Sunday, June 7, 2015

Persediaan sebelum berkhatan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah, saya bercuti panjang sempena nak khatankan anak bujang kesayangan. Merasalah jugalah nikmat nak cuti lama. Asal anak cuti sekolah, mak pun rasa nak cuti panjang macam anak juga :)
Cuti panjang ni peluang merasa macam work-at-home-mom lah kononnya.

Saya mula bercuti 3 Jun untuk membuat persediaan sedikit sebanyak tentang berkhatan ni. Maklumlah kali pertama nak jaga dengan suami di perantauan ni.  Sebelum ni bercadang nak buat di kampung, boleh minta mak tolong nasihat apa yang patut, tapi asyik tak cukup cuti bila hujung tahun. Dapat "syarahan" dari emak lah juga ... sebab tak khatankan anak lagi. Anak dah besar katanya. Jadi nekadlah simpan cuti dan Alhamdulillah dapat cuti panjang bulan 6 ni.

Saya kongsikan dahulu sedikit tip untuk ibubapa sebelum khatankan anak. Rakaman memori untuk Abdul Qaiyum saya sambung di entri seterusnya ya ;)



Saya kongsikan sedikit :

[ TIP PERSEDIAAN SEBELUM BERKHATAN ]

Sedikit perkongsian bagi ibubapa yang ingin mengkhatankan anak lelaki selepas usia bayi.

1. Perkenalkan anak tentang khatan sejak di tadika. Beritahu dengan baik, bukan menakut-nakutkan.
.
2. Beritahu kelebihan berkhatan.
.
3. Cari idola yang sudah berkhatan (ayah, sepupu, kawan atau Upin Ipin 😊)
.
4. Tunggu kesediaan anak dari segi emosi (dia sendiri minta dikhatankan atau sudah mahu dibawa ke klinik).
.
5. Beritahu lebih awal dan sentiasa diulang-ulang.
.
6. Baca perbezaan antara setiap teknik yang ingin dibuat.
.
7. Dapatkan pengalaman dari ibubapa yang telah mengkhatankan anak mereka.
.
8. Solat hajat dan zikir untuk mudahkan urusan.
.
9. Elakkan terlalu risau dengan kelemahan sesuatu teknik yang telah dipilih.
.
10. Berkongsi dengan ibubapa lain (dalam komuniti keibubapaan agar dapat tip-tip yang membantu kita untuk lebih bersedia dan bertenang)
.
11. Pujuk anak dengan baik pada hari kejadian 😁
.
.
Sekalung penghargaan buat abahnya yang cool sokmo 👍
Ummi buat-buat cool walaupun dalam perut ada rama-rama sampai tak selera makan nasi, breakfast roti je …he…he…
.
Alhamdulillah selamat sudah.
Kini menempuh hari-hari berpantang (sikitlah)
.

Kenangan khatan anakanda putera.
4.6.15
.
Hari ketiga ‪#‎WAHM‬


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...