Wednesday, October 13, 2010

Ku dah 'hooked to supplement'

Hooked to or hooked on? Ada cikgu-cikgi magris nak betulkan?..he..he..

Nak ceritalah sikit tentang supplement ni. Ku ni jenih susah nak makan supplement dengan teratur sehinggalah kawin dengan hubby yang health conscious orangnya. Diperkenalkan dengan supplement ni seawal perkahwinan & tentunya dengan shaklee sebab biras ahli kuat masa tu..he..he..

Tapi lepas tu beralih ke supplement lain bergantung pada bajet ;) Tukang beli of courselah en.abe tersaye..he..he..ku tukang makan bila dia ingatkan je. Kalau dah letih bangat & tak sihat barulah ku terhegeh-tehegeh nak cari supplement sendiri.

Pertemuan jejak kasih kembali dengan shaklee bila ku dah menceburkan diri di alam penyusuan susu ibu ni. Bila susu start drop masa Adnin 5 bulan dulu, ku cari-cari cara mengatasi masalah kurang susu - salah satu caranya adalah dengan supplement. Disebabkan ku ini jenis nak hasil cepat so ku opt dengan supplement berbanding dengan mereka yang rajin & bagus mengamalkan pemakanan seimbang tanpa supplement langsung (dan banyak lagi cara-cara lain). disebabkan pemakanan pun tak dapat nak jaga sepenuhnya jadi ku cubalah supplement terus.

Ku dah pernah cuba pil ASI tapi rasa biasa je, takde perubahan ketara sangat. Halba=fenugreek pun dah cuba. Ok juga tapi ada side effect pada ku. Angin & bau peluh daa..he..he..last-last ku dah jatuh cinta dengan alfalfa. Amat serasi lah rasanya dengan badan ku ini. Amat ketara dalam menambahkan susu di kala susu merudum tu.

Ku masih lagi setia dengan Set Trial Pack BF Mom=RM80. Dah lebih kurang setahun rupanya. Satu pencapaian yang bagus tu..he..he..sebab ku ini ada masalah consistency, mudah boring. Kenapa ku suka dengan trial set ini? kerana :
1-comel dengan bekas cute mudah di bawa ke mana-mana
2-dah siap untuk sebulan, kalau banyak sangat berbotol-botol ku kena sort sendiri. Adala pulak kes lupa mana yang dah makan
3-murah walaupun dalam jangka masa panjang lebih murah beli full set. Tapi ada je keperluan lain bila ada duit ratus-ratus tu

Untuk step terbaru ni ku beli alfalfa satu dulu dlm botol=330 tablets. Ni botol saiz S. Ada yang L dengan 700 tablets.
Servis yang mantop dari Rina. Belum bank in lagi barang dah dipos. Tu untung beli dengan kawan ;)

Nanti kita berkenalan dengan alfalfa di entri lain pula ya ;) Boleh lah jenguk blog rakan-rakan pengedar shaklee yang padat dengan informasi.

P/S :
Mengambil supplement adalah pilihan masing-masing. Pemakanan seimbang amat penting tapi ku rasa perlu juga ambil supplement kerana kita tak pasti zat-zat maintain ke tak dalam makanan tersebut. Ada yang hilang bila salah cara menyediakan makanan tersebut, contohnya memasak sayur hingga layu. Kena study bab masak makanan berkhusiat pulak..he..he..


***************************************

"Working-At-Home-Mom" adalah doaku.

Sayidina Umar r.a berkata:
"Jangan ada seorang antara kamu yg enggan mencari rezeki,dan hanya berkata Ya Allah ,berilah rezeki kepadaku, sedangkan dia tahu bahawa langit tidak menurunkan hujan emas ataupun perak".

Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sembilan per sepuluh rezeki adalah daripada perniagaan. Manakala hanya satu per sepuluh sahaja rezeki daripada makan gaji".

Sahabat, sokongan mu amat dihargai > ClothDNZ

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...