Thursday, November 19, 2015

4 rahsia penyusuan ibu bekerjaya

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


2 hari lepas saya sempat singgah di gerai buku yang membuat jualan di tempat kerja saya ni. Membeli dan membaca buku adalah terapi bagi saya :D Dalam banyak-banyak buku, terpandang buku yang sudah lama nak beli. Terus sambar je lah :) Saya memang pengumpul koleksi buku tentang penyusuan susu ibu.

Ibu-ibu yang berminat, boleh beli di Humaira Bookstore.

 Untuk siapakah buku ini?
🚼 Anda yang sedang hamil anak pertama dan mahu menyusukan anak, tapi tak ada idea macam mana nak mula?
🚼 Anda yang dah mula menyusukan anak, tapi bayi anda seperti tidak mahu menyusu. Anda tidak pasti masalah anda.
🚼 Anda yang mempunyai bayi yang semakin membesar bagai juara, tapi susu semakin merudum. Bagaimanakah cara nak tingkatkan semula kuantiti susu?
🚼 Anda yang suka membaca dan sudah habis google mencari info penyusuan. Tetapi makin banyak anda baca, semakin confuse dibuatnya. Mana satu yang betul ini?
🚼 Anda yang sedang cuti berpantang tetapi masih tiada persediaan untuk memerah susu dan tidak tahu cara menguruskan susu ibu yang betul.
🚼 Anda yang pernah gagal menyusukan anak pertama dan bertekad untuk berjaya menyusukan anak kali ini.
🚼 Anda yang berkobar-kobar mahu maintain susu dan menjayakan penyusuan sehingga usia anak 2 tahun.
🚼 Anda yang selalu tersinggung dengan kata-kata mereka di sekeliling anda yang tidak menyokong hasrat anda untuk meneruskan penyusuan. Anda hilang motivasi!
❗❔➡ Tahukah anda, kebanyakan ibu menyusu mengalami masalah yang hampir sama. Buku 4 Rahsia Penyusuan Ibu Bekerjaya ini membongkar penyelesaian kepada masalah-masalah biasa yang dialami ibu menyusu dan menyingkap rahsia penyusuan dengan mudah bagi merealisasikan impian anda untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun. Anda pasti jatuh cinta lagi kepada penyusuan ibu!
Buku ini sangat bagus. Boleh dengar perkongsian dari pengarang di You Tube ini.





Sharing with ♥

 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...