Sunday, December 13, 2015

Persiapan sekolah 2016 - KAFA

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Kain, kain sampin dan beg
Alhamdulillah pendaftaran sekolah agama anak-anak telah selesai hujung bulan lepas. Cadangnya mahu mencuba Sekolah Bakat ABS untuk anakanda puteri tapi kewangan belum mengizinkan. Bersekolah macam abang je lah, pagi sekolah agama dan petang sekolah kebangsaan. Kedua-duanya dekat dengan rumah. Mudah urusan pengangkutan. Berubahlah rutin tahun depan. Sampai rumah hampir jam 7 malam semula. Sudah 2 tahun tak melalui rutin itu sebab abangnya dah masuk tahap dua.

Booth pendaftaran

Tempat bermain sementara menunggu pendaftaran selesai

Pertama kali mencuba Art sand

Yuran KAFA untuk 2 beradik termasuk pengangkutan, transit sebanyak RM1800++ Macam nak bayar gaji seorang pekerja. Redha jelah demi pendidikan anak-anak. Pasti ada ibubapa lain yang perlu membayar lebih dari jumlah tersebut. 

Seperti tahun lepas, yuran naik sedikit. Untuk yang membayar penuh, dapat percuma beg dan kain/kain sampin. Tahun ini KAFA berkain merah, lain dari yang lain :D Untuk uniform ni, masih berkira-kira untuk beli baru/jahit sendiri. Si abang tu nampak membesar bagai johan. Cuti sekolah ni asyik makan je kan. Harus beli baju baru tu. Tahun lepas sepasang je. Tahun ni pun sama lah. Ummi kenalah merajinkan diri basuh setiap hari. Saya beli kain yang licin dan tidak terlalu tebal untuk cepat kering.

Entri seterusnya, kisah persiapan sekolah kebangsaan pula :)

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------  
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya? 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...