Tuesday, December 3, 2013

Saya hamil lagi!

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google 

Photo credit : www.theepochtimes.com
Oh! jangan ucap tahniah kepada saya ya. Saya tidak hamil :D. 

Ramai ibu-ibu menyusu bertanya "bolehkah saya terus menyusukan anak sedangkan saya telah hamil lagi?"

Mengandung - satu anugerah yang ditunggu oleh setiap ibu. Namun, bagaimana reaksi ibu apabila hamil lagi untuk kali kedua dalam keadaan tidak dirancang, tambahan pula ibu masih menyusu dan anak masih di bawah umur 6 bulan.



Yang mana satukah reaksi ibu?

Ada ibu yang membuat pilihan untuk menjarakkan kehamilan kedua atas pelbagai faktor. Namun, ibu perlu sentiasa bersedia dengan "keputusan" dari-Nya. Sebaik mana kita merancang, perancangan dari-Nya lebih tepat dan sesuai untuk kita.

Apabila ibu sudah menetapkan dalam minda begitu, ibu tidak akan rasa terlalu tertekan dan insyaAllah boleh menjalani tempoh kehamilan dengan lebih tenang dan gembira seperti kehamilan yang pertama.
  
Secara umumnya, ibu boleh teruskan menyusu walaupun telah hamil dengan syarat tiada sejarah kehamilan bermasalah seperti:
- pernah keguguran, 
- melahirkan bayi pra-matang,
- kurang berat badan yang banyak,
- pendarahan.

Jika ibu pernah mengalami kehamilan berisiko seperti di atas, kemungkinan besar doktor akan mencadangkan supaya memberhentikan sementara penyusuan.

Perubahan hormon semasa mengandung akan menyebabkan ibu merasa sakit pada puting payudara apabila bayi menyusu, begitu juga ibu akan merasa kontraksi. Ada ibu yang tidak sanggup menahan kesakitan ditambah lagi dengan keletihan akibat alahan. Maka mereka memilih untuk memberhentikan sementara penyusuan. Walaubagaimanapun, ada ibu yang sanggup bertahan kerana kasihan dengan anak yang masih menyusu.

Susu juga akan berkurang kerana perubahan hormon semasa hamil. Susu akan berubah rasa (menjadi masin atau pahit) yang menyebabkan anak tidak mahu menyusu dengan sendirinya. Namun ada anak yang masih mahu menyusu walaupun susu sedikit dan berubah rasa.


Panduan untuk ibu:
1. Akui kemampuan diri - adakah ibu rasa mampu untuk teruskan menyusu atau memberhentikan sementara dan menyambung kembali apabila bayi telah lahir.

2. Periksa tahap kesihatan - ibu boleh teruskan menyusu jika  tiada alahan teruk hingga menyebabkan kehilangan berat badan dan keletihan.


3. Lihat umur dan tahap kesihatan anak - bayi yang melebihi 6 bulan sudah boleh makan dan susu ibu sebagai pelengkap. Ibu boleh pelbagaikan jenis makanan yang sesuai kepada bayi. Jika di bawah umur tersebut, ibu boleh mendapatkan susu dari ibu susuan jika tiada stok susu perahan.

4. Jaga pemakanan - ibu perlu mengambil diet seimbang dan minum banyak air untuk kesihatan diri dan bayi dalam kandungan.

5. Sentiasa bertanya doktor dan kaunselor laktasi - ibu boleh sentiasa merujuk doktor jika ada sebarang keraguan dan mendapatkan pandangan dari kaunselor laktasi dari semasa ke semasa.

Bagi ibu yang ingin meneruskan penyusuan walaupun telah hamil, tahniah saya ucapkan kerana hanya ibu yang cekal dan kuat sahaja mampu melakukannya dengan izin Allah. Ibu boleh menikmati momen indah serentak : menyusu dan mengandung, pastinya ia menjadi pengalaman bermakna buat ibu.


Ibu juga boleh membaca artikel Perlukah hentikan penyusuan anak apabila hamil semula? di laman web Dr Zubaidi.


Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu 

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...