Tuesday, October 7, 2014

Iklan milk booster dan susu ibu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Picture source]
Saya suka membaca bahasa iklan-iklan yang berkaitan dengan susu ibu tatkala ia melintas di newsfeed FB.

Bahasa iklan ⇨"memancut-mancut"
Ya, susu ibu memang memancut semasa milk ejection atau let down reflex.
Ada ibu yang sedar keadaan ini, ada yang tidak.
Keadaan ini berlaku walaupun ibu tidak mengambil sebarang milk booster.
Ia tindakbalas semulajadi.
Susu yang terlalu memancut laju boleh menyebabkan bayi kecil tersedak.
Ada juga ibu-ibu yang mengalami "slow flow".
Saya suka mencari renteten kejadian untuk lebih memahami keadaan yang berlaku pada ibu.
Ada asbab yang dijadikan Tuhan dan kita cuba cari solusi berdasarkan asbab itu tanpa mengambil jalan shortcut.

Bahasa iklan ⇨ "melimpah ruah"
Over supply pun ada kelemahannya 

Saya suka pesan kepada ibu-ibu, doakan susu yang cukup bukan banyak melimpah ruah dengan membandingkan kuantiti susu ibu lain.
Walaupun nampak macam sedikit tapi cukup Alhamdulillah.

Bahasa iklan ⇨ "lebih berkualiti lebih pekat"
Kualiti susu ibu tetap berkualiti walaupun di negara kebuluran kerana ia anugerah unik dari Allah yang berubah mengikut keperluan anak dan sekelilingnya.
Susu seseorang ibu tidak boleh dikatakan tidak berkualiti dengan mudahnya.
Susu ada peringkat cair, ada peringkat pekat.
Susu semakin pekat apabila anak kerap menyusu atau kerap memerah susu. Ia juga bergantung pada cuaca persekitaran.
Jadi fahamkan keperluannya mengikut keadaan khusus ibu dan bayi.

Bahasa iklan ⇨ "susu banyak dengan lebih pantas"
Payudara tidak mengeluarkan susu seperti paip air.
Dalam proses power pumping untuk menggalakkan penghasilan susu secara semulajadi, ia akan mengambil masa, susu akan meningkat sedikit demi sedikit sesuai dengan keperluan bayi dan fisiologi ibu.
DOA, USAHA, TAWAKKAL adalah kuncinya.

Nota:
✔ Iklan perlu patuh syariah.
✔ Wajib ada asas ilmu penyusuan jika berniaga produk berkaitan penyusuan.
✔ Hulurkan bantuan agar ibu beroleh keyakinan bukan rasa kebergantungan yang keterlaluan.
✔ Bantu ibu membuat pilihan yang betul.
✔ Ambil milk booster dengan ilmu asas penyusuan susu ibu.
✔ Jadikan milk booster sebagai bantuan sampingan bukan yang paling utama untuk mengelakkan kekecewaan jika hasil tidak seperti jangkaan.

Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...