Tuesday, March 4, 2014

Saya menyusu dan bayi mengalami kuning (bahagian 2)

Teks: Zaleha Mustapha

Source : esciencenews.com

Jenis-jenis jaundis:

1. Jaundis fisiologikal

  • Berlaku dalam masa 2 - 5 hari selepasa lahir
  • Bayi akan kembali normal tanpa sebarang masalah
  • Paras bilirubin yang tinggi mungkin memerlukan bayi dirawat di hospital.

2. Jaundis patologikal
  • Berlaku 24 jam setelah lahir
  • Keadaan ini tidak normal
    Bayi perlu diperiksa puncanya samaada:
    • ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak
    • Kekurangan G6PD yang menyebabkan sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan tertentu
    • Jangkitan kuman pada bayi

3. Jaundis susu ibu
  • Punca terjadinya jaundis susu ibu masih menjadi tanda tanya dalam dunia sains
  • Berlaku dalam hari ke-4 atau ke-5 dan berlanjutan lebih lama (3 minggu atau sehingga 3 bulan)
 
Tanda-tanda bahaya:
 
Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika :
  • Jaundis berlaku dalam tempoh 24 jam
  • Peningkatan kuning yang cepat
  • Anak terdahulu pernah mengalami jaundis yang teruk
  • Bayi tidak aktif dan tidak mahu menyusu
  • Najis bayi kelihatan pucat atau air kencing pekat
 
Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...