Monday, May 2, 2011

Pembimbing Ibu Menyusu/MBfPC



Gambar dari Pn Nor Kamariah & Famila

Alhamdulillah Ahad lepas diberi kesempatan untuk bergraduasi lagi setelah tamat 4 hari (9&10, 16&17 April) menjalani bengkel pembimbing ibu menyusu (Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Training Program - West Coast Region 2011) di Rumah Ilmu Jannatul Firdaus, Seksyen 7, BBBangi.

Inilah antara sijil yang paling bermakna buat ku. Sebelum ni memang mewah sijil kat tempat kerja ku nih, asal kursus terus dapat sijil, berbanding tempat kerja lama dulu, jarang dapat kursus, dah hadir tu sijil pun takde..he..he..tu cerita lama. Sekarang dah banyak penambahbaikan dah ;)

Dari tahun lepas rasa teringin nak join tapi banyak pula halangan masa, kewangan & tak berapa yakin dengan komitmen yg akan diberikan. Tapi setelah genap 2 tahun misi menyusukan Adnin & kawan2 yang selalu bertanya ttg susu ibu, rasa terpanggil untuk join training tahun ni. Ditambah yuran pun ok, dekat dgn rumah pula tu, Adnin pun dah besar...Alhamdulillah dipermudahkanNya dapat jgk menghabiskan sesi training tu dgn jayanya (result blm dapat..he..he..)

Adnin stay kat taska time abah keje. Ahad tu abah ambik awal tapi Adnin nangis lak.Ingat ummi kot, so minggu seterusnya Adnin stay kat taska je. Ok je cikgu dia cakap.

Apa yg sangat-sangat memberi kesan di training ini adalah dari segi mengubah tanggapan terhadap ibu & penyusuan susu ibu. Breastfeeding is a journey selama 2thn itu, jadi jika gagal di peringkat awal bukanlah bermakna gagal selamanya.Just let go perasaan2 yg membelenggu tu. Kena sangatlah dgn diriku. Rasa bersalah sebab mampu susukan si abang 3 bln shj. Adnin pula minum FM semasa di hospital & rumah masa mula2 balik tu. Rasa terkilan sbb target tanak susu FM sikit pun.

Berita penuh di Susuibu.com

4 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)

ayukhairy said...

tahniah kak nik..^_^

Anonymous said...

Tahniah Ha....Da pun 3 bulan lagi nak mula journey balik even journey ngan wafiq pun abih lagi..hehhe

Unknown said...

Salam, thank you for joining our mini giveaway. All the best!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...