Monday, February 2, 2015

Tip ibu menyusu dan majikan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


[Sumber]
Menyentuh isu ibu menyusu dan majikan, ia terbahagi kepada 3 kategori majikan:
1. Sangat menyokong
2. Neutral (tidak menggalakkan dan juga tidak menghalang)
3. Tidak menyokong

Ibu-ibu boleh mengenal pasti majikan tergolong dari kategori yang mana.

Langkah-langkah untuk meneruskan hasrat penyusuan susu ibu setelah kembali bekerja:

1. Semasa masih hamil, beritahu dan berbincang dengan Ketua Bahagian / Penyelia terdekat ibu ingin menyusukan bayi.

2. Buat surat permohonan disertakan surat sokongan dari Doktor/ Jabatan Kesihatan/ Hospital Mesra Bayi / Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jika diperlukan.

Contoh surat ada di Lampiran buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya.

3. Minta bantuan/sokongan dari persatuan pekerja wanita di tempat kerja ibu.

4. Buat petisyen bersama-sama dengan rakan-rakan sekerja yang juga ingin menyusukan bayi.

5. Ketahui hak sebagai pekerja wanita melalui Undang-undang Pekerjaan dan Akta yang digunapakai di tempat kerja masing-masing.



Sharing with ♥

 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>  Borang Konsultasi Susu Ibu

 

Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...