Sunday, May 29, 2011

MBfPC DI Hari Belia 2011 Putrajaya

Bersempena dengan sambutan Hari Belia 2011, Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) akan mengadakan booth pameran penyusuan susu ibu serta sessi khidmat bimbingan percuma daripada Pembimbing Ibu Menyusu (PIM) / Peer Counselor (PC). Dijemput semua yang ingin mendapatkan maklumat penyusuan dengan lebih lanjut atau ingin menyertai komuniti MBfPC sebagai sukarelawan PIM / PC, boleh la datang ke booth MBfPC pada hari tersebut. Maklumat mengenai booth MBfPC di Hari Belia 2011 adalah seperti berikut :

TARIKH : 27 - 29 Mei 2011 (Jumaat-Ahad)
TEMPAT : PERKARANGAN MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PRESINT 3, PUTRAJAYA
WAKTU : 9am - 6pm

Jom para PC untuk bersama2 memberi khidmat bimbingan dalam penyusuan disana. PC yang ingin bertugas diharap dapat memberikan nama kepada nurain@susuibu.com untuk pembahagian jadual syif.

[Credit to Hayatie Hashim]

Maklumat lanjut mengenai lokasi, tempat parking dsb boleh ke laman web http://www.haribelianegara.org.my/
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...