Wednesday, June 10, 2015

Resepi untuk ibu menyusu di bulan puasa

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Saya teringat zaman menyusu dahulu, menjelang bulan puasa, sibuklah mencari info dan resepi untuk membuat persediaan berpuasa dan memastikan susu "maintain". Dulu, saya ada tekanan darah rendah dan gastrik, jadi perut tidak boleh kosong. Jika berpuasa wajib bersahur dengan nasi. Adakalanya makan nasi pun, hampir melepek juga ketika berbuka. Jadi, sangatlah perlu untuk saya melihat makanan yang memberi tenaga dan mengelakkan gastrik.

[Credit]

Apa yang saya amalkan masa menyusu dulu, semasa berbuka dan bersahur wajib makan kurma. Ia dimakan dengan bilangan ganjil, 1, 3, 5, 7 biji dan selawat pada setiap biji yang hendak dimakan. Doa agar kekal bertenaga dan susu tidak berkurang. Jika dah tak larat nak makan banyak kurma tu, saya kisar dengan susu + badam, boleh tapis serat atau minum sahaja dengan serat tapi lebihkan susu atau air. Boleh juga kisar dan buat agar-agar untuk berbuka puasa.
Ada yang rendam dulu badam tu (jangan lebih 6 jam) kalau rasa tak tahan dengan serat, boleh tapis dan tapisan tu boleh buat agar-agar atau lempeng.
Saya juga wajib minum minuman yang ada malt seperti milo. Boleh tambah oat sedikit atau nestum.

Berikut resepi dari ibu-ibu dari komuniti FB Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan:

Kisar terus 1kg kurma (blend kering). Tak perlu simpan dalam peti ais kecuali dikisar bersama air.

Apabila hendak minum, campurkan sesudu isi kurma dan bancuh dengan air suam/susu. Tapis serdak kulit kurma tersebut. Boleh diminum secawan sebelum tidur dan secawan semasa bersahur.

Reneh kurma, apabila sudah mendidih kulitnya akan menggelupas. Buang kulit dan bijinya kemudian simpan. Apabila hendak diminum, campurkan sahaja dengan susu kerana kurma tu sudah lembik dan senang untuk dicampurkan.

Masa sahur cuba amalkan kurma dan habbatussauda + madu. 

Puan Kay Ct :
Buat biskut oat coklat+fresh milk+yogurt strawberry (atau apa-apa perasa) untuk dimakan semasa bersahur dan berbuka.

Puan Ieta Hamdan :
Buat kerabu pegaga atau masak lemak pegag untuk menambah susu.

Ada juga yang kisar kurma dengan bancuhan susu tepung. Kurma juga boleh dibuat cucur seperti cucur pisang, guna tepung yang sama untuk goreng pisang. Cucur kurma akan menjadi sedap, rangup dan rapuh.

Variasi lain yang boleh dicuba:
- Susu panas ditambah habbatus sauda.
- Susu kambing + kurma (blend)
- Susu suam + halba  

 
Ibu-ibu bolehlah mencuba nanti ya :)


Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...