Thursday, September 4, 2014

Persediaan menguruskan susu perahan ketika berjauhan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Kredit gambar

Sejujurnya sepanjang menyusukan Adnin saya "terselamat" dari mengikuti kursus/seminar di luar daerah atau bermalam. Bermula dari umurnya 1 tahun, stok saya cukup-cukup sahaja, adakalanya perah hari ini cukup untuk esok. Jika perlu bermalam, memang saya perlu bawa Adnin, tambahan dia susah tidur bila berjauhan kerana kami mengamalkan "no bottle at home", jadi dia menyusu terus sahaja. Jika saya bekerja sehingga jam 10.30 malam, dia minum susu perahan sedikit melalui botol. Itupun suami beritahu dia selalu menangis tidak dapat tidur.

Pengalaman membawa susu perahan dalam perjalanan jauh adalah semasa balik kampung dan dari kampung ke Bangi. Saya tidak membawa susu perahan beku. Sebelum memulakan perjalanan 8-9 jam dengan menaiki kereta, kita perlu semak dahulu barangan yang perlu disediakan. Saya hanya menggunakan 2 cooler bag kerana stok susu tidak banyak. Lebihkan icepack untuk mengawal susu agar sentiasa sejuk. Boleh lapik tuala untuk menyerap air dan letakkan garam untuk melambatkan proses pencairan icepack/ais.

Bila sampai, terus masukkan dalam peti ais dengan segera. Jika susu baru diperah, boleh letakkan di bahagian bawah peti ais. Jika sudah 2-3 hari dan ingin dijadikan stok  beku, boleh terus masukkan ke bahagian sejuk beku.

Bila letak susu di bahagian bonet, ada kecenderungan untuk ais mudah cair kerana keadaan yang panas. Berhenti apabila perlu kerana kita perlu sampai segera untuk "menyelamatkan" susu :D

Berikut barangan yang dikongsikan oleh ibu menyusu dari KIM jika ibu perlu bertugas luar daerah:
1. kotak polisterin/coleman box/flask nasik
2. ice pack/ice cube
3. tuala
4. garam
5. milk liner [siap gunting atasnya kalau guna jenama Autumnz, labelkan dengan masking tape]
6. marker pen [untuk tulis atas label tadi]
7. pencuci botol & berus
8. pam

Ini pula tip dari Puan Farah, LC semasa beliau ke Korea: 

* Pastikan berapa banyak susu harus ditinggalkan, berapa oz SEHARI SEMALAM.
* Pastikan berapa lama masa perjalanan dalam flight (berlepas dan tiba)
* Masa yang fleksibel untuk memerah ketika travel
* Peralatan yang berkenaan
* Pam penyusuan yang mudah dibawa, bergred hospital, boleh menggunakan bateri dan elektrik (pastikan international charger dibawa bersama)
Jika travel kurang dari 5 hari (susu tahan tanpa dibekukan sehingga 5 hari), maka beg penyejuk yang biasa sudah memadai.
* Pek penyejuk secukupnya. Selain pek penyejuk yang biasa, boleh juga balutkan stok susu perahan menggunakan Thermafreeze Ice sheet untuk mengekalkan suhu sejuk stok susu di dalam beg penyejuk.
* Surat kebenaran dari pihak berkuasa atau mengisi declaration form dengan pihak Airlines yang bakal dinaiki.
* Semak guideline, do’s and dont’s utk luggage.


Baca pengalaman ibu-ibu ini:
Puan Farah
Sweetmom
Ceritera Ibu
Izzah Azfar

Rujuk juga:
Storing & transporting breastmilk

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>> Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...