Friday, December 3, 2010

My Bling Moment : Breastfeeding THE CONTEST

My Bling Moment : Breastfeeding

Duhai anakku,
menyusukanmu adalah detik terindah buatku,
itu fitrah ku sebagai ibu,
itu hakmu tanpa ragu,
dicari ilmu tanpa jemu,
diiringi keyakinan tiada ragu,
berbekal azam dan ketabahan,
segala rintangan akanku bertahan,
bukan mudah mengharungi cabaran,
tatkala kesibukan, kelelahan dan susu yang berkurangan,
Namun demi yang terbaik untukmu,
demi cinta kasihku yang jitu,
apatah lagi telah termaktub dalam al-Qur'an kitab panduan hidupmu,
dan juga Sunnah Nabi mu,
maka daku akan terus menyusukanmu,
dengan izin Nya hingga genap 2 tahun usiamu,
atau sehingga mana yang kau mahu,
kerana setiap kali kau berada dalam pelukanku,
kasih suci ini mengalir bersama-sama titisan susu yang kau teguk itu.

Susu ibu, anugerah yang tiada tandingan.

*****************

Luahan hati ku khas untuk contest anjuran :
blog MySuperKids (http://mysuperkids.net),
bersempena dengan pelancaran blog Susu Sihat (http://blog.sususihat.com) dan sebagai mempromosi tentang breastfeeding in public (penyusuan di tempat awam) dengan rangkaian Bling Buubies (http://www.blingboutique.biz).

Ibu-ibu boleh ke http://mysuperkids.net/my-bling-moment-breastfeeding-the-contest/ untuk melihat syarat-syaratnya. Contest ends today ;) hadiahnya sangatlah marvelous!

Tingin gak jadi duta baju menyusu Bling Buubies ;) Gambar di atas adalah semasa Hari Susu Ibu Ogos 2010 lepas. Bersama-sama rakan susu ibu jadi model baju menyusu Mumdreams. Dan tu gambar paling berani menyusu kat public..he..he..kat depan stage tu semua ayah-ayah cameraman weh tapi dengan baju menyusu yang sangat praktikal & selesa, menyusu di tempat awam bukan menjadi masalah. Bila selesa & tenang pengeluaran susu pun lancar & sikecil pun tenang serta kenyang hingga lena di pangkuan ;)

Doa2 ada rejeki dapat adiah mabeles tu & as promotion utk semua ibu2 agar jangan segan menyusu di tempat awam :)

<<<<<<<<<<<<<>>>>>>>>>>>>>>

Result dah keluar DI SINI

Tahniah pd mama2 yang menang. Takde rejeki ummi kali ni ;) Alhamdulillah 'ala kulli hal. Dgn menyertai contest ni bertambah lg kenalan ummi di alam maya dgn mama2 yg menyusukan ank2 mereka ;)
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...