Saturday, September 20, 2014

Kepentingan susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Hari ini saya berkongsi pengisian dalam Forum Interaktif sempena Sambutan Minggu PSI 2014 - Bangi, Selangor.  Dua ahli panel yang dijemput adalah Ustazah Maznah Daud, Naib Ketua Wanita IKRAM dan Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, Pakar Dietatik UPM.

Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, Dr Harlina Halizah Siraj dan Ustazah Maznah Daud.


Slot perkongsian pengalaman ibu-ibu sebelum forum ini jelas menunjukkan bahawa pergantungan ibu-ibu kepada Allah adalah sangat tinggi. Perkataan sabar sentiasa bermain di bibir. Itulah salah satu hikmah dalam penyusuan susu ibu. 

Kepentingan susu ibu
Menurut Ustazah Maznah, penyusuan susu ibu adalah merupakan pembinaan seorang insan. Susu ibu tiada gantinya seperti kisah penyusuan Nabi Musa dalam surah al-Qasas. Walaupun Fira'un dianggap paling berkuasa pada waktu itu, tetapi dia tidak mencari alternatif lain dari susu haiwan-haiwan ternak yang ada, tetapi masih mencari susu ibu. Cadangan untuk mencari ibu susuan itu pula datang dari kakak ibu Nabi Musa. Ia terus diterima tanpa mengambil kira soal status dan sebagainya. Ini menumjukkan betapa masyarakat di zaman itu sangat mementingkan susu ibu.


Hukum
Berkenaan nafkah pula, ia terletak pada bahu suami. Jika isteri tidak dapat menyusukan atas sebab syar'i, suami perlu mencari ibu susuan untuk anaknya. Jika terjadi perceraian (talak tiga) semasa mengandung, isteri berhak untuk dapat upah menyusu semasa beliau menyusukan anakknya selepas bersalin (bukan nafkah). Ini menunjukkan betapa Islam menjaga hak ibu menyusu.

Ustazah menyatakan, jika ibu menukar selain susu ibu, ia seolah satu 'kezaliman' buat anak kerana itu adalah haknya dan tanggungjawab ibu dan bapa untuk memastikan anak menerima susu ibu.

Rasulullah sendiri mempunayi 3 orang ibu susuan:
1. Suwaybah
2. Halimatus Saadiah
3. Ummu Hamzah

Adab menyusu
Ibu-ibu disarankan untuk membaca Al-Qur'an semasa menyusukan bayi. Pengalaman Dr Harlina sendiri, anak-anaknya yang selalu dibacakan Al-Qur'an semasa menyusu, mudah belajar Al Qur'an.

Semasa menyusu, berlaku proses fitrah menyayangi dan disayangi (bonding) antara ibu dan anak. Kesan psikologi ini akan meresap dalam jiwa anak dan kekal sehingga mereka dewasa, insyaAllah. Kerana itu kita lihat kebanyakan anak-anak yang menyusu lebih rapat dengan ibu dan mudah sensitif atau peka dengan keadaan ibu (jika ibu sakit, sedih) serta pandai mengambil hati ibunya.

.

Pemakanan
Dari segi pemakanan pula, Dr Barakatun menyatakan bahawa kesannya tidak sama di antara ibu-ibu dan bayi. Jadi kita tidak dapat mengkelaskan bahawa makanan ini sesuai atau tidak sesuai dengan semua ibu menyusu. Ia bergantung pada penerimaan fizikal ibu.

Ada juga bayi susu ibu yang mengalami kembung. Antaranya disebabkan tempoh penyusuan sekejap-sekejap kerana ibu kerap menggilirkan penyusuan antara payudara kanan dan kiri. Ini menyebabkan bayi mendapat susu awal (foremilk) sahaja. Komposisi dalam susu awal itu mungkin memberi kesan gas yang menyebabkan berlakunya kembung.

Ibu-ibu digalakkan minum air sekurang-kurangnya 2 liter dan mempelbagaikan makanan mengikut piramid makanan seimbang.

Satu ilmu baru yang saya dapat dari forum ini adalah mengenai umami. Umami dikatakan deria rasa ke-6 iatu satu rasa yang sukar digambarkan. Contoh makanan: rasa belacan, rasa ayam. Susu ibu juga tergolong dalm contoh makanan yang sukar digambarkan rasanya. Begitulah unikdan hebatnya susu ibu ini.

Perahan
Bagi ibu-ibu yang memerah susu, digalakkan untuk memerah lebih kerap pada waktu tengah malam dan menggunakan double suction (double pumping) bagi meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Peringkat penyusuan:
Initiave : sejam pertama selepas kelahiran
Exclusive : 6 bulan pertama
Complete: hingga 2 tahun.

Itulah serba sedikit perkongsian yang saya dapat dalam Forum Interaktif tersebut. Jika ibu ada menghadiri mana-mana aktiviti susu ibu boleh dikongsikan melalui email zalehamustapha.lc@gmail.com.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------

Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?  

Klik di sini >>> ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...