Tuesday, June 9, 2015

Tip penjagaan berkhatan dengan teknik Smart Clamp

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.  

[Kredit]

Salah satu teknik berkhatan adalah dengan kaedah Smart Clamp. Kelebihannya:
- mengambil masa yang pendek
- kurang pendarahan
- agak mudah dijaga 
- boleh terus pakai seluar longgar

Kekurangan:
- perlu ke klinik semula untuk membuka clamp
- proses membuka clamp agak menyakitkan
- mungkin ada pendarahan selepas dibuka akibat masalah jangkitan


Penjagaan berkhatan dengan teknik ini adalah:

- pastikan corong bersih dan kering selepas membuang air kecil
- boleh gunakan syringe untuk dipancutkan ke dalam corong
- gunakan cotton bud untuk mengeringkan corong
- sapu krim antispetic 1 atau 2 kali sehari atau ketika perlu di kulit bahagian luar corong
- pakaikan kain pelikat jika anak rasa sakit bila seluar terkena corong

Sebelum clamp dibuka, perlu berendam 20 - 30 minit untuk memudahkan proses tersebut.



++++++++++++++++


Hari ini 10 Jun, ada temujanji untuk membuka clamp. Jenuh juga memujuk anakanda putera untuk berendam. Takut betul dengan air sejak lepas dikhatankan.

Semasa anakanda putera makan pagi, saya siapkan kolam mainan yang telah lama tersimpan. Nasib baik ada kolam, bolehlah berendam sambil main air. Jururawat maklumkan, berendam selama 1 jam sebelum datang buka! Hendak hilangkan bosan, berilah bola mainan dan legonya.

Sepanjang perjalanan, zikir Ya Bari' dan ya Fattah, maklumlah kawasan hospital tu susah nak parking. Abahnya bekerja, jadi ummi berdikarilah hari ni. Alhamdulillah ya Sami' bila pusing kawasan belakang hospital Annur tu, tinggal 1 sahaja ruang untuk parking. Menapaklah sedikit dengan anakanda jalan terkangkang dan perlahan-lahan sebab pakai seluar panjang..he..he..

Prosedur tu sekejap sahaja. Jururawat yang buat, hanya buka pemegang sahaja. Corongnya masih tinggal dan dipesan untuk berendam lagi, biar jatuh sendiri. Agak sakit juga kata anakanda tapi boleh lagi singgah kedai mainan berdekatan rumah. Petangnya tiba-tiba anakanda beritahu corong tu dah tertanggal. Tak pastilah getahnya masih terlekat atau yang hitam tu kulitnya. Kena cek dengan doktor balik rasanya :)

Ada yang kata guna teknik smart clamp ni tak cantik. Apapun setiap teknik ada kebaikan dan kelemahannya kan. Yang penting semua dapat sembuh dengan baik tanpa infeksi.




Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...