Sunday, September 21, 2014

Perjuangan perlu diteruskan ...

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Mini jubah & Jubah Palestin dalam proses jahitan
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
Itulah ucapan selayaknya.


Rasa ingin menjahit baju tema Palestin ini datang sendiri bila selalu tengok dalam FB, ramai kawan-kawan Geng Jahit yang "menayangkan" hasil jahitan masing-masing. Mulalah tak senang duduk, semangat nak jahit juga :D

Hendak cepat siap, saya guna pola jubah umbrella cut dari Sifu Abaya. Pola itu dibeli 1 set (saiz XS - 10XL), memang niat untuk bisnes jubah menyusu pada masa akan datang.

Mula potong kain sesudah Subuh dan jam 10 pagi siap untuk dipakai ke Sambutan Minggu PSI 2014 - Bangi, Selangor. Siap janji dengan kawan nak pakai tema Palestin. Dia pun sudah siap jahit jubah Palestin. Seronok sangat bila pakai, rasa semangat lain macam, rasa terdorong untuk baca Qunut Nazilah, doa dan doa untuk saudara Islam kita di sana.

Pada sambutan tersebut juga ada booth jualan untuk Palestin, makin bersemangatlah kami ibu-ibu bersolidariti. Alhamdulillah ditemukan dengan Puan Ramona yang merupakan aktivis masyarakat melalui komuniti Rose2Rose, komuniti khas yang memfokuskan bantuan untuk wanita Palestin.

Dari itu, Allah memberi idea untuk saya salurkan sumbangan melalui jualan mini jubah dan jubah Palestin ini. Memang sudah lama niat saya mencari komuniti khas yang memberi bantuan untuk wanita.

Pengalaman mengambil tempahan ini, sangat mendidik jiwa. Bermula dari membeli kain sendiri dan membuat tempahan melalui rakaniaga. Oleh kerana niat saya bukan menjana keuntungan semata-mata, sebaliknya ingin mengumpulkan sumbangan, belajar berniaga melalui dunia jahitan dan bersama-sama rakan yang baru dalam perniagaan ini, maka sedikit sebanyak urusan dapat dipermudahkan, dapat idea-idea baru dan hati lebih tenang. Penat memang penat tapi hati puas dan gembira. Itulah yang saya cari dalam bekerja.

Semalam (20.9.14), saya dan rakaniaga terpaksa "turun padang" sendiri membuat pola dan  menggunting kain sehingga hampir Maghrib. Banyak celoteh kami berdua sepanjang hari. Saya sangat bersyukur Allah berikan pengalaman ini dan rakan yang sudi berkongsi kisah suka duka dalam perniagaan serta kehidupan. Allah sampaikan ilmu dan tarbiahNya pada masa saya mencari kekuatan dalam diri.

Saya doakan projek dapat siap dalam masa yang dijanjikan kepada ibu-ibu yang telah membuat tempahan. Setiap baju yang saya jual dan jahit untuk diri sendiri (walaupun sudah tidak menyusukan anak) memang saya akan buat yang mesra penyusuan.

Sama-sama doakan untuk kami dan ibu-ibu di Gaza ya.


Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...