Friday, November 29, 2013

Universiti Wanita?

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google

Saya mendapat idea untuk berkongsi di blog tentang universiti khas untuk wanita sahaja apabila mengikuti rancangan Running Man episod 17 yang diadakan di Hanyang Women University. Terus saya membuat carian di Google tentang universiti tersebut.

Hanyang Women's University
한양여자대학 (漢陽女子大學)
Motto Dedication, Integrity, Humility and Service
Established December 20, 1974
Type Private
President Duk-Ju, Ro
Location Seoul, South Korea
Campus Urban
Former names Hanyang Women's Vocational School (1974-1978)
Hanyang Women's Junior College (1979-1998)
Athletics Women's Football
Mascot Pigeon
Website www.hywoman.ac.kr (Korean)
www.hywoman.ac.kr/english (English)

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/Hanyang_Women%27s_University

Antara bidang yang ditawarkan seperti di bawah:

Klik untuk paparan yang lebih besar
Apa yang menarik adalah silibus yang dibentuk khusus untuk kemahiran yang diperlukan sesuai dengan wanita. Universiti ini bermula sebagai Hanyang Women's Vocational School yang mempunyai Departments of Costume Design, Ceramic Arts and Food Processing, bidang yang 'dekat' dengan wanita.

Terfikir, bagaimana kalau saya memasuki universiti yang kesemua pelajarnya adalah wanita? Tentu menarik kan? :D

Mengimbau semula kenangan semasa bersekolah menengah di Ma'ahad Muhammadi Perempuan, (MMP) Kota Bharu, Kelantan. Tersenyum bila mengingatkan gelagat nakal kami semua, ada yang suka bersolek di tandas, kacau Ustaz muda, panjat pokok dalam kawasan sekolah, window shopping (maklumlah sekolah di tengah bandar KB).

Lebih 20 tahun berlalu, kami sudah menjadi sebahagian dari wanita yang menyumbang kepada agama, bangsa dan negara melalui pelbagai profesion termasuk pengurus rumahtangga (surirumah) yang berjaya. Malah ada yang bak sireh pulang ke gagang, menjadi guru di MMP dan sama-sama mengajar dengan guru yang pernah mengajar kami dahulu.

Apa jua kerjaya yang diceburi, wanita perlu mengekalkan fitrah yang telah dianugerahkan oleh Allah. Salah satunya menyusukan anak setelah bergelar ibu dan memiliki cahaya mata. Naluri keibuan wanita pasti ingin menyusukan anak sendiri selagi ia tidak dipengaruhi oleh faktor-faktor negatif/penolak seperti tidak yakin dengan susu ibu, masih merasakan penyusuan susu ibu sebagai ketinggalan zaman, susah untuk diuruskan dan pelbagai lagi.

Sistem pendidikan dan pekerjaan amat perlu seiring dengan fitrah wanita ini agar kita dapat menghasilkan generasi yang cemerlang.

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

Like | Share 

Thursday, November 28, 2013

Risau bayi tidak buang air besar?

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google


Saya menerima soalan dari ibu yang risau bayi beliau tidak membuang air besar dalam jangkamasa yang agak lama.
"Berapa hari maksimum untuk bayi menyusu susu ibu tidak membuang air besar?"

Photo credit : www.dailymail.co.uk

Paling maksimum bayi susu ibu tidak buang air besar adalah lebih kurang 11 hari dengan syarat :
- tiada tanda-tanda bayi kurang selesa, kembung atau kesakitan
- tidak merengek/menangis
- kelihatan ceria, sihat & kulit dalam keadaan baik

Susu ibu mudah dihadam. Ada sebahagian bayi yang kerap membuang air besar kerana susu ibu cepat dicernakan. Ada pula yang tidak membuang air besar selama beberapa hari kerana zat susu ibu juga mudah diserap. Ini bergantung juga pada sistem penghadaman bayi yang masih dalam proses matang.

Ibu-ibu tidak perlu risau selagi bayi kelihatan sihat seperti tanda-tanda di atas. Namun jika naluri keibuan rasa sangsi, ibu boleh merujuk Doktor yang menyokong susu ibu sepenuhnya.
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

Like | Share

Tuesday, November 26, 2013

Misi Sinar Harapan :Kembali ke Sekolah 2014

Sumber asal : http://www.eksekutifsuri.blogspot.com/2013/11/misi-sinar-harapan-kembali-ke-sekolah.html
 
Target: 100pelajarxRM100
Dana setakat (22 NOV 2013) = RM3820
Dana diperlukan: RM6180

Keperluan lain:
1. Alat tulis
2. Naskhah al-Quran
3. Telekung
4. Beg sekolah

Tarikh Akhir Sasaran: 25 Dis 2013

 Semoga dipermudahkan rezeki anak-anak miskin ini..amin

******************************************************************

Semoga dilindungi Allah sentiasa.

Insya-Allah kami akan teruskan Misi Sinar Harapan: Kembali ke Sekolah 2014 seperti tahun2 sebelum ini. Kami mulakan Misi ini bersama doa kepada Allah swt agar ada bantuan daripada-Nya untuk permudahkan urusan kami, jua dibukakan hati para sahabat untuk bersama2 berkongsi rezeki, sama ada dlm bentuk tenaga, masa & harta.

Kami akan bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain, bergantung kepada dana yang ada.  Antara destinasi Misi Kembali ke Sekolah(bergantung pada dana)

1. Perkampungan miskin sekitar Rantau Panjang & Pasir Mas, Kelantan  
2. Perkampungan miskin sekitar Lenggong, Perak.
3. Perkampungan miskin sekitar Redang Panjang, Perak 
4. Perkampungan miskin sekitar Machang, Kelantan.
5. Perkampungan miskin sekitar Raub, Pahang.
6. Kawasan penempatan miskin bandar di P.Pinang.
7. Kawasan penempatan miskin Bandar sekitar Lembah Kelang


Sasaran: 100 pelajar

Sumbangan diperlukan sama ada dalam bentuk kewangan atau barangan:
1. Pakaian&kasut sekolah (anggaran RM100/pelajar ) 2. Bekas pensel (ditempah-anggaran RM8/satu) 3. Beg 4. Alat tulis 5. Telekung 6. Nashkah al-Quran
Untuk maklumat lanjut: 
En Jamaluddin 0195414673 jamal.hassim@yahoo.com
untuk sumbangan dana bekas pensel dan barangan dalam bentuk alat tulis:

Noor Hidawati: 019-6430260
Facebook: Noor Hidawati

atau lawati blog:

Semoga usaha kita ini dipermudahkan & diberkati Allah, dan menjadi bekal peneman kita di akhirat nanti. Amin

Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan (KIM)

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Koleksi peribadi

Logo terdahulu
Kump. Ibu2 Menyusukan (KIM) adalah sebuah kumpulan sokongan penyusuan SUSU IBU yang bergiat aktif melalui online FB Group :https://www.facebook.com/groups/KIM.susuibu/

KIM juga mempunyai blog : http://kimsusuibu.blogspot.com/,
namun medium yang aktif adalah melalui FB group.

KIM ditubuhkan pada Jun 2010 oleh Puan Tini Wirdas. Pada awal penubuhan KIM, ianya dianggotai oleh sekumpulan ibu menyusukan terdiri daripada rakan dan kenalan laman muka buku. Dari masa ke semasa, kumpulan ini mengambil pendekatan untuk sama-sama melebarkan usaha mengangkat dan membudayakan penyusuan susu ibu.

KIM mempunyai 4 orang Pentadbir kumpulan dan bergiat secara aktif untuk mengumpul serta menyebarkan info mengenai aktiviti penggalakan penyusuan susu ibu di Malaysia :

Fentty Kartini Binti Hamzani (Tini Wirdas) (PC MBfPC)

Nik Zaleha Bt. Nik Mustapha (Nik Ha) (PC MBfPC)

Norhasliza Muhamad Noor (Mummycare Liza) (PC MBfPC)
Noor Hasyimah Binti Idris

KIM menyediakan ruangan pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu serta mengumpul nota mengenainya untuk dikongsikan kepada ahli sebagai rujukan dan panduan. Ahli KIM digalakkan untuk menghadiri pelbagai aktiviti penggalakan penyusuan yang dianjurkan oleh pelbagai pihak dan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu.

Ahli KIM setakat ini adalah seramai lebih 52, 942 ribu orang (pada Januari 2017).

Moms@KIM Gathering

Kebanyakan info dalam kumpulan ini adalah berdasarkan pengalaman ibu-ibu sendiri dan perkongsian dari Pembimbing Ibu Menyusu. Setiap ibu dan anak mempunyai pengalaman dan tahap penerimaan yang berbeza. Untuk maklumat yang lebih terperinci  atau kes-kes tertentu, ibu-ibu digalakkan untuk berhubung terus dengan doktor yang menyokong penyusuan susu ibu, Kaunselor Laktasi (LC) dan Pembimbing Ibu Menyusu (PC) dari Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC).

Kumpulan ini adalah salah satu wadah untuk semua yang menyokong penyusuan susu ibu berkongsi maklumat dan pendapat. Segala maklumat adalah berdasarkan pendapat/pengalaman individu yang boleh dijadikan inspirasi bagi ibu-ibu yang ingin menyusukan anak selama 2 tahun.


Antara aktiviti yang pernah dijalankan adalah:
- Perjumpaan santai Moms@KIM Gathering
- Bengkel/seminar penyusuan susu ibu
- Sebarang aktiviti yang berkaitan seperti Breastfeeding Flashmob, sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu
- Promosi melalui KIM merchandise

Sumber: Pentadbir KIM

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

Sharing with ♥

Like | Share


Monday, November 25, 2013

Relaktasi

Teks: Zaleha Mustapha
Foto: Carian Google

A mother feeding her baby using the supplemental suckling technique (SST)
Photo credit : http://fex.ennonline.net/32/evaluation
Saya kerap juga menerima pertanyaan dari ibu-ibu mengenai relaktasi. Apakah relaktasi?
Relaktasi adalah proses menghasilkan susu semula bagi ibu yang telah berhenti menyusu pada jangka masa tertentu.
"Relactation is the process of stimulating milk supply in a woman who has delivered a baby but did not initially breastfeed. This can also apply to a mother who has decided to restart lactation after it has been discontinued for a significant period of time". -- Breastfeeding.about.com
Saya kagum dengan niat ibu-ibu yang mahu melakukan relaktasi kerana ia memerlukan kesabaran dan kecekalan yang amat jitu.

Apakah yang ibu-ibu perlukan untuk memulakan relaktasi?:
1. Niat dan keazaman yang sangat tinggi.
2. Ilmu dan panduan yang betul.
3. Usaha yang gigih.
4. Kesabaran yang mendalam.
5. Sokongan dari pelbagai pihak.

Saya akan kongsikan langkah demi langkah, bagaimana ibu boleh melakukan relaktasi di perkongsian akan datang.

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

Like | Share
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...