Tuesday, December 17, 2013

Panduan menghadapi cabaran penyusuan - Bengkak Susu

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google

Entri ini adalah sambungan entri Mudahkah menghadapi cabaran penyusuan?
Picture credit : www.zazzle.com
Antara cabaran yang pernah saya hadapi:
- bengkak susu,
- aliran susu terlalu laju
- anak keliru puting
- bayi sentiasa ingin melekap
- bayi hampir keliru puting
- puting menggelupas
- tiada let-down reflex
- kekurangan susu (0.5oz bila diperah)
- ragam anak dalam posisi penyusuan
- tidak dapat bercerai susu tepat pada umur anak 2 tahun


Panduan menghadapi cabaran penyusuan (1) saya kongsikan mengenai bengkak susu.

Pada kedua-dua kelahiran, saya mengalami bengkak susu beberapa hari selepas pulang dari hospital. Anak memang kerap hisap susu, setiap setengah jam atau sejam, dan agak lama (bayi baru belajar menyusu jadi ibu perlu sabar :D)). 

Saya rasa hisapan bayi yang kecil (mungkin juga lekapan tidak betul) tidak dapat mengosongkan payudara sepenuhnya yang mula menghasilkan susu matang. Jadi saya perlu perah susu walaupun masih awal. Pada waktu tersebut saya masih belum mahir memerah dengan tangan, jadi saya gunakan pam Spectra 3 tetapi masih tidak dapat mengeluarkan susu sepenuhnya.

Akibatnya saya mengalami demam dan doktor biasanya akan bagi antibiotik untuk mengelakkan jangkitan atau mastitis. Saya mendapatkan bidan yang dapat mengurut urat susu sehingga urat susu yang berketul kembali lembut dan susu dapat keluar dengan lancar. Sakitnya sanggup saya tahan sampai keluar air mata, tetapi mengingatkan mastitis dan ada yang terpaksa dibedah kerana ketulan susu, saya pastikan juga bengkak itu surut sepenuhnya.

Semasa anak saya berumur 1 tahun lebih, saya pernah terkena bengkak susu lagi akibat tidak memerah susu pada waktu yang sepatutnya.



Picture credit:www.noodlesoup.com

Apa yang perlu dibuat semasa bengkak susu (engorgement)?
[1] Kerapkan menyusu bayi secara terus. 
[2] Pelbagaikan posisi penyusuan.
[3] Mandi air suam.
[4] Tuam sejuk dengan icepack atau kobis bagi mengurangkan rasa sakit.
[5] Tuam suam dengan tuala atau golekkan botol susu suam bagi melancarkan pengeluaran susu.
[6] Urut payudara dan belakang sebelum memerah susu. 
[7] Kerapkan memerah susu

Bengkak susu ini akan mengambil masa sedikit untuk surut sepenuhnya. Ia bergantung kepada kekerapan susu dikeluarkan.
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...