Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google
Foto: Carian Google
Buku ini ditulis oleh Dr Faridah Idris, doktor pakar darah dan pensyarah di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Beliau juga merupakan Peer Counselor Program Coordinator (PCPA) bagi Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (MBFPCA), sebuah badan sukarela yang melatih Pembimbing Ibu Menyusu.
Buku ini merupakan manual lengkap penyusuan A-Z yang mesti dimiliki oleh semua ibu-ibu menyusu dan sesiapa yang sahaja yang ingin belajar tentang penyusuan susu ibu.
- 'Pemberian' susu ibu versus 'penyusuan' susu ibu
- Tanda-tanda bayi mendapat susu dengan secukupnya
- Anatomi dan fisiologi penyusuan ibu
- Bapa juga mampau 'menyusukan' anak
- Perlukan alatan yang mahal dalam penyusuan
- Memerah dan menyimpan susu ibu sebelum kembali bekerja
- Berurusan dengan penjaga anak
- Kaitan antara penyusuan ibu, stres, dan pemakanan
- Mengapa susu tidak banyak terhasil
- Bengkak susu, puting luka, keradangan payudara, apa yang berlaku dan bagaimana ibu dapat menghadapinya
- Mengapa bayi menolak susu ibunya
- Bayi kuning, apa yang terjadi sebenarnya
- Menyusu pada waktu malam
- Menyusu di tempat awam
- Bagaimana ibu dapat menangani kritikan dan persekitaran negatif
Harganya RM60 SM | RM63 SS. Sangat berbaloi untuk dimiliki!
Bagi saya penggemar dan pengumpul buku penyusuan susu ibu khususnya yang berbahasa Malaysia, buku ini sangat dicadangkan kepada semua kerana sangat lengkap, mudah difahami dan dihiasi dengan teks serta gambar berwarna-warni.
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥
------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu
No comments:
Post a Comment