Sunday, February 21, 2016

Persediaan UPSR 2016 - Motivasi

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah malam tadi sekeluarga di sekolah kebangsaan anakanda putera. Ada program Misi Tawan Sukses untuk murid Darjah 6 anjuran Unit Kaunseling sekolah dan Lagenda Sinergi. Malam slot bersama ibubapa, ceramah dari PU Fakhrul.


Anak-anak diapit oleh ibubapa kanan dan kiri

Alhamdulillah gaya penyampaian PU Fakhrul sangat menarik, bersemangat, santai, kelakar dan menyentuh hati. Bila tengok tentatif ada slot bersama ibubapa ni, dah agak ada sesi syahdu syahdan. Jadi bawa sapu tangan awal-awal :D

Antara pengisian ceramah:

Tip mencapai kecemerlangan :

1. Niat / mindset waktu pagi.
2. Belajar dengan sifat bayi yang tidak mudah mengalah, selalu senyum.
3. Selalu senyum - senyum akan membangkitkan aura positif.
4. Ubah sahsiah menjadi sahsiah yang baik.
5. Guna formula D.U.I.T (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal)

- Kajian menunjukkan generasi Z suka berhubung, multitasking dan kuat tidur. Jadi, jangan marah jika anak buat kerja sekolah sambil dengar radio atau tengok tv. Ada anak yang lebih mudah faham dengan cara ini. Kita perlu kenal karakter anak sama ada visual, audio atau kinesthetic learner.

- Anak ada potensi untuk berjaya atau gagal.

- Beri kasih sayang, memahami, hormat dan terima (pendapat, sifat) anak yang betul.

- Kenal pasti sikap ibubapa:
- selalu beri apa yang anak minta - kesannya anak boleh rosak kerana hidup terlalu senang dan manja
- beri bila anak menangis - kesannya anak akan guna kuasa ugutan dengan menangis/mengamuk untuk dapat apa yang dia mahu
- beri ikut suka/ mood - kesannya anak jadi bingung
- tak pernah beri walaupun perlu -kesannya anak boleh jadi memberontak atau memendam perasaan
 
Tip untuk berjaya :
1. Jaga solat
2. Jaga hubungan dengan ibu bapa
3. Jaga hubungan dengan guru
4. Pilih rakan yang baik

Sesi air mata bermula bila PU menyentuh tentang pengorbanan ibubapa, bayangkan jika ibu bapa telah tiada dan seoarang pelajar yang telah kehilangan ibu dipanggil ke pentas untuk meluahkan apa yang mahu diberitahu pada ibu. Anak-anak kemudian diminta berjumpa ibubapa untuk salam dan peluk.

Anakanda putera control macho je. Takut tak boleh tidur katanya. Nampak sangat suka pendam macam ummi ..huhu.. Ummi pun control ayu juga walaupun dan tangkap leleh sekejap. Segan bengkak mata nanti.

Program berakhir jam 11.30 malam. Keletihan betul nampaknya anakanda putera. Bangun pagi tadi demam pula. Mungkin kurang air atau terjangkit dengan abahnya yang demam. Walaupun demam, masih gagahkan diri hadir ke program anakanda tersayang. Terima kasih abah <3

Saya kongsikan di entri seterusnya :
 
Tip menjaga kecerdasan otak
Tip merapatkan hubungan dengan anak


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...