Showing posts with label Pengalaman Menyusu. Show all posts
Showing posts with label Pengalaman Menyusu. Show all posts

Sunday, November 29, 2015

Anak tidak mahu menyusu "direct"

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google


Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Saya mendapat mesej dari seorang ibu yang menyatakan hasratnya untuk menyusukan anak sepenuhnya. Sebelum ini anak sudah minum susu formula dan tidak mahu menyusu terus di payudara ibu.

Penggunaan botol yang terlalu awal pada bayi memungkinkan terjadinya nipple confuse=keliru puting. Apatah lagi jika diberi susu formula, maka bayi akan mula menolak susu ibu.

Jadi, apa yang ibu boleh buat?
Ada 2 pilihan untuk ibu, samaada mahu berusaha untuk bayi menyusu direct atau terus memerah susu sahaja (exclusive pumping). Bagi ibu bekerja, tentulah mahu kedua-duanya: menyusu direct di rumah dan memerah susu bila keluar bekerja.

Anak pertama saya mengalami keliru puting setelah seminggu saya bekerja. Kurangnya ilmu tentang skin to skin dan teknik lain pada masa itu, membuatkan penyusuan susu ibu terhenti. Sedih sangat.

Untuk adiknya, saya berazam untuk berusaha sehabis kemampuan agar berjaya menyusukan sehingga 2 tahun. Setelah seminggu di taska, adiknya juga menunjukkan tanda-tanda keliru puting apabila mahu menyusu dengan botol walaupun di rumah. Saya pujuk juga dia menyusu direct walaupun dia nampak tak puas dan menangis. Waktu balik bekerja memang diluangkan untuk dia sahaja (bonding). Syukurlah abahnya memahami dengan membantu memasak untuk makan malam atau beli makanan di kedai.

Apa yang saya tahu, ada bayi yang sensitif dengan bau. Ibu tidak digalakkan menukar sabun atau minyak wangi yang digunakan sejak bayi lahir lagi. Jadi saya memang tidak menukar sabun dan minyak wangi yang digunakan.

Melalui pengalaman Puan Zuain, (Kaunselor Laktasi) yang dikongsikan dalam buku 4 rahsia penyusuan ibu bekerjaya, beliau mengambil masa 1 bulan untuk melatih bayinya menyusu terus dari payudara semula. Teknik yang beliau gunakan adalah :

- Skin to skin (sentuhan kulit ke kulit)

[Source]
Caranya, bayi hanya memakai lampin dan diletakkan di atas dada ibu. Ibu boleh memakai baju yang besar dan selimutkan bayi.

- Wujudkan suasana yang tenang dan sunyi bersama bayi
Ibu dan bayi berada dalam bilik yang selesa dan tenang tanpa gangguan bunyi
 
- Pastikan bayi tidak terlalu lapar dan tidak terlalu kenyang
- Berkomunikasi dengan bayi
- Luangkan masa 1jam setiap hari untuk bonding dengan bayi
- Menggunakan nipple shield selama 3 minggu

InsyaAllah saya tambah lagi huraian pada poin di atas.



Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Tuesday, June 30, 2015

Si Permata Hatiku: Panduan Penyusuan Bagi Ibu Berkerjaya

Teks : Zaleha Mustapha 
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Si Permata Hatiku: Panduan Penyusuan Bagi Ibu Berkerjaya





Sharing with ♥ 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Mahukah ibu-ibu berjimat dengan mengubahsuai baju biasa menjadi baju menyusu?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, August 24, 2014

Pengalaman menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Salam ceria buat ibu-ibu menyusu :)

Dr Harlina Halizah Siraj bersama Puan Sharifah Sofia Syed Hussein dan Puan Nurul Aida Ismail
Hari ini saya kongsikan sedikit slot perkongsian pengalaman bersama ibu-ibu menyusu semasa Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Sabtu (16.8.14) yang lepas.

Perkongsian dari Puan Aida dari CLAPAM (Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia) yang memiliki bayi klef/sumbing/rekah bibir/lelangit, apa yang sangat penting bagi ibu yang ingin menyusukan anak adalah sabar, doa dan komunikasi.

Beliau berulang kali menyatakan beliau selalu "bercakap-cakap" dengan bayi agar terus menyusu, baby has to teach herself. Walau susah, terus praktis lagi dan lagi ... Beliau percaya ini adalah tempoh ibu dan bayi sama-sama belajar, jadi beri masa untuk diri sendiri dan bayi berlatih untuk menyusu dengan sempurna. Beliau menyatakan, menyusukan anak adalah antara pengorbanan terbesar bagi seorang ibu.

Oleh kerana sistem pembesar suara kurang jelas, saya tidak dapat mendengar keseluruhan perkongsian penting yang dimaklumkan oleh Puan Aida. Walaubagaimanapun, insyaAllah saya akan menulis entri berkenaan Panduan menyusu untuk bayi klef berdasarkan pamplet yang diambil dari booth tempohari.

 
Puan Sharifah Sofia pula berkongsi semangat bahawa beliau memang ingin menyusukan anak sejak dari awal, I MUST BREASTFEED! not try but MUST. Begitulah bersemangatnya beliau.

Perjalanan penyusuannya tidak semudah yang disangka. Beliau menghadapi cabaran nipple crack sehingga berdarah-darah dan bayi yang suka menggigit. Tetapi beliau tidak berputus asa dalam meneruskan 'perjuangan' menyusukan zuriat tercinta. Walaupun kurang mendapat sokongan suami, (kerana kasihan melihat beliau yang kesakitan, suami mencadangkan untuk menggantikan dengan susu formula) tetapi beliau mendapat sokongan penuh dari ibunya.

Ibulah yang memberi kata-kata semangat, "takpe, tahan sakit sikit je, terus susukan". Dengan sokongan tak berbelah bagi dari ibu dan kemahuan diri yang tinggi itulah beliau berjaya menyusukan anaknya.

Berkenaan menyusukan di tempat awam pula, beliau menyatakan, di Malaysia sudah ada bilik-bilik menyusu yang memudahkan ibu menyusukan bayi. Jika di tempat terbuka, beliau mengakui agak segan untuk menyusukan namun dengan kemudahan pakaian dan aksesori menyusu seperti baju menyusu khas serta nursing cover, ia sangat membantu dalam memberi keselesaan semasa menyusukan bayi. Faktor suasana, tempat dan kumpulan yang menyokong penyusuan susu ibu juga membantu ibu-ibu menyusukan dengan selesa seperti aktiviti-aktiviti yang mesra penyusuan susu ibu.

Puan Sharifah Sofia
“Kalau ikutkan, saya memang rindu sangat nak berlakon kembali. Tapi buat masa sekarang, saya tidak boleh meletakkan komitmen penuh terhadap lakonan kerana masih menyusukan anak. Saya tidak akan paksa dia berhenti daripada menyusu badan. Jika dia sudah tidak menyusu nanti, barulah saya rasa agak mudah untuk menerima tawaran berlakon". [Sumber]

Dr Harlina sebagai moderator pula mengulas bahawa semuanya bermula dengan niat ibu.  Bila ibu ada rasa "tak nak", secara automatik susu ibu boleh berkurang. Beliau memberitahu cycle lengkap bagi seorang ibu adalah Mengandung --> Melahirkan --> Menyusukan.

Setakat ini sahaja, jika ada yang dapat saya ingat lagi, insyaAllah saya akan tambah pada masa akan datang.

Ada satu lagi entri khas dari Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia di Bangi ini iaitu pengisian Forum interaktif bersama Ustazah Maznah Daud, IKRAM dan Dr Baraktun Nisak, Dietatik PUPM.

Teruskan bersama blog ini ya ;)

 
Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>> ClothDNZ

Wednesday, June 18, 2014

Terus menyusukan ...

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>>Borang Konsultasi Susu Ibu 

Mahukan ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Tuesday, December 17, 2013

Panduan menghadapi cabaran penyusuan - Bengkak Susu

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google

Entri ini adalah sambungan entri Mudahkah menghadapi cabaran penyusuan?
Picture credit : www.zazzle.com
Antara cabaran yang pernah saya hadapi:
- bengkak susu,
- aliran susu terlalu laju
- anak keliru puting
- bayi sentiasa ingin melekap
- bayi hampir keliru puting
- puting menggelupas
- tiada let-down reflex
- kekurangan susu (0.5oz bila diperah)
- ragam anak dalam posisi penyusuan
- tidak dapat bercerai susu tepat pada umur anak 2 tahun


Panduan menghadapi cabaran penyusuan (1) saya kongsikan mengenai bengkak susu.

Pada kedua-dua kelahiran, saya mengalami bengkak susu beberapa hari selepas pulang dari hospital. Anak memang kerap hisap susu, setiap setengah jam atau sejam, dan agak lama (bayi baru belajar menyusu jadi ibu perlu sabar :D)). 

Saya rasa hisapan bayi yang kecil (mungkin juga lekapan tidak betul) tidak dapat mengosongkan payudara sepenuhnya yang mula menghasilkan susu matang. Jadi saya perlu perah susu walaupun masih awal. Pada waktu tersebut saya masih belum mahir memerah dengan tangan, jadi saya gunakan pam Spectra 3 tetapi masih tidak dapat mengeluarkan susu sepenuhnya.

Akibatnya saya mengalami demam dan doktor biasanya akan bagi antibiotik untuk mengelakkan jangkitan atau mastitis. Saya mendapatkan bidan yang dapat mengurut urat susu sehingga urat susu yang berketul kembali lembut dan susu dapat keluar dengan lancar. Sakitnya sanggup saya tahan sampai keluar air mata, tetapi mengingatkan mastitis dan ada yang terpaksa dibedah kerana ketulan susu, saya pastikan juga bengkak itu surut sepenuhnya.

Semasa anak saya berumur 1 tahun lebih, saya pernah terkena bengkak susu lagi akibat tidak memerah susu pada waktu yang sepatutnya.



Picture credit:www.noodlesoup.com

Apa yang perlu dibuat semasa bengkak susu (engorgement)?
[1] Kerapkan menyusu bayi secara terus. 
[2] Pelbagaikan posisi penyusuan.
[3] Mandi air suam.
[4] Tuam sejuk dengan icepack atau kobis bagi mengurangkan rasa sakit.
[5] Tuam suam dengan tuala atau golekkan botol susu suam bagi melancarkan pengeluaran susu.
[6] Urut payudara dan belakang sebelum memerah susu. 
[7] Kerapkan memerah susu

Bengkak susu ini akan mengambil masa sedikit untuk surut sepenuhnya. Ia bergantung kepada kekerapan susu dikeluarkan.
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  

Sunday, December 8, 2013

Mudahkah menghadapi cabaran penyusuan?

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google


"Penyusuan ibu seringkali dianggap mudah, justeru itu ramai yang tidak membuat sebarang persiapan atau membuat persiapan yang salah"
-- Ibu&Anak, Dis. 2013.
Mudah atau susah, terpulang pada bagaimana kita set in mind. Jika kita rasa susah dan kurang yakin kita akan berjaya menyusukan si comel tersayang, maka minda separa sedar telah menyimpan maklumat tersebut dan badan tidak terarah untuk mencapai matlamatnya.

Dalam buku Anda Srikandi Bangsa, ada dinyatakan:

"Sebenarnya sesuatu perkara itu akan menjadi susah jika kita menganggapnya susah, ia akan menjadi senang jika kita menganggapnya senang. Senang atau susahnya sesuatu perkara itu bergantung kepada cara kita berfikir tentangnya".
Pada pengalaman menyusukan anak pertama, saya juga merasakan ia mungkin mudah sahaja rupanya ia menjadi mudah hanya apabila ada ilmu dan sokongan berterusan.

Semasa menyusu anak pertama saya menghadapi cabaran:
- bengkak susu, 
- aliran susu terlalu laju
- anak keliru puting

Kurangnya ilmu hanya memungkinkan saya menyusukan anakanda putera hanya selama 4 bulan.

Semasa menyusukan anak kedua, cabaran yang dialami sepanjang tempoh 2 tahun lebih adalah:
- bengkak susu
- bayi sentiasa ingin melekap
- bayi hampir keliru puting
- puting menggelupas
- tiada let-down reflex
- kekurangan susu (0.5oz bila diperah)
- ragam anak dalam posisi penyusuan
- tidak dapat bercerai susu tepat pada umur anak 2 tahun

Apa yang saya buat untuk menghadapi cabaran tersebut?
InsyaAllah saya kongsikan di entri akan datang :)

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Friday, March 18, 2011

Motivasi Untuk Diriku

N3 ini akan kekal di sini sebagai motivasi utk diriku meneruskan misi penting
penyusuan susu ibu selama 2 thn
ini.


Doa untuk menambahkan susu:
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan..

Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku

AminMaksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki unt
uk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan pada air & minum
Surah Yasin ayat 72-73
Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam

Tuesday, October 19, 2010

Persediaan untuk menyusu (1)

Ku coretkan di sini berpandukan pengalaman sendiri dulu ya.

Bila hanya menyusu anak sulung selama 2 bulan lebih, ku bertekad PERLU berubah kalau ingin menyusu anak kedua secara exclusive & fully sehingga 2 tahun. Dengan jarak 4 tahun lebih itu amat banyak masa untuk menggali ilmu berkenaan susu ibu. Apa yang ku buat ialah :-

~ sebelum & semasa mengandung:

1-menjejak, membaca & siap print pengalaman/artikel di blog-blog ibu menyusu & webpage tentang breastfeeding

2-join susuibu.com

3-join Breastfeeding Preparation Class anjuran susuibu.com

4-survey & beli keperluan berkenaan penyusuan susu ibu
- no more survey tentang susu formula (FM). JANGAN sekali-kali beli setin FM walaupun yang paling kecil dengan alasan spare/backup.Bayangkan TIADA alternatif FM di dunia ini, adakah kita tak nak berusaha sehabis mungkin untuk belajar menyusukan bayi???

-beli pam ikut budget tapi yang penting pam yang hampir-hampir menyerupai suction bayi

-beli botol susu & puting khusus untuk susu ibu

-botol-botol susu semuanya BPA free, agak mahal tapi mahukan yang terbaik untuk anak

5-beli buku
Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya . Baca dan khatam sampai tak tahu berapa kali dah

6-cari contact no. kawan-kawan seperjuangan=sepenyusuan..he..he..tanya, tanya & tanya apa yang kita tak tau

7-cari contact no. lactation counsellor

~ selepas bersalin:
1-susukan bayi sekerap mungkin
-walau dia menangis - bukan bererti dia lapar tak cukup susu sahaja! maklumlah baru hidup di dunia baru mesti banyak lagi sebab lain yang membuatkan bayi menangis kan ;)

-walau penat, sakit pinggang, tak cukup tidur

2-hadkan penggunaan botol susu
- (dengan EBM=expressed breast milk), takut baby keliru puting pulak, tapi kena ajar jugak sekali sekali, masa ummi nak kena urut, nak keje nanti

- ada bawak balik feeder cup tapi takut menyusahkan mak, so guna botol je lah

3-bila dah start kerja, direct feeding ONLY bila kat rumah

4-pam setiap 3 jam

5-double pumping

6-join
Support Group Meeting anjuran susuibu.com yang diadakan setiap Ahad hujung bulan

7-cari-cari ramai lagi kawan-kawan sepenyusuan..he..he..sharing is caring

8-baca, baca dan baca pengalaman/ilmu bf sebab banyak lagi cabaran nih

9-power pumping, kerapkan mengepam, kerapkan direct feeding,jaga makan, ambik supplement bila susu dah mula drop

10-bertenang & jauhi stress, cari & amalkan doa-doa untuk ibu menyusu

11-JANGAN beli susu FM walaupun dah start gelabah bila susu sikit

Yang ku senarai tu adalah apa yang ku buat, mungkin berbaur kasar tapi ku lebih suka mencabar diri sendiri dengan misi ini. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi ku ingin berubah. Sebelum ini mungkin ku tak berusaha bersungguh-sungguh untuk capai apa yang ku idamkan..kesudahannya impianku tak kesampaian... :(

Ku jadikan misi penyusuan ini sebagai langkah pertama..Alhamdulillah banyak hikmah yang terkandung di dalamnya. Ada perubahan pada diri walaupun masih banyak perlu diubah - dari segi keyakinan pada takdir Ilahi dan lain-lain. Kerana misi inilah ku temui ramai ibu-ibu yang hebat. Ku belajar banyak ilmu yang baru.

Banyak lagi boleh dikongsikan kerana ilmu penyusuan ini sangat luas baik dari segi agama mahupun saintifik. Setiap ibu mahukan yang terbaik buat anak-anaknya dan susu ibu adalah permulaan terbaik dalam hidup anak-anak ;)

ehehe..macam aktivis susu ibu daaa..sharing with love dear ;)

Wednesday, September 1, 2010

Padah 1 malam

He..he..tajuk kemain.

Ceritanya ttg blocked/clogged duct je. Kwn2 boleh baca lanjut di sini > Babycenter.

Ku perasan kalau kua jln2 mudah nak kena ni. Sbb utama maybe baby hisap tak hbs, posisi tak betul, tak pam perabis.

Terbaru mcm nak kena ni sbb bbrp hr ni minum soya buatan sendiri (:P nak highlight jgk tu).Hari pertama rasa mcm takde kesan sgt. Biasa minum soya milelia bbrp jam je rasa susu dah penuh. Maybe Adnin dah dkt sethn stgh ni kadar prolaktin dah krg sket kot tp biasa2 je takde risau sgt. Masa bukak posa hjg minggu tu taram 3-4 gls soya..ha..ha..mek dahaga sgt taw. Mlm tu kul 3 dah rasa penuh tp Adnin sdp tdo. Lama pulak dia tdo. Ku pulak nak solat, so tak kejut dia nyusu. Pam pun idok. Lps solat, nak prepare utk sahur lak. Lps sahur br kejut dia nyusu. Tak lama lps tu lena lg dia. Ku pun tak pam hbs. Kalau hari cuti mmg pam pun cuti.(sila jgn ikut tabiat ni..huhu..). esoknya lak dia nyusu main2 je, asal let down dia berenti, mmg tak hbs lah.
Source: google. Gambar dgn niat pembelajaran shj.
So smlm sudah rasa ketul2 dkt urat susu tu. Rasa seram sejuk nak dmm pun ada. Apalagi, asyik sua kat Adnin je lah. Biasa akan ambik masa bbrp hari br rasa clear. Tu kira sikit2 je kalau tak, mau berdenyut2 & dmm terus.

Moral of the story kosongkan b anda sekosong2nya utk elakkan terkena blocked/clogged duct ni.

Biasanya kalau dah bengkak tu ku :
1- kerapkan direct feeding baby
2- tuam dgn botol susu suam
3- urut2
4- kalau dah dmm jumpa dr mkn panadol & antibiotik
5- rajinkan diri mengepam walaupun yg kua setitis dua je, yela sbb dah tersumbat kan

InsyaAllah dkt seminggu ok la. Kalau kita biasa pam sekurang2nya 3jam sekali, kalau rasa b tak penuh pun tetap pam jgk krn kebarangkalian akn terkena blocked/clogged duct tu mudah sket.

Ni ikut pengalamanku lah. Kwn2 sepenyusuan bolehla komen ;)

Saturday, January 16, 2010

Milk booster





First time cuba set BF beli dgn Mommylina. Masa tu production agk low jgk la + asik rasa letih je. Hr pertama mkn dah nampak kesan. Maybe ditambah faktor mknn & hjg minggu. Hjg minggu kan waktu relaks dgn ank2 tak tensen wat kije..he..he..Minggu tu g kenduri mkn nsk minyak sdp dgn acar buah. Mlm tu mmg melimpah2 susunya. Adnin hisap few minutes je letdown sampai 3x. Yg sblh lg menitik2 laju. Ya Allah happynya rasa.

Tp aku perasan bdn aku mmg cpt adapt dgn milk booster baru. Dlm seminggu dua susu taklah sebyk mula2 mkn2. Byk faktor gak jd penyumbangkan, maybe terskip mknn, pam tak ikut waktu tetap, keje dll. Tp aku still puas hati sbb susu nampak mkn pekat & Adnin takdelah merungut2 tak cukup susu. Bekalkan 30z sebotol kat taska pun cikgu takde cakap kena top up byk lg.
So aku decide nak terus consume shaklee ni. 2nd time beli dgn Hasmah lak sbb urgent hr tu (recommended by Rina) Kali ni order set trial pack with ostematrix plok sbb jrg minum susu skrg & adult should consume 3 gelas susu setiap hr esp. bf mom. kalsium ni pun penting utk tulang kan.



Production agak ok. tak perlu lg bergegas ke taska kul 1 kes tak cukup susu yg pam kat ofis & rumah. Kdg2 masih rasa penat lg, maybe sbb pmknn tak seimbang & life management yg tak brp ok.
Alfalfa cukup utk 15 hr je so dah lama abis.skrg susu agk menurun sket. Faktor pam pun jd sbb kot. S3 nak kena servis dah kot tp tataula bila nak g cari Lunatot showroom nih. Masa pam pun lari2, musim audit dlmn skrg. Faktor letdown reflex pun ye jgk. dkt 1/2 jam br dpt 2nd letdown. kul 1 tu mmg paksa bia dpt atleast 6oz. kalau tak, tak cukuplah bkln adnin ke taska.
Skrg try fenugreek dr Babysnowdrop lak. Mlm2 Adnin mcm tak puas nyusu time mula2 nak tdo tu. Siap tertonggeng2. Tp bila tgh mlm kdg2 mcm tak kosong sepenuhnya lps dia hisap. So dptla 40z bila pam kul 5lebih tu.


Soya milelea & jantung pisang mmg amat berkesan kat aku. hjg minggu lps pekena jantung pisang cicah sambal tempoyak, mlm tu kena pam jam 3 pg sbb dah bengkak. nak kena beli lg nih, buleh cicah budu lak..em..yummy..

Wednesday, December 16, 2009

Longan & kurma merah

Beberapa minggu yg lps cuba buat sendiri air longan + kurma merah. Tak ingat sukatan dia main buh je dua2 tu & air dlm periuk. Dah lama en.abe beli benda2 ni kat tesco tp sbb ada yg instant duk minum yg instant je. Setakat ni tak perasan sgt susu up ke tak tp sbb sdp minum je lah. Tp lps minum yg buat sendiri ni hr ke-2 mcm byk sikit. Tak sure sbb minum tu @ mkn benda lain. :) Hasil tenusu trn naik je tp Alhamdulillah trn 1-2 oz gitu. lps consume milk booster dia stabil blk. kalau mendadak sgt turun tu gelabah jgk.

Sng je nak buat.
Campur longan kering & kurma merah ni & rebus.
Bila dah nampak kembang tu tutup api.Buh gula sket.





Then buh dlm bks/jug. Aku suka minum yg suam2.
Minum sejuk pun boleh jg. Aku tak suka rasa kurma merah lps rebus tu, so simpan longan je. Longan tu best!! Satu periuk 2 hr dah hbs..he..he..

Boleh jg tgk cara2 di blog In the name of love. Credit to Lynn ;)

Thursday, October 15, 2009

Persediaan menyusu semasa puasa & selepasnya

Sekarang susu dalam keadaan pam hari ini cukup untuk esok. Alhamdulillah atas setiap titisan.
Kena konsisten makan ubat homopati ini untuk lancarkan & tambah susu. Bekalan utk 2 minggu=RM60. Alhamdulillah cepat nampak kesannya, ditambah dengan pengambilan pil ASI ini :
Gambar diambil dr bf mom, kredit untuk pu3-mawar.blogspot.com ;)

Dah lama beli dengan Haza, pemilik srisuri.com tapi rasa macam pahit-pahit sikit, terus berhenti makan.
Apabila bekalan susu tahap ngeri baru sanggup dimakan semula. Itu pun on off tak cukup 3x sehari.
Asyik terlupa nak bawa ke ofis.


Saya dah cuba fenugreek trial set ini, beli melalui Sayangbabyibu. Tapi lepas makan tu Adnin be**k cair, jadi saya berhenti dahulu.Tak pasti sebab saya silap makan atau sebab pil tu. Nanti kena cuba semula.
Selain iti, saya memang konsisten minum ni :

Ini masa puasa hari tu :
Buat kurma blended. Yummy!
Best Hadi's ni. Rasa bertenaga lepas minum. Dah habis 2 kotak. Tak terbeli lg, mahal juga satu kotak tu RM42. Satu peket tu dalam RM2 lah. Tapi banyak khasiat.
Biasa-biasa kan minum air banyak-banyak. Jika sebelum ini tidak kisah sangat, demi menjayakan misi penyusuan penting ini, sanggup saya minum. Nak biasakan sekurang-kurangnya 1 liter sehari.

Wednesday, September 9, 2009

Alhamdulillah


Ni 1st time aku tempek hasil tenusu kat opis sbb syukur & happy sgt. Dah berminggu ngepam dpt 4oz pastu turun 3oz tp 1st session td dpt 4.5oz pastu 2nd session dpt lbh krg 8oz..sahdu & gumbira.Alhamdulillah bertambah sikit rezeki Adnin.Ptg smlm beria dia menyusu, kul 6 tu susu ada tp flow sgt slow aku rasa, tu dia merungut2. Sib baik tak nangis, tp tgn dikepal2 cam nak menumbuk je (bekeng cam ummi ka..kui..kui..).

Cek sket diet smlm:

Bukak posa dgn milo+2 sudu oat, betik, kurma 3 biji
Mkn nsk dgn sup ayam, mug bsr longan & red dates instant
Kul 3 lebih minum soya & 2 kpg biskut oat IKO (ye kot nama tu..he..he..)
Sahur nsk, sup ayam, ikn rebus goreng, sambal kicap, air habbatussawda'+madu brand Dr. Ismail Kamus (lupa lak nama dia..he..he..), kurma 3 biji

Sblm pukul 10pg dah rasa penuh, rupa2nya dah leaking. Doa2 berpanjangan lah gini, buleh restock frozen EBM. Dah curi 2 bks, dkt nak expired. Kena ganti tu..huhu..kat umah kdg2 pam sekali kdg2 langsung tak, direct feeding je. Mlm2 tdo kan Adnin dgn aku2 sekali selamat sampaila kul 3pg.
Smlm order performance drink shaklee, hr ni dah dpt. TQ mommylina. order tu sbb rasa exhausted sgt, 3hr cuti tu mmg direct feeding je. Tak kira brp kali sampai rasa melepek je, lpr dahaga mcm mula2 puasa. Sahur mkn nsk byk pun jd letih jgk. Baca kat SI & blog Sitilina ttg performance drink tu, kena cubalah :)

Saturday, August 29, 2009

Adnin & susu


Kalau balik dari taska jual mahal je dgn susu ummi dlm botol ni. Syg je kena buang. Kalau dia lapar sgt plg byk habih la separuh. Lps tu siap sembur keluar, main2 gigit puting botol tu. Mulala mengempeng je.



Ni stok soya melilia, horlick dgn anmum lacta.


Ni gamba lama dah. Masa member sakan buat buih. Rambut ummi pun sakan la gugur. Nipis dah..huhuhu..Risau tak cukup kalsium. Susu minum on off. Supplement pun tak amik. Dr kata sbb hormon berubah.



Monday, July 27, 2009

Ahli baru

Bakal mengucapkan selamat tinggal kepada sihijau National ku. Dah byk berjasa sejak tahun pertama perkahwinan ku. Akan dihantar ke kampung, umah mertua ku.
Selamat datang si 'silver' Hitachi :) Share beli dgn abe..he..he..ingat nak beli deep freezer tp lps congak2 decide nak 2 doors lak. Hr ni genap seminggu kat umah. For sure jd motivator utk aku giat ngepam. Abe pun selalu bg reminder "Takde susu pun kat freezer tu, bila nak buh susu, dah beli tu jgn tak guna lak"..he..he..sabar abe. Akn ku penuhkan freezer itew! ku berjanj! chaiyok! chaiyok!

Stok beku mampu buh 1 bks je sehari. Nak wat camne mlm2 asik tebongkang. Kunci jam tp takleh bkk mata. Hr ni dah ada 6 bks. Aku musti lagi gigih sbb cikgu taska dah pesan suh lebihkan susu. Atleast 7 botol. Huhu..gelabah je ummi bila bekalan licin.
Go go Ummi u can do it! Sakit 'M' kdg2 masih hinggap lagi. A big NO!NO! Keep on reminding kena dpt at least 4oz setiap btl sekali pam. Alhamdulillah bila jg mkn, mnm milk booster bagai tu nampak ada peningkatan. Gigih tambah sesi ngepam. Td pam dpt 10oz tp careless terbalik botol habih 2oz..huwaa!!rasa nak ketuk kepala sendiri..tp cpt2 ingat maybe rezeki Adnin setakat tu. Doa2 susu bertambah lagi.Amiiin.

Monday, July 6, 2009

Hasil tenusu

Stok susu di awal2 proses ngepam. Time byk cukup utk 4-5 hr tp skrg cukup utk 2-3 hr je. Time nampak merudum gelabah jgk. Sakanla consume mknn/mnmn yg boleh up production. Alhamdulillah cukup utk Adnin. Stok dlm status bahaya gak tu kalau production merudum teruk. Hopefully cukuplah sblm kumpul duit nak beli deep freezer nih.
Adnin pun minum kdg2 sikit kdg2 byk. Atr 5-7 botol kat taska (15-21 oz). Tak tau naik brp kg bln nih. Tp ummi dah trn 2kg kot..huhu..tak normal lg lah brt ku! Maybe sbb ada time skip mkn. Noti2 neh tp nak wat camne..kdg2 letih sgt nak msk, kdg2 sakit 'M' melanda.
Ni stok yg expired time nak defrost freezer. Sedih tau nak buang tp perlu utamakan yg fresh. Jangka hayat kat freezer peti sejuk 1 pintu kan 2 minggu je. Hr tu simpan kat kucing dia takmo minum..he..he..sudahnya wat siram pokok pandan/legkuas je lah. Ada kata buleh wat facial/mandi susu. Lalu ke ek guna susu sendiri?. .ngeee..aku pernah rasa. Mmg lain la dgn susu tepung. Cam santan lemak berkrim..he..he..tp pelik sket. Tp suka tgk Adnin minum cam best sgt. Doa2 sgt dia boleh minum susu ummi sampai 2thn++.
Adnin pun mcm2 stail nyusunyer. Kdg2 ok time let down tu, kdg2 merengus2, sesuka je tarik tau. Ganaz tul! Kdg nak hisap time slow flow je, sambil baring, tanak cradle hold. Tu susah time bjln nak tdo tu. Takkan ummi nak baring sesuka ati je kan. Kalau kat umah takpela. Pakai pouch lak tak mahir2 lg. Kena intai2 ring sling lak. Cdg nak beli kain batik lps & aluminium ring je. Jimat sket.

Friday, June 12, 2009

Perjalanan penyusuan susu ibu

Kini bermulalah perjalanan penyusuan secara eksklusif / fully utk Adnin Hafiyya. (Hopefully taska tak terbg lg air suam). Segala ilmu yg dipelajari, segala peralatan yg dibeli, inilah masa utk mempraktikkannya & menggunakannya. Biasalah melakukan tak semudah yg dipelajari/ dikatakan. Sangat kecewa bila Adnin tak berpeluang menyusu pd sejam pertama. Rooming in pun tak dpt sbb susu aku takde kata nurse tu. Kolostrum ada tp sikit je lah. Aku jg yg slh sbb tak reti nak bertegas tp sbb rasa tak mampu nak gagahkan diri, kesian kat mek & che’ tu, mlm tu tdo tanpa bb di sisi..isk.isk..

Tp esoknya terbls rasa kecewa sbb dr pg sampai blk bb dgn aku. Dpt taklimat dr ketua nurse lg psl susu ibu. Kenapa tak dtg ms aku lps bsln? Silap aku jgk tak mtk dia dtg kan. Spital ni belum bb friendly lg. Walaupun bg taklimat psl susu sibu (SI) tp tetap bg sample formula milk (FM) kat customer sbb company bg katanya.

Blk rumah kalah jgk dgn mek & che. Bb nangis sbb lpr dorang ckp. Alasan yg biasa diutarakan ms discussion kat SI. Tp sbb dorang yg duk mendodoi sampai diam tak mampu lah aku nak bertegas tanak bg air @ FM..huhu..takpelah sbb air zamzam. Yg haru tu che dah bg air dlm btl mineral yg disangka air zam zam tp botol berisi air zam2 yg btl ada kat tpt lain. Ntah air apalah agaknya yg dah diminum adnin tu. Sib baik tak de sakit perut, kembung ke apa..merasa jgk adnin susu Fm dlm bbrp oz sbb asyik nangis2 tu tp bila susu aku dah ada Alhamdulillah Adnin exclusively on ummi’s milk sampailah skrg. Mmg aku tak spare langsung FM, yg bg kat adnin tu spital bg 2 kotak. Btl pun aku tak bwk ms kat spital tu. Walaupun adnin nangis aku ttp suakan dia dgn susu umminya walau hanya bbrp titik kolustrum.

Bila dah start ada susu kena bengkak susu la pulak sampai kena g klinik. Dah rasa nak dmm. Kena panggil tkg urut. Rasa mcm nak besalin lg sakitnya kena urut tu. Dia kuakan susu yg tak kua tu sampai memancut2. Lps tu barulah lancar pengeluaran susu tu. Aku dah start pam. Sblm urut dpt 0.5 oz je walaupun B rasa penuh tp lps urut & bb sentiasa nyusu pengeluaran semakin meningkat dari 1 oz – ke 2 oz mengikut kdr bb minum. Ajaib sungguh ciptaan Allah. Bila bb minum makin byk pengeluaran pun byk jgk. Alhamdulillah. Yakinlah susu kita cukup utk bb tak perlu top up dgn FM dah.

Ikutkan bb perlu diajar hisap botol slps sebln tp aku dah start awl cuma dlm sehari sekali, atau 2 hari sekali especially time tgh2 mlm susah nak bgn, che bg botol lah. Adaka mak susah nak bgn susukan anak..hak..hak..ngantuk sgt wei sampai che kejut pun aku tak sdr. Adnin lak kalau nak susu tu dan dan nak kena ada. So che rendam siap2. Lgpun takut habih tempoh. Aku tak wat stok beku memandangkan fridge kat umah kecit je.

Dah blk Bangi few days sblm keje je start wat stock sbb seminggu tu adnin asik duk begayut saje tak dan nak ngepam. Tdo kjp2 je. Tupun stok biasa je, stok beku takde langsung sbb freezer penuh. Mula2 stok cukup utk sehari 2 je tp bila dah kerap ngepam stok cukup utk 4 hr tp sbb silap paham ttg penyimpanan SI kena la restock blk. Sygnya bila kena buang 6btl yg dah lebih 5hr. Ikutkan takda bau & rasa msm cuma rupa je meragukan tp bila bc kat forum SI biasanya guna max. utk 5 hr je (8 hr tu fridge kat oversea – tahap suhu berbeza kan), so buang je lah. Lupa lak nak simpan kat kucing…huhuhu..lg pun botol dah tak cukup.

Kat ofis pam 3x tp bila dah kena attend kusus & meeting jd 2x je. Tekeja2 jgk. Kat umah sekali je time tgh mlm tu. Selainnya direct feeding. Adnin akn nyusu sakan sblm tdo, then dia akn tdo 4,5 jam br bgn nyusu lg. Selalunya aku akn terjg sbb susu dah leaking kalau Adnin tak bgn lebih dr 3jam.Kat taska bekalkan 6 @ 7 btl x 2.5 oz. Skrg dah makin byk nyusu so naik ke 3oz lebih setiap btl. Kdg2 terpaksa berenti tepi jln nyusukan dia ms amik blk keje tu sbb dah nangis sakan. Hjg minggu mmg time lps gian direct feeding sampai sakit pinggang, blkg dibuatnya. Takpelah bagus utk stimulate & tambah susu.

Ada yg boleh berjimat dgn SI tp aku tak kisah kalau berhabis utk preparation BF ni. Aku jenih nak kena complete br puas ati. Review blk apa yg dah spend utk misi BF ni.






Brg pertama yg dibeli iSpectra & botol MAM.iSpectra ni utk backup pump. Sib baik ada ni, Spectra 3 takde suction hr tu. Seminggu br dpt blk. Free je sbb dlm warranty tp byr delivery charge je lah RM30.




Mom Precious set yg ada Spectra 3 double pumping, 3 icepack, cooler & 6 MLO bottles. RM550 kat Lunatots


TBL BPA-free bottle (4oz). Sblm bsln beli ½ dozen. Br2 ni tambah lg 2 dozen. RM119.88. Simpan dlm fridge 3oz setiap btl sng nak bwk gi taska. Kalau isi byk dlm satu btl, nak kena bhgkan. Kalau dah sejuk leceh sket sbb lapisan lmk dah naik ats. Nak kena goyang2 manja tak boleh shake kuat2. Ikut survey kat kedai online hr tu btl ni atr yg termurah aku jumpa.
MLO BPA-free bottle (5oz). Sblm bsln beli ½ dozen. Sbb tak cukup hr tu tambah lg ½ dozen. Suka btl ni. Cute, mudah kering & tak mudah lekat minyak susu. RM39

So, skrg dah ada 44 btl termasuk 2 btl spectra dpt dr pam susu. Ada 18 bks dadih RM9.80 utk stok beku tp ends up guna btl je.



2 tiub utk backup kalau back-flow. RM34


Melilea Organic Soya RM15.90

Pil ASI. RM20. Dpt voucher dr srisuri.com so jd RM10 je. Spare kalau2 ada tanda pengeluaran susu merudum. Doa2 dijauhkan…



Hands-free strap RM64.90. Tak pakai2 lg. Oklah pulak pgg dua2 blh tu..he..he..


Nursing pillow Bumblebee RM76.90.Dah jrg guna sbb kdg2 susah Adnin nak latch on. Tp boleh guna utk Adnin nyandar gaya org kaya..hak..hak.. buat bantal tdo & tempat main abg hakimi.multipurpose kan ;)
B cream RM18.90. Spare kalau2 kena nipple crack.




Milk collector. Amat berguna. Dipakai sejak dlm pantang. syg nak biar susu menitis camtu je tp time mls tu tekan / lapik kain lampin je. Masih sgt berguna sampai skrg sbb washable B pad beli spare je. Time let down boleh collect susu + campur dlm btl lps perah :)


Bila dikira mmg hbs ribuan jgk tu tp puas, syukur, bangga bila tgk Adnin montel dgn SI. Semua utk jangka ms pendek 6 bln, jangkamasa pjg 2thn ++

Dr segi pemakanan, byk lg yg perlu diperbaiki, dtambah. Stkt ni setiap hr konsisten dgn pengambilan :
madu suam Masad lps pam susu tgh mlm
segelas 2 soya kat umah
segelas 2 milo kat ofis /& rumah
segelas 2 habbatussauda’ + creamer kat opis/rumah

Air masak on off lg nak capai target 3l sehari tu.

Skrg duk bekenan tummy tube lak. Nak ubahsuai camisole yg ada boleh je tp takde mesin jahit lak. Alasan nak soping lg la tu..erk!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...