Monday, January 12, 2015

Hari pertama persekolahan 2015

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.
 

Hari ini bermulalah rutin yang telah ditinggalkan hampir 2 bulan buat ibubapa dan guru di Pantai Barat - kembali ke sekolah.

Untuk saya, tidaklah terlalu kalut kerana anak-anak sudah besar dan tetap di sekolah yang sama, cuma banyak kali turun naik tangga jugalah pagi ini. Anggap senaman lah ya (terpaksa rehat dari workout sebab sudah sakit urat..he..he..).

Sebelum sekolah bermula, berulang kali saya maklumkan pada anakanda putera-puteri itu, tidur lebih awal, kurangkan tengok tv, bangun lebih awal.

Alhamdulillah pagi ini, anakanda putera sempat bersarapan dan solat subuh. Sarapan disediakan oleh suami tersayang. Memang rutin dia untuk sediakan sarapan pagi untuk diri sendiri dan anakanda putera :)

Walaupun anakanda putera sudah Darjah 5 tahun ini, masih banyak yang perlu dibimbing kerana saya anggap dia istimewa (ada sedikit ciri-ciri disleksia/slow learner). Tahun ini adalah pencapaian yang amat memberangsangkan buat anakanda putera kerana dia sudah masuk ke kelas arus perdana. Didoakan dia dapat bergaul dengan baik kerana jumlah pelajar dalam kelas seramai 39 orang berbanding 20 lebih di kelas khas.

 Sampai di sini sahaja coretan pagi ini, hendak uruskan anakanda puteri pula. Selamat bertugas buat semua ibubapa dan guru :)


Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...