Wednesday, November 25, 2015

Alteration baju menyusu

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Bukaan menyusu zip sorok
Ibu-ibu ada banyak baju-baju cantik yang terpaksa simpan sebab tak breastfeeding friendly? Sayangkan. Dulu pun baju-baju saya terpaksa simpan je sebab tak selesa nak pakai bila menyusukan anak atau nak perah susu kat ofis. Lagi-lagi kalau jubah, tak dapatlah nak pakai. Jenuh nak selak dari bawah tu ..huhu. Baju kurung pun saya tak selesa bila selak dari bawah. Jadi mula lah beli koleksi baju menyusu.

Lama-lama teringin juga nak pakai balik baju-baju lama tu sebab masih elok. Bila tanya tailor, rupanya boleh je alter jadi baju menyusu. Ni antara koleksi baju menyusu saya yang di alter.

Alhamdulillah, kini sudah beberapa tahun saya mengusahakan servis alteration baju menyusu bersama kawan yang juga passion dalam penyusuan susu ibu, bermula dengan Puan Khairina, Bling Boutique dan kini bersama Puan Nor Suhaida. Harapan kami, servis ini dapat membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah terutama di tempat awam. Ia juga memudahkan ibu-ibu memerah susu di pejabat. Kami juga ingin membantu ibu-ibu yang mahu berjimat dengan memakai kembali baju-baju yang masih cantik.

Bukaan menyusu selak + alas
Jika ada ibu-ibu yang berminat, boleh WhatsApp/Telegram gambar baju ke 011-2300 8261. Upah hanya RM15 - RM25 bergantung pada jenis bukaan.


Sharing with ♥
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...