Showing posts with label Teknik tambah susu. Show all posts
Showing posts with label Teknik tambah susu. Show all posts

Sunday, February 12, 2017

Teknik penyusuan ibu melalui video pendidikan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


 
Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC) Association telah menerjemahkan video terbitan Global Health Media Project untuk memudahkan ibu-ibu belajar teknik penyusuan susu ibu. Antara panduan yang boleh dipelajari adalah:
+ cara menyusukan bayi sebaik sahaja melahirkan,
+ posisi dan lekapan, 
+ cara memerah dan menyimpan susu dengan selamat,  
+ cara meningkatkan bekalan susu dan 
+ apa yang perlu dilakukan ketika mengalami kesakitan pada payudara.

Video ini sangat membantu ibu-ibu mengetahui teknik dan ilmu asas yang penting dalam penyusuan susu ibu. Selamat belajar 😊
 
Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Thursday, March 17, 2016

Bagaimana hisapan bayi boleh menambah susu ibu?

Teks : Zaleha Mustapha
Video : Cozy Lady

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Penyusuan susu ibu adalah proses supply and demand=susu dihasilkan mengikut permintaan. Semakin banyak susu dikeluarkan (melalui hisapan bayi atau perahan), semakin banyaklah susu dihasilkan. Saiz payudara atau keadaan puting payudara tidak mempengaruhi sedikit atau banyaknya susu yang dihasilkan.


Bagaimana hisapan bayi boleh meransang pengeluaran susu ibu?

[Source]
Apabila bayi menyusu, hisapannya akan meransang saraf pada puting dan aerola, yang akan menghantar signal ke kelenjar pituitari di otak untuk mengeluarkan hormon prolaktin dan oksitosin.

Prolaktin membolehkan alveoli menukar protin dan gula dalam darah untuk menjadi susu, manakala oksitosin membolehkan sel-sel di sekitar alveoli bertindak balas untuk menghantar susu ke saluran susu (duct) (contract and eject your milk down the milk ducts).

Bayi akan menerima susu dari proses pancutan susu (let down) ini. Begitulah seterusnya proses hisapan bayi akan menggalakkan pengeluaran susu.

Indahnya aturan Pencipta susu ni kan. Tiada alat yang mampu meniru hisapan bayi (kaedah semulajadi yang diciptakan Tuhan) untuk meransang pengeluaran susu.

Jadi, jika ibu-ibu (rasa) kekurangan susu, hanya tambahkan kekerapan menyusu atau kekerapan memerah susu.

Saya pernah mengalami kekurangan susu setelah anakanda puteri berumur 5 bulan lebih. Itu normal kerana bayi sudah mula menghampiri fasa untuk diperkenalkan solid food dan fasa perubahan hormon ibu itu sendiri. Ditakdirkan beliau mengalami chicken pox, jadi saya ambil cuti dan kerjanya mengempeng je lah. Alhamdulillah dalam tempoh seminggu, saya dapat buat stok susu perahan tambahan.

Jangan anggap susu kita macam air paip ya ..he..he.. Ia akan bertambah sedikit demi sedikit. Usah terpengaruh dengan impian memenuhkan peti sejuk beku dengan susu perahan dalam kadar singkat. Bukanlah bermakna saya tidak menggalakkan ibu-ibu memerah susu. Bersederhana dan ikut keperluan itu lebih baik :) Kerana ada ibu yang stress tengok susu ibu-ibu lain penuh satu peti sejuk. Gambar iklan banyak macam tu kan.

Ada ibu-ibu yang perlu stok susu lebih banyak kerana anaknya memang high demand atau rutin kerja yang tidak menentu. Fahami corak penyusuan anak kita.

Serahkan sepenuhnya kepada yang Maha Pencipta susu itu. Itu rezeki kita dan anak. Tidak mustahil susu penuh satu peti sejuk terpaksa dibuang begitu sahaja. Ada kes blackout, maid tertutup suis, peti ais rosak dan lain-lain. Syukur dengan apa yang kita dapat dan usaha yang mampu kita buat.

Jika ada isu/cabaran, insyaAllah ada penyelesaiannya. Pastilah Tuhan telah cukupkan rezeki susu untuk anak kita. Tinggal tugas kita untuk berdoa, cari ilmu dan usaha sehingga sempurna penyusuan susu ibu ini selama 2 tahun sebagaimana yang termaktub dalam Al Qur'an.

"If you want something bad enough you will find a way to make it work"
-- Jennifer, The Relaxed Homeschool!

Fighting ;)

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Sunday, November 1, 2015

Tip susu ibu mencukupi

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.




Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261


 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my

Wednesday, June 10, 2015

Resepi untuk ibu menyusu di bulan puasa

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Saya teringat zaman menyusu dahulu, menjelang bulan puasa, sibuklah mencari info dan resepi untuk membuat persediaan berpuasa dan memastikan susu "maintain". Dulu, saya ada tekanan darah rendah dan gastrik, jadi perut tidak boleh kosong. Jika berpuasa wajib bersahur dengan nasi. Adakalanya makan nasi pun, hampir melepek juga ketika berbuka. Jadi, sangatlah perlu untuk saya melihat makanan yang memberi tenaga dan mengelakkan gastrik.

[Credit]

Apa yang saya amalkan masa menyusu dulu, semasa berbuka dan bersahur wajib makan kurma. Ia dimakan dengan bilangan ganjil, 1, 3, 5, 7 biji dan selawat pada setiap biji yang hendak dimakan. Doa agar kekal bertenaga dan susu tidak berkurang. Jika dah tak larat nak makan banyak kurma tu, saya kisar dengan susu + badam, boleh tapis serat atau minum sahaja dengan serat tapi lebihkan susu atau air. Boleh juga kisar dan buat agar-agar untuk berbuka puasa.
Ada yang rendam dulu badam tu (jangan lebih 6 jam) kalau rasa tak tahan dengan serat, boleh tapis dan tapisan tu boleh buat agar-agar atau lempeng.
Saya juga wajib minum minuman yang ada malt seperti milo. Boleh tambah oat sedikit atau nestum.

Berikut resepi dari ibu-ibu dari komuniti FB Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan:

Kisar terus 1kg kurma (blend kering). Tak perlu simpan dalam peti ais kecuali dikisar bersama air.

Apabila hendak minum, campurkan sesudu isi kurma dan bancuh dengan air suam/susu. Tapis serdak kulit kurma tersebut. Boleh diminum secawan sebelum tidur dan secawan semasa bersahur.

Reneh kurma, apabila sudah mendidih kulitnya akan menggelupas. Buang kulit dan bijinya kemudian simpan. Apabila hendak diminum, campurkan sahaja dengan susu kerana kurma tu sudah lembik dan senang untuk dicampurkan.

Masa sahur cuba amalkan kurma dan habbatussauda + madu. 

Puan Kay Ct :
Buat biskut oat coklat+fresh milk+yogurt strawberry (atau apa-apa perasa) untuk dimakan semasa bersahur dan berbuka.

Puan Ieta Hamdan :
Buat kerabu pegaga atau masak lemak pegag untuk menambah susu.

Ada juga yang kisar kurma dengan bancuhan susu tepung. Kurma juga boleh dibuat cucur seperti cucur pisang, guna tepung yang sama untuk goreng pisang. Cucur kurma akan menjadi sedap, rangup dan rapuh.

Variasi lain yang boleh dicuba:
- Susu panas ditambah habbatus sauda.
- Susu kambing + kurma (blend)
- Susu suam + halba  

 
Ibu-ibu bolehlah mencuba nanti ya :)


Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Sunday, November 23, 2014

Zikir tambah susu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : FB

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Perjalanan penyusuan susu ibu sangat indah walaupun ada cabaran yang menuntut ibu untuk lebih cekal dan melipat gandakan usaha serta tawakkal. Setiap ibu pasti merasai perbezaan dalam diri, baik dari segi spiritual, minda dan juga fizikal setelah berada dunia penyusuan susu ibu.

Dengan dunia penyusuan susu ibu, kita dapat "kembali" dekat padaNya apabila kita menyedari bahawa Pencipta, Pemberi susu itu adalah Allah. Justeru, apabila ingin menyusu atau memerah susu, kalimah Bismillah pasti terucap di bibir kita. Sepanjang penyusuan juga, pasti kita menjaga adab-adabnya.

Apabila mengalami detik getir juga, pasti kita akan mencari Dia. Hanya kerana susu ibu, sanggup bangun solat hajat dan doa tidak pernah putus, Alhamdulillah. Yakinlah ibu akan kembali tenang dan redha apabila ibu mula mengamalkan doa dan zikir-zikir ini.

[Kredit: Dunia Laktasi]

Selamat beramal.
 

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu


Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Friday, July 18, 2014

Cara hasilkan lebih banyak susu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Picture source : www.ivillage.com
Keluhan susu sedikit, soalan bagaimana nak tambah susu adalah perkara biasa yang temui di kalangan ibu menyusu. InsyaAllah, di mana ada isu, di situ ada solusi. Mari kita lihat antara teknik yang dapat diamalkan untuk menghasilkan susu yang sentiasa cukup buat si comel tersayang :

1. Perhatikan cara penyusuan.

2. Menyusu dengan lebih kerap.

3. Mengosongkan payudara antara sesi penyusuan.

4. Mengurut payudara.

5. Pemampatan payudara (breast compression).

6. Sentuhan dan tuaman suam.

7. Berdoa dan bersedekah.

InsyaAllah saya akan huraikan satu demi persatu teknik di atas. Teruskan layari blog ini :)


Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha 
Kaunselor Laktasi 
------------------------------------ 
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ

Tuesday, July 8, 2014

Makanan penggalak susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.




Tahukah ibu-ibu, banyak makanan semulajadi yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Antaranya adalah

- air barli : boleh direbus dan diminum

airtanganfaridah.blogspot.com

- halba : boleh dicampur dalam nasi lemak atau nasi dagang atau rendam dalam segelas air sehari semalam & diminum

www.rempahratus.com.my

- sayur bayam, kucai, tauge

 
www.koleksi1001resepi.com

 
- kekacang


www.bankami.net
Sumber: 100 persoalan mengenai penyusuan susu ibu


Ibu-ibu bolehlah mengambil makanan tersebut pada kadar sederhana dan mengikut keperluan. Lihat juga keadaan bayi setelah ibu mengambil makanan tersebut. Ada yang mengalami kembung dan alah. Jadi ibu boleh cuba makan sedikit dan jika tiada kesan sampingan, bolehlah terus dimakan.

Di samping itu asas atau rukun penyusuan hendaklah diamalkan selalu iaitu kerap mengeluarkan susu sama ada secara menyusukan terus atau memerah susu. Lebih banyak susu dikeluarkan lebih banyak susu dihasilkan.

Makanan semulajadi atau makanan tambahan hanya bertindak sebagai pembantu dan kesannya berbeza antara setiap individu. Jadi "kenal" keadaan badan kita dan amalkan rutin penyusuan susu ibu yang betul.

Selamat mencuba!
 

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>>ClothDNZ

Sunday, June 29, 2014

Susu kurang?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google
Picture source: mymommyology.com
Ada ibu yang merasa susu sedikit?

Cari puncanya samaada:
1. bayi tidak kerap menyusu 

 >> kekerapan bayi menyusu menentukan penghasilan susu, semakin kerap bayi menyusu semakin banyak susu dihasilkan.

2. ibu mengalami sakit puting atau menggunakan nipple shiled 

>> penggunaan nipple shield boleh melambatkan tindak balas/rangsangan pengaliran susu.

3. ibu menetapkan jadual menyusu 

>> bayi perlu disusui mengikut kemahuannya (on demand) bukan ditetapkan 1-3 jam sekali, itu hanya sebagai anggaran dan ibu perlu tahu corak penyusuan bayi.

4. menyusukan bayi dengan sebelah payudara shj. 

>> ibu perlu menyusukan bayi dengan kedua-dua belah payudara mengikut keadaan bayi. Jika dia sudah tertidur kekenyangan dengan sebelah payudara, ibu perlu perah payudara yang tidak disusui, dan untuk penyusuan seterusnya mulakan dgn payudara yang tidak disusui itu.

5. ibu tidak sihat

 >> kesihatan ibu amat penting untuk penghasilan susu. Terlalu letih juga akan menjejaskan tindak balas pengaliran susu ibu

6. ibu mengambil ubat yang memberi kesan pada penghasilan susu 

>> pastikan ubat itu selamat untuk ibu menyusu & pastikan ubat itu tidak mengganggu hormon pengeluaran susu ibu

7. kurang air 

>> ibu perlu minum air sekurang-kurangnya 1 liter sehari. Amalkan minum air sebelum & selepas menyusukan bayi/memerah susu

8. tidak mengamalkan pemakanan seimbang
 

>> ibu menyusu selalu berasa lapar, amalkan makan dengan kerap dalam kuantiti sedikit, elakkan makanan bergula tinggi

Ini antara punca-puncanya. Yang penting ibu-ibu selalu YAKIN susu CUKUP dan berusaha mengatasinya setiap punca dengan cara yang betul dan tenang.



 Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu

 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Friday, June 13, 2014

Teknik tambah susu - power pumping

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google 

Salah satu cara untuk meningkatkan penghasilan susu selain kerapkan menyusukan bayi secara terus adalah power pumping:

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri 10 minit, tukar pula ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar-tukar setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat/ berhenti pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.

Disarankan membuat power pumping sekali sehari atau lebih, seelok-eloknya pada waktu malam ke subuh, kerana hormon pengeluaran susu sangat tinggi pada waktu tersebut.

Power pumping memerlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu untuk menampakkan hasil bergantung pada usaha individu!

Walaupun pada hari pertama tiada hasil atau setitik dua, teruskan misi sehingga dapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Sumber: Kump. Ibu2 Menyusukan (KIM)



Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu 

Thursday, June 12, 2014

Reset minda ibu menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google



[RESET MINDA / HYPNOBREASTFEEDING]

TARIK NAFAS DALAM-DALAM, TAHAN, HEMBUS DENGAN BUNYI HAAA
DALAM KEADAAN TENANG YAKINKAN DIRI
 

ALHAMDULILLAH ALLAH DAH BUAT SUSU YANG CUKUP UNTUK ANAK SAYA
 

SAYA YAKIN SUSU SAYA CUKUP
 

SAYA NAK MENYUSUKAN ANAK DENGAN SUSU IBU SAHAJA
 

SAYA YAKIN SAYA BOLEH MENYUSUKAN ANAK SAYA SEHINGGA (target berperingkat: 6 BULAN, 12 BULAN, 18 BULAN, 24 BULAN)
 

TIADA APA YANG BOLEH MENGHALANG USAHA SAYA UNTUK MENYUSUKAN ANAK SAYA KECUALI DENGAN IZIN ALLAH


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...