Sunday, May 29, 2011

MBfPC DI Hari Belia 2011 Putrajaya

Bersempena dengan sambutan Hari Belia 2011, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) akan mengadakan booth pameran penyusuan susu ibu serta sessi khidmat bimbingan percuma daripada Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) / Peer Counselor (PC). Dijemput semua yang ingin mendapatkan maklumat penyusuan dengan lebih lanjut atau ingin menyertai komuniti MBfPC sebagai sukarelawan PIM / PC, boleh la datang ke booth MBfPC pada hari tersebut. Maklumat mengenai booth MBfPC di Hari Belia 2011 adalah seperti berikut :

TARIKH : 27 - 29 Mei 2011 (Jumaat-Ahad)
TEMPAT : PERKARANGAN MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PRESINT 3, PUTRAJAYA
WAKTU : 9am - 6pm

Jom para PC untuk bersama2 memberi khidmat bimbingan dalam penyusuan disana. PC yang ingin bertugas diharap dapat memberikan nama kepada nurain@susuibu.com untuk pembahagian jadual syif.

[Credit to Hayatie Hashim]

Maklumat lanjut mengenai lokasi, tempat parking dsb boleh ke laman web http://www.haribelianegara.org.my/

Thursday, May 26, 2011

Sumbangan

[Info Amal] Kepada yang ingin memberi sumbangan kepada anak-anak yatim At-Takwa berupa wang ringgit atau barangan bolehlah inbox FB Nik Ha atau email nikhabizz@gmail.com dengan tajuk Sumbangan Amal. 
Sumbangan akan disampaikan melalui AJK EWA Malaysia yang akan terus ke tempat kejadian 
Cara-cara sumbangan duit :
> Boleh bank in ke akaun Nik Ha, nyatakan jumlah & no.rujukan, Nik Ha akan serahkan kepada AJK eWA
> email / inbox untuk no.akaun

Sumbangan barangan :
> Sebarang bentuk barangan yang masih elok & bersesuaian
> Jika tinggal di sekitar Bangi boleh jumpa di PKNS Bangi dengan temujanji
> Jika jauh boleh pos - email / inbox untuk alamat

Nota :

eWA adalah Persatuan eUsahawan Wanita Malaysia
Matlamat utama:

• Untuk menyatukan usahawan wanita Malaysia yang terlibat dalam bidang atas talian supaya dapat bertukar maklumat dan idea.

• Untuk mempromosikan (e) eletronik dan perniagaan atas talian di kalangan usahawan wanita Malaysia.

• Meningkatkan taraf profesionalisme dikalangan ahli dengan melatih mereka menggunakan aplikasi teknologi ICT bagi memperluaskan perniagaan dan produktiviti.

• Untuk menjalankan aktiviti samada di dalam atau di luar negeri mengikut lunas-lunas Pertubuhan yang berkecenderung untuk mempromosi dan memajukan kepentingan ahli-ahli Pertubuhan.

• Membuat dan menganjurkan kajian, kertas kerja, peninjauan atau penyelidikan atas aspek-aspek terbabit dalam bidang (e) eletronik dan perniagaan atas talian.

• Memberi kerjasama kepada Kerajaan dan agensinya dalam melaksanakan dasar- dasar Negara khususnya yang melibatkan profesion ini.

Main Committee Members:
Patron – Dato’ Noraini Bt Ahmad
President – Professor Madya Datin Norizan Bt Abdul Razak  ~               norizan@ewamalaysia.com.my
Vice President – Zaklean Ansari Bt Zambri   ~   zaklean@ewamalaysia.com.my
Secretary – Norhimah Bt Aziz  ~  norhimah@ewamalaysia.com.my
Vice Secretary – Hamidah Lagiman  ~  hamidah@ewamalaysia.com.my
Tresurer – Shereen Wee Abdullah  ~  shereen@ewamalaysia.com.my
Vice Tresurer – Ramnah Bt Salleh  ~  ramnah@ewamalaysia.com.my

Monday, May 9, 2011

Happy 7th Birthday

Selamat Hari Lahir yg ke-7 buat abang bolat. Besday boy merengek2 tak nak pergi sekolah hari ni..monday blues :P. Sambutan hari lahir buat awal sehari..he..he..abah beli kek sebiji kemarin, pakat makan lah 4 beranak. Hari ni ummi bagi goodies sikit kat classmate KAFA. Nak bg semua kwn2 termasuk sekolah kebangsaan, bajet ciput je ;) Takpelah next time pulak. 

Ummi doakan abang menjadi anak yg soleh, berjaya dunia & akhirat, rajin2 belajar & berakhlak mulia.

Saturday, May 7, 2011

DIY Snapping Button to CD/CP





Dah lama beli snap plier ni tapi hari ni baru godek2. Cadangnya nak tukar velcro kat cloth pantyliner & snap apa2 lagi yg berkenaan. Biasala nuntut kat you tube ..he..he..1st time buat tak berapa jadi lg.Tercabut pula butang sebelah lg. Tekan kuat sangat pecahla pulak..he..he..cuba lagi ;)

Pada yg nak cuba bolehla beli di MyLittleToro

Monday, May 2, 2011

Pembimbing Ibu Menyusu/MBfPC



Gambar dari Pn Nor Kamariah & Famila

Alhamdulillah Ahad lepas diberi kesempatan untuk bergraduasi lagi setelah tamat 4 hari (9&10, 16&17 April) menjalani bengkel pembimbing ibu menyusu (Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Training Program - West Coast Region 2011) di Rumah Ilmu Jannatul Firdaus, Seksyen 7, BBBangi.

Inilah antara sijil yang paling bermakna buat ku. Sebelum ni memang mewah sijil kat tempat kerja ku nih, asal kursus terus dapat sijil, berbanding tempat kerja lama dulu, jarang dapat kursus, dah hadir tu sijil pun takde..he..he..tu cerita lama. Sekarang dah banyak penambahbaikan dah ;)

Dari tahun lepas rasa teringin nak join tapi banyak pula halangan masa, kewangan & tak berapa yakin dengan komitmen yg akan diberikan. Tapi setelah genap 2 tahun misi menyusukan Adnin & kawan2 yang selalu bertanya ttg susu ibu, rasa terpanggil untuk join training tahun ni. Ditambah yuran pun ok, dekat dgn rumah pula tu, Adnin pun dah besar...Alhamdulillah dipermudahkanNya dapat jgk menghabiskan sesi training tu dgn jayanya (result blm dapat..he..he..)

Adnin stay kat taska time abah keje. Ahad tu abah ambik awal tapi Adnin nangis lak.Ingat ummi kot, so minggu seterusnya Adnin stay kat taska je. Ok je cikgu dia cakap.

Apa yg sangat-sangat memberi kesan di training ini adalah dari segi mengubah tanggapan terhadap ibu & penyusuan susu ibu. Breastfeeding is a journey selama 2thn itu, jadi jika gagal di peringkat awal bukanlah bermakna gagal selamanya.Just let go perasaan2 yg membelenggu tu. Kena sangatlah dgn diriku. Rasa bersalah sebab mampu susukan si abang 3 bln shj. Adnin pula minum FM semasa di hospital & rumah masa mula2 balik tu. Rasa terkilan sbb target tanak susu FM sikit pun.

Berita penuh di Susuibu.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...