Friday, September 5, 2014

Cara panaskan susu dari plastik simpanan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.



"Saya nak tanya, kalau susu ibu simpan dalam zipper beg tu bagi beku., bila nak guna, cairkan, bila cair baru tuang dalam botol kemudian panaskan,betul kan?
Kita tidak boleh terus panaskan dari plastik tu, betulkan?"
Jawapannya ya.

Bagi ibu-ibu yang menggunakan plastik simpanan susu untuk menjimatkan ruang sejuk beku, ia tidak boleh terus dipanaskan dari plastik tersebut.

Bagi susu perahan beku (frozen EBM) yang ingin digunakan keesokan hari, letakkan di bahagian bawah peti sejuk sejak malam. Biarkan ia cair. Seterusnya masukkan dalam botol dan bolehlah dipanaskan untuk terus diberikan kepada bayi.

Jika ia perlu dibawa ke rumah pengasuh/taska, turunkan jumlah beg susu yang biasa diminum oleh bayi. Susu yang cair dimasukkan ke dalam cooler bag. Setelah sampai, minta pengasuh letakkan di bahagian bawah peti sejuk dan panaskan mengikut jumlah dan masa yang biasa diminum oleh bayi.


Baca Tips penyimpanan susu yang mudah dan efektif
 
Puan Nurul Dhia, salah seorang ibu menyusu ada kongsikan pengalaman beliau di sini Cara cairkan EBM dari storage bag.

Saya lebih suka menggunakan botol kerana boleh dipanaskan terus dengan mudah dan cepat. Kelemahan menggunakan botol ialah apabila stok susu ibu banyak dan ia mudah memenuhkan ruang dalam peti sejuk ibu. Jadi penggunaan breastmilk storage bag ini dapat menjimatkan ruang dalam peti sejuk begitu juga dalam cooler bag jika ibu terpaksa bertugas di luar kawasan.

Apapun bekas simpanan yang digunakan, ia terpulang pada pilihan ibu berdasarkan keperluan semasa dan bajet.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------ 

Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...