Sunday, November 24, 2013

Panduan menyusu di tempat awam

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google

November, Disember :)
Musim kenduri dah tiba!
Juga masa untuk bercuti bersama keluarga tersayang ♥

Jika puan ibu menyusu, pasti terfikir bagaimana untuk menyusu di tempat awam dengan selesa dan mudah.


Picture credit: www.drmomma.org

Puan boleh cuba panduan ini:
1. Ketahui lokasi kenduri atau tempat percutian.
==================================
Puan boleh semak samaada tempat percutian menyediakan bilik menyusu,
jika di tempat kenduri, Puan boleh meminta izin dengan tuan rumah untuk menyusukan bayi di bilik tetamu atau mana-mana tempat yang bersesuaian.

Jika tiada tempat khas, Puan boleh mencari tempat yang agak terlindung dan pakai baju yang memudahkan penyusuan.

2. Berbincang dengan suami.
====================
Ada suami yang tidak suka isteri menyusukan anak di tempat awam walaupun aurat terjaga.

Jika bilik menyusu atau kereta jauh dari tempat Puan berada, dan bayi telah mula merengek untuk menyusu, minta suami memahami keadaan ini dan dia boleh bertindak sebagai ''perisai'' yang melindungi Puan dan bayi.

3. Berlatih agar lebih yakin dan tenang.
===========================
Sebelum menyusu di tempat awam, Puan boleh selalu berlatih di depan cermin. Lihat samaada aurat terjaga semasa menyusukan bayi.

Ada bayi yang tidak selesa pada kali pertama menyusu di tempat awam dan mereka mudah tertarik dengan bunyi di sekitar. Pastikan Puan bertindak pantas melindungi aurat jika bayi tiba-tiba menyelak baju atau sering berhenti menyusu dengan tiba-tiba.

Puan boleh membawa mainan yang bersesuaian untuk dipegang oleh bayi semasa mereka menyusu agar mereka tidak menyelak baju atau melakukan perkara yang membuatkan Puan tidak selesa di tempat awam.

4. Pakai baju yang sesuai.
================
Pakai baju yang longgar untuk memudahkan penyusuan. Lebih mudah jika Puan memakai baju yang mempunyai bukaan khas untuk menyusu.

Puan tidak perlu mengangkat baju dari bawah dan orang di sebelah pun mungkin tidak sedar semasa Puan dalam proses menyusukan si comel :D

5. Bawa kain yang boleh melindungkan bayi semasa menyusu.
============================================
Puan boleh gunakan nursing cover, selendang, kain lampin dan penggendong bayi. Memakai tudung labuh juga sangat membantu Puan untuk menyusukan dengan mudah.

Sesetengah bayi tidak selesa menyusu jika ditutup dengan kain. Pastikan kain tersebut tidak terlalu rapat dengan muka mereka.

Puan boleh selalu melihat mata si comel dan berbual-bual agar Puan dan bayi lebih tenang.

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

Like | Share

Sunday, November 17, 2013

Cabaran Tiada Nasi Selepas 7 mlm

Bismillah

#CabaranTiadaNasiSelepas7mlm - HARI 1: 16/11/13 BERJAYA

Makan malam jam 6.40 ptg.
Menu : Nasi, ayam masak merah, telur goreng berbawang putih dan ulam kobis ungu.


Kisahnya setelah anak mula sekolah, jam 7 malam baru sampai rumah,
nak masak, makan sudah tentulah selepas jam 7 malam.

Jam 9.30 atau 10.00 mlm pula sudah tidur.

Setelah bertahun, kesannya adalah perut yang buncit (ditambah tiada senaman dan jaga makan) serta adanya simptom 'acid reflux'.

Dr kata jika tidur sebelum cukup 3-4 jam selepas makan juga akan menyebabkan berlakunya masalah itu.

Selalu rasa penat tahap "nak mati dah ke aku ni???" (emos...hahaha)

Kesan terasa bila makan nasi dalam kadar segenggam tangan sendiri shj.,
atau makan sup sahaja,
atau makan malam sebelum jam 7
>>> badan lebih ringan rasanya.

Tapi pagi-pagi celik mata sudah rasa sangat lapar..he..he..

http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20121201/ke_03/Patuhi-waktu-makan

Thursday, November 7, 2013

Tuesday, September 24, 2013

Sambutan Penyusuan Susu Ibu 2013 (Gombak)


Wednesday, August 21, 2013

9 Formula Pantas Seru Rezeki

Assalamualaikum

Saya mahu berkongsi, bagaimana seorang yang biasa menjemput rezeki dengan pantas, dalam masa yang singkat sehingga 3 angka.

Ia bermula apabila beliau mula mengamalkan 9 formula dalam sebuah ebook. Ketika itu, beliau mengalami masalah kewangan yang kritikal. Lantas, beliau terdetik mendapatkan ebook itu.

Dengan izin Allah, dalam masa kurang sejam, ada orang berminat mendapatkan produk yang beliau jual bernilai 3 angka. Subhanallah.

Dengan ebook tersebut, pembaca akan dapat;

1. Susuk untuk jernihkan rezeki yang tersumbat, agar rezeki kita akan semakin lancar. Semakin banyak peluang pendapatan masuk ke dalam hidup kita.

2. Sistem ghaibkan hutang, yang boleh kita gunakan untuk mengghaibkan hutang yang kita ada, dengan izin Allah.

3. Jamu rapuhkan masalah yang kita boleh aplikasikan untuk mengurangkan masalah dalam hidup kita.

Pesan Puan Ainon Mohd, CEO PTS (syarikat penerbitan buku);
"Semakin banyak kita melakukan kebajikan, semakin kurang isu bisnes kita."

4. Ikhtiar bina produktiviti untuk kita melapangkan masa yang terhad kepada masa yang tidak rasa sibuk, malah memudahkan kita dapat menyiapkan banyak perkara.

5. Akses mujarab ilmu kerezekian yang membantu kita untuk mengaktifkan ilmu kerezekian yang kita pernah belajar. Ia adalah akses yang berkesan untuk mengaktifkan ilmu kerezekian yang kita pernah belajar.



Muat turun ebook itu pada banner di bawah;

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...