Monday, October 13, 2014

19 tip mengepam dengan efektif

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

[Picture source]

Tahukah ibu-ibu memerah susu juga memerlukan ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Mari kita amalkan 19 tip mengepam susu yang efektif dari Dr Sears:

1. Ikut rutin dan langkah demi langkah yang biasa dilakukan semasa memerah susu.
Sediakan tempat, peralatan dan bertenang untuk membolehkan susu keluar dengan lebih lancar.

2. Mulakan dengan mengurut payudara selama beberapa minit.

3. Minum beberapa gelas air sebelum mengepam.

4. Guna teknik imaginasi untuk menggalakkan pancutan susu (let down reflex).
Bayangkan sungai yang mengalir di sebalik bukit bukau menghijau, terus mengalir ke lautan luas atau bayangkan diri ibu adalah pancuran air yang mengeluarkan air susu melimpah ruah.

5. Lihat gambar si comel ibu atau bawa baju, selimut atau apa sahaja kepunyaan bayi untuk membolehkan ibu rasa seolah-olah bayi ada bersama.

6. Hubungi pengasuh untuk bertanyakan apa yang bayi sedang lakukan.

7. Dengar lagu yang disukai.

8. Gunakan pam yang tidak menyakitkan.
Mulakan dengan setting suction yang lebih perlahan. Tukar corong pam jika ibu kerap merasa sakit.

9. Jika puting terasa sakit, sapukan krim khas (emollient).

10. Pam sekerap mungkin, sekurang-kurangnya setiap 3 jam.

11. Tambah kekerapan mengepam terutama pada awal pagi.

12.Jika susu kelihatan berkurang dari biasa, semak sama ada pam sudah perlu diservis.

13. Pam pada sebelah payudara dan bayi menyusu pada sebelah payudara lagi.
Ini akan menggalakkan lebih banyak susu dihasilkan.


14. Pam kedua-dua payudara pada masa yang sama (double pumping).

15. Tukar pam jika ia tidak berfungsi dengan baik.

16. Pakai baju yang memudahkan ibu mengepam susu.

17. Gunakan handsfree kit ketika membuat double pumping.
Ibu lebih selesa dan boleh membuat kerja lain semasa mengepam.

18. Sesuaikan posisi semasa mengepam supaya susu tidak terkena baju.

19. Pam dengan rasa tenang dan tidak tergesa-gesa.

Proses mengepam juga mengambil masa untuk ibu merasa serasi dengan pam tersebut. Ia perlu dipelajari dan dipraktis agar proses mengepam menjadi satu aktiviti yang seronok. Tentu ibu berasa puas semasa melihat susu itu memenuhi botolkan?

Selamat mengepam ;)

Sharing with ♥ 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
 Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...