Tuesday, December 10, 2013

Persiapan sekolah anak

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google




Kredit: www.muhanizazainal.com
Hujung minggu ini kita sudah di pertengahan bulan Disember. Ibu yang mempunyai anak yang akan memasuki tadika atau sekolah rendah/menengah sudah siapkan segala kelengkapannya?

Tahun ini tidak banyak kelengkapan yang perlu dibeli berbanding kali pertama anak saya masuk ke tadika atau sekolah rendah.

Betul ke tidak banyak? :D Cuba saya senaraikan:

Untuk anakanda puteri (bakal 5 tahun):
- akan menyambung 'sekolah' di tadika lama
- hanya bayaran yuran kemasukan & bulanan (tak pasti naik harga atau tidak)

- baju masih boleh pakai yang lama
- beg, kasut dan alatulis juga pakai yang lama (masih baik semuanya)


Untuk anakanda putera (bakal Darjah 4):
> wajib beli:
- baju dan seluar sekolah kebangsaan

- baju, seluar, sampin & songkok sekolah agama
- selipar sekolah agama


> tambahan:
- beg sekolah agama

- kasut
- stokin
- boxer

 
Persiapan/bajet kami (saya & suami):

Semasa anakanda putera Darjah 1, saya hanya membeli 2 pasang pakaian. Apabila dia Darjah 3, hanya 1 pasang baju diperuntukkan. Pakaian memang dibasuh pada setiap malam dan diletakkan bawah kipas dalam bilik tidur. 
Ada ibubapa yang membeli sehingga 4-5 pasang dengan tujuan tidak perlu dibasuh setiap hari. Saya tidak memilih cara sebegitu kecuali pakaian yang dibeli adalah untuk di'waris'kan selama beberapa generasi.

Terpulang pada kemampuan masing-masing. Anak saya membesar bagai johan setiap tahun, jadi wajib beli baju baru. Baju pun agak lusuh kerana kerap dibasuh dan macam-macam kesan kotor seharian di sekolah (makanan, minuman, pensel warna, cat air dsb.) Jadi, untuk membeli 4-5 pasang baju, adalah tidak praktikal bagi kami.

Alhamdulillah anakanda tidak high demand. Kami pun tidak memperkenalkan gaya berjenama. Apa yang penting harga mampu milik, kualiti yang baik dan selesa dipakai. Cuma pada sesetengah barangan yang perlu dipakai lama dan perlukan kualiti yang lebih tinggi, maka kami beli yang sedikit mahal. Jika tidak, barangan dari kedai RM2 pun ok ;) (contohnya untuk alatulis).

Saya belum mula membeli lagi kerana perancangan membeli-belah persiapan sekolah tergendala minggu lepas dek anakanda keletihan selepas balik dari Bid Bad Wolf Sale dan kenduri. Mungkin cuti Keputeraan Selangor esok atau hujung minggu ini pula cadangnya.

Panduan untuk ibubapa:
1. Seeloknya menabung/khaskan sedikit peruntukan beberapa bulan lebih awal.
Ini tidak membuatkan kita terlalu tertekan menunggu bonus hujung tahun :)

2. Senaraikan dan beli keperluan yang wajib dahulu.
Jika anak ramai atau kewangan kurang mengizinkan, beli hanya 1 pasang yang baru. 
Jika ada pakaian lama yang masih elok dan anak boleh terima, maka ia boleh terus dipakai.
Cuma pakaian baru memberi semangat yang baru buat anak-anak terutama bagi yang bersekolah rendah.

3. Beli secara berperingkat atau sedikit-sedikit
untuk elak rasa terlalu banyak duit digunakan dalam satu masa.

4. Semak dengan guru kelas buku-buku yang akan digunakan.
Ada buku-buku yang tidak digunakan walaupun disenaraikan wajib dibeli. Jika ibubapa ingin menggunakannya di rumah sebagai tambahan atau semasa cuti sekolah, maka bolehlah dibeli, tetapi jika ingin mengurangkan bajet, ia tidak perlu dibeli pada masa tersebut.

5. Bandingkan harga barangan keperluan sekolah di beberapa buah kedai.
Kadangkala ada perbezaan harga di kedai yang berbeza walaupun jenama yang sama.
Ada juga peniaga yang ingin menghabiskan stok yang lama tapi barangan masih dalam keadaan yang baik. Jadi ibubapa boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih murah.

6. Datang ke kedai lebih awal.
Melalui pemerhatian dan pengalaman saya (di pusat membeli belah sekitar Bangi), biasanya orang mula ramai di kedai-kedai bermula jam 11 pagi. Jadi, seeloknya datang awal ke kedai untuk membolehkan ibubapa memilih kelengkapan dengan lebih selesa.


Semoga dipermudahkan urusan ibubapa untuk membuat persiapan sekolah anak-anak.







Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  

+Zaleha Mustapha 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...