadi ini, ustaz uji sedikit, minta sebutkan ayat 5 surah Fatihah. Lambat hendak menjawabnya, kena baca dari awal dulu :) Puncanya, cara tradisional sebelum ini, kita hafal dengan otak kiri (mengikut susunan), jadi kena baca dari awal untuk tahu ayat tersebut. 

Untuk demo, Ustaz memberikan sehelai kertas mengandungi gambar maklumat tentang surah An Naba' (gambar nanti saya kongsikan kemudian, tertinggal di ofis :)). Tekniknya:
- dengar ustaz baca
- ikut ustaz baca
- ulang secara berpasangan
- ulang ramai-ramai
- baca ikut susunan nombor kemudian secara terbalik 
- selepas beberapa minit dan ingat secara teratur serta terbalik, ustaz mula uji hafalan tersebut

Sungguh, saya pun rasa tidak percaya dapat ingat semudah itu. Teknik ini amat melatih fokus dan menghafaz dengan gembira tanpa mengira latar belakang (pengajian agama) atau umur. Cuma yang penting tahu baca Qur'an dan bagi kanak-kanak, perlu pandai mengira nombor. Tajwid akan dibetulkan semasa proses hafazan.

Bagi mengekalkan hafazan, memang perlu ulang baca setiap masa. Contoh yang ustaz beri, asal jumpa kawan yang sama-sama menghafaz, terus tanya "cuba baca ayat 5, 3, surah xxx", kalau tengok sebarang nombor semasa memandu, boleh terus uji hafazan kita mengikut nombor tersebut.

Teknik ini melibatkan otak kanan semasa proses visualisasi kedudukan nombor ayat-ayat yang dihafaz. Teknik ini insyaAllah mampu mengaktifkan sel-sel otak dan bagi kanak-kanak, ia amat bagus untuk merangsang potensi genius.

Deria pendengaran dan penglihatan digunakan sepenuhnya : semasa ustaz baca perlu dengar dan tunjuk ayat yang sedang dibacakan. Ustaz akan baca 3 kali dan selepas itu, kita akan baca beberapa kali, kemudian dengar kawan baca, seterusnya kita baca dan kawan pula akan dengar. Teknik pengulangan dan pengujian ayat secara terbalik dan rawak ini sangat membantu untuk mengingat dengan cepat.
Alhamdulillah.

Uji ingatan saya sedikit :)
Surah An Naba':
Juzu' 30
Berita besar
40 ayat
Makkiyyah
Surah ke 78

 
Baca juga di sini:
Teknik Neuro Nadi Al Baghdadi


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...