Tuesday, December 31, 2013

Melangkah ke tahun baru dengan rutin baru

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google

 

Hari ini adalah hari terakhir melalui rutin yang santai sedikit. Saya suka cuti sekolah kerana tidak terlalu mengejar waktu semasa menghantar anak-anak setiap pagi.

Sebenarnya syukur sangat sebab tadika, sekolah dan tempat kerja sangat dekat :D. Saya dan suami memang buat pilihan begitu. Tempat kerja saya lebih dekat dengan rumah kerana saya ada jadual kerja malam dan perlu memandu sendiri.

Saya mengalami rabun silau dan 'rabun ayam', jadi memandu pada waktu malam pada jarak yang jauh agak berisiko kerana ada tahap saya tak nampak langsung kereta di hadapan apabila terlihat lampu dari kereta dari arah bertentangan, ditambah lagi dengan mereka yang menggunakan lampu putih tu. Saya juga tidak dapat menganggar jarak jika ingin memotong. 

Picture credit : www.hdwallpapersinn.com
2 Januari ini bermulalah rutin masa yang baru. Anakanda putera sudah memasuki Darjah 4, jadi sesi persekolahan sekolah kebangsaan waktu pagi dan sekolah agama waktu petang. Rutin kejut bangun tidur memang tugas abahnya yang lebih cool ;)

Sebelum ini, sekolah agama waktu pagi paling lambat jam 8 masih boleh pergi tapi jika sekolah kebangsaan, seawal 6.30 pagi sudah perlu keluar rasanya. Waktu pagi jalan agak sibuk kerana ada 3 sekolah berdekatan.

Setakat ini, nampak anakanda putera bukan morning person seperti masa bayi dulu. Didoakan cepatlah dia sesuaikan diri dengan masa baru.

Saya jumpa artikel yang menarik
: When Your Star Pupil Loses Their Shine. How Simple Changes To Their Routine Can Make a Big Difference.

Penulis kongsikan tip:
1. Tidur setengah jam lebih awal dari waktu biasa.
2. Bangun tidur 15 minit lebih awal dari waktu biasa.
3. Mainkan lagu berentak ceria untuk menukar morning blues mood.

Apa yang telah saya buat, saya sentiasa beritahu berulang-ulang kepada anakanda putera tu "abang kena bangun awal jam 6 pagi, solat subuh, berus gigi, 6.30 pagi sudah keluar ke sekolah", supaya ia tersimpan dalam minda separa sedarnya.

Anakanda putera tu istimewa sikit :D. Dia perlu ambil masa untuk sesuaikan diri dengan suasana atau rutin baru. Walaupun sudah masuk Darjah 4, saya masih perlu hantar dan ambil pada hari pertama dan kedua walaupun sudah menempah van. Apabila dia sudah yakin, barulah saya yakin untuk 'lepaskan' dia.

Melalui pembacaan, saya rasa dia ada sedikit ciri-ciri disleksia tetapi saya masih belum membuat diagnos dengan pakar.

Buat semua ibu-ibu terutama yang pertama kali menghantar anak ke taska, tadika atau alam persekolahan, diucapkan selamat menempuh alam baru. Didoakan dipermudahkan segala urusan olehNya. Aamiin.




Picture credit : overcomingbusy.com


Sharing with ♥
 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...