Tuesday, October 19, 2010

Persediaan untuk menyusu (1)

Ku coretkan di sini berpandukan pengalaman sendiri dulu ya.

Bila hanya menyusu anak sulung selama 2 bulan lebih, ku bertekad PERLU berubah kalau ingin menyusu anak kedua secara exclusive & fully sehingga 2 tahun. Dengan jarak 4 tahun lebih itu amat banyak masa untuk menggali ilmu berkenaan susu ibu. Apa yang ku buat ialah :-

~ sebelum & semasa mengandung:

1-menjejak, membaca & siap print pengalaman/artikel di blog-blog ibu menyusu & webpage tentang breastfeeding

2-join susuibu.com

3-join Breastfeeding Preparation Class anjuran susuibu.com

4-survey & beli keperluan berkenaan penyusuan susu ibu
- no more survey tentang susu formula (FM). JANGAN sekali-kali beli setin FM walaupun yang paling kecil dengan alasan spare/backup.Bayangkan TIADA alternatif FM di dunia ini, adakah kita tak nak berusaha sehabis mungkin untuk belajar menyusukan bayi???

-beli pam ikut budget tapi yang penting pam yang hampir-hampir menyerupai suction bayi

-beli botol susu & puting khusus untuk susu ibu

-botol-botol susu semuanya BPA free, agak mahal tapi mahukan yang terbaik untuk anak

5-beli buku
Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya . Baca dan khatam sampai tak tahu berapa kali dah

6-cari contact no. kawan-kawan seperjuangan=sepenyusuan..he..he..tanya, tanya & tanya apa yang kita tak tau

7-cari contact no. lactation counsellor

~ selepas bersalin:
1-susukan bayi sekerap mungkin
-walau dia menangis - bukan bererti dia lapar tak cukup susu sahaja! maklumlah baru hidup di dunia baru mesti banyak lagi sebab lain yang membuatkan bayi menangis kan ;)

-walau penat, sakit pinggang, tak cukup tidur

2-hadkan penggunaan botol susu
- (dengan EBM=expressed breast milk), takut baby keliru puting pulak, tapi kena ajar jugak sekali sekali, masa ummi nak kena urut, nak keje nanti

- ada bawak balik feeder cup tapi takut menyusahkan mak, so guna botol je lah

3-bila dah start kerja, direct feeding ONLY bila kat rumah

4-pam setiap 3 jam

5-double pumping

6-join
Support Group Meeting anjuran susuibu.com yang diadakan setiap Ahad hujung bulan

7-cari-cari ramai lagi kawan-kawan sepenyusuan..he..he..sharing is caring

8-baca, baca dan baca pengalaman/ilmu bf sebab banyak lagi cabaran nih

9-power pumping, kerapkan mengepam, kerapkan direct feeding,jaga makan, ambik supplement bila susu dah mula drop

10-bertenang & jauhi stress, cari & amalkan doa-doa untuk ibu menyusu

11-JANGAN beli susu FM walaupun dah start gelabah bila susu sikit

Yang ku senarai tu adalah apa yang ku buat, mungkin berbaur kasar tapi ku lebih suka mencabar diri sendiri dengan misi ini. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi ku ingin berubah. Sebelum ini mungkin ku tak berusaha bersungguh-sungguh untuk capai apa yang ku idamkan..kesudahannya impianku tak kesampaian... :(

Ku jadikan misi penyusuan ini sebagai langkah pertama..Alhamdulillah banyak hikmah yang terkandung di dalamnya. Ada perubahan pada diri walaupun masih banyak perlu diubah - dari segi keyakinan pada takdir Ilahi dan lain-lain. Kerana misi inilah ku temui ramai ibu-ibu yang hebat. Ku belajar banyak ilmu yang baru.

Banyak lagi boleh dikongsikan kerana ilmu penyusuan ini sangat luas baik dari segi agama mahupun saintifik. Setiap ibu mahukan yang terbaik buat anak-anaknya dan susu ibu adalah permulaan terbaik dalam hidup anak-anak ;)

ehehe..macam aktivis susu ibu daaa..sharing with love dear ;)
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...