Monday, September 7, 2009

Seronoknya!


1- sbb 1st time menang contest giveaway kat blog ni. Hr tu join Nursing T-Shirt To Giveaway kat Blog Rozy. Mmg skrg tgh mengumpul nursing shirt/blouse/jubah. TQ Rozy. Nak tgk design nanti buleh tempah kat tkg jahit :)

2- sbb cuti 3 hari lg tp hr ni abe kije. Opis dia cuti pilih2 je. Raya pun sib baik dpt cuti. So, lepak2 kat umah je.

Byk nak cite tp dgn bdk2 2 org nih, takleh nak concentrate :)

Friday, September 4, 2009

Tag dr Pn.Su Lunatots

Su, akak rajin nak menjwb tag sbb bbrp hr ni akak asik duk print screen wallpaper ni tp tatau nak letak mana, rupanya instinct nak menjawab tag Su ..he..he..
Selalu tuka2 wallpaper ni. Kenapa tempek yg ni? sbb hati tgh rindu dgn bdk 2 org ineh. Bahagia dianugerahkan mereka ...* mode in love..he..he..Busan2 kat opis (bos marah ke tau ni? ..he..he..) tgk la muka bdk2 ineh, pasti gumbira tak saba nak balik umah.

Wednesday, September 2, 2009

Monday, August 31, 2009

Peraduan Promosi Penyusuan Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2009 (Sticky Mode)

6 bulan bahtera cinta dilayari
Berita gembira kehamilan hadiah yang bererti
Kasih bertambah hari ke hari
Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi
Kandungan dijaga berhati-hati
Agar lahir tiada masalah dihadapi
Segala persiapan disedia rapi
Naluri ibu yang sejati
Ingin menyusukan permata hati
9 Mei 2004 lahirlah putera sulung kami
Pengalaman pertama amat bermakna
Menyusukan permata hati dengan gembira
Ku sangka ia suatu yang biasa
Rupanya banyak ilmu perlu ditimba
Si comel menyusu 3 bulan sahaja
Hati sedih tidak terkira
Kegagalan pertama jadi pengajaranlah ia
Azam di hati tak ingin kecundang kali kedua
Setelah 5 tahun, 18 Mac 2009 lahirlah cahayamata kedua
Puteri comel penambat kasih di jiwa
Segala ilmu cuba ditimba
Buat bekalan agar azam terlaksana
Alhamdulillah doaku di makbulkan-Nya
Si puteri kini menyusu susu ku sepenuhnya
Kerana ku mahu yang terbaik sahaja untuk dia
Marilah menyusu permata cinta kita
Kerana susu ibu tiada bandingannya
Kaya antibodinya
Kaya sel darah putihnya
Kaya vitamin A dan E nya
Mudah dihadam sentiasa
Tersedia pada suhu yang sama
Segar dan lazat sepanjang masa
Tumbesaran si comel jadi sempurna
Kurang risiko pelbagai penyakit biasanya
Mudah dan menjimatkan masa
Kehamilan dapat dijarakkan hendaknya
Ikatan kasih sayang terjalin eratnya
Penenang jiwa ibu dan anak berdua
Dan 1001 lagi kelebihannya
Yang pasti susu kita untuk anak kita
Berilah yang terbaik untuknya
Kerana itu haknya


*********


Doa ummi percubaan ni berjaya ;) Kalau takde rejeki, jadikan ia sebagai perkongsian pengalaman sebagai menyokong kempen penyusuan susu ibu :)

Kwn2 silalah komen ya. Nanti ku dapat markah bonus ..he..he..sakan acik masuk peraduan no :)



Saturday, August 29, 2009

Adnin & susu


Kalau balik dari taska jual mahal je dgn susu ummi dlm botol ni. Syg je kena buang. Kalau dia lapar sgt plg byk habih la separuh. Lps tu siap sembur keluar, main2 gigit puting botol tu. Mulala mengempeng je.



Ni stok soya melilia, horlick dgn anmum lacta.


Ni gamba lama dah. Masa member sakan buat buih. Rambut ummi pun sakan la gugur. Nipis dah..huhuhu..Risau tak cukup kalsium. Susu minum on off. Supplement pun tak amik. Dr kata sbb hormon berubah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...