Saturday, September 6, 2014

Tip merawat keputihan kanak-kanak

Teks : Zaleha Mustapha


Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Kita biasa mendengar keputihan di kalangan wanita tetapi jika berlaku pada bayi atau kanak-kanak, adakah ia membimbangkan?

Mengikut Dr Zubaidi, keputihan atau lendir dari kemaluan ini tidak semestinya ia adalah tanda berpenyakit. Lendir faraj ini penting untuk fungsi:
- pelindung pada sel dan dinding saluran faraj
- pelincir semasa persetubuhan
- bekalan makanan dan tenaga pada benih lelaki semasa proses persenyawaan (lendir pangkal rahim)

Kenapa berlaku?:
- paras hormon
- mengambil pil perancang
- gangguan jiwa
- kuat bekerja

Keputihan yang normal adalah cair, jernih, tidak berbau dan tidak menyebabkan gatal. Namun jika sebaliknya, ia mungkin menandakan penyakit pada sistem peranakan atau jangkitan kuman atau kulat.

Berbalik semula pada keputihan di kalangan bayi atau kanak-kanak, anak saya pernah mengalami keadaan ini dan pernah juga terdapat sedikit tompokan darah pada lampin semasa bayi. Doktor menyatakan ia tidak membimbangkan jika tidak kerap berlaku. Ia terjadi kerana proses sistem pembuangan dan peranakan masih belum matang. Mengikut apa yang saya baca, jika berlaku pada bayi terutama ketika dalam pantang, ia juga menandakan estrogen withdrawal.

Bagi kanak-kanak ia berpunca dari kebersihan, penggunaan sabun, pakaian yang tidak sesuai, tisu tandas, jangkitan kuman, kulat, parasit, eczema dan lain-lain.

Apabila saya berjumpa doktor, beliau mencadangkan:
- ia dibasuh bersih,
- elakkan penggunaan sabun biasa yang ada bahan kimia,
- keringkan dengan betul dan
- sapu minyak zaitun.

Saya juga pernah merujuk pada klinik homopati dan diberikan ubat makan serta ubat titis yang perlu dimasukkan ke dalam air suam untuk digunakan sebagai bilasan terakhir selepas mandi atau basuhan ketika membuang air kecil.

Mengikut tip yang dikongsikan ibu-ibu dalam group FB:
- elakkan penggunaan sabun
- lap kering-kering
- banyakkan sayur dan buah
- sapu virgin coconut oil (vco)
- basuh dengan air suam
- minum banyak air
- minum air kelapa

- makan sesudu vco beberapa kali sehari
- ambil minyak habbatus sauda 


Baca juga:
Mencegah Keputihan Bayi & kanak-kanak ( Perempuan )
Vaginitis in children
Risau lendir anak perempuan

Jika berlarutan, saya perlu bawa anak berjumpa Doktor Pakar.

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...