Thursday, July 9, 2015

Konvensyen Pembimbing Penyusuan Ibu dan Asuhan Alami Malaysia 2015

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google & Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


https://www.facebook.com/KonvensyenPRISMA2015
Kepada yang berminat nak tambah ilmu berkaitan penyusuan ibu (breastfeeding), boleh join Konvensyen PRISMA 2015 anjuran Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (MBFPCA).

MBFPCA adalah badan bukan kerajaan (NGO) yg mempromosi dan menggalakkan penyusuan susu ibu di Malaysia. MBFPCA juga memberi khidmat nasihat dan bantuan dalam menangani masalah penyusuan susu ibu. Ini peluang anda untuk mendapat ilmu daripada mereka yang pakar seperti:

1. Prof Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj ( O& G dan Keta Jabatan Pendidikan Perubatan PPUKM),
2. Dr. Koe Swee Lee (Pakar Kanak-Kanak dan Pakar Laktasi),
3. Prof Madya Dr. Zamri b. Radzi (Pakar Perunding Pergigian Pedriatik & Orthidontik, PPUM)
4. DR. Hairin Anisa Tajuddin, IBCLC (Pakar Kanak-kanak da Pakar Laktasi)
5. Dr. Zaharah Sulaiman, IBCLC, PHD (Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Laktasi , USM)
6. Dr.Haliza Yusoff ( O&G dan Ketua Pusat Laktasi Kebangsaan Hospital Selayang)
7. Prof. Madya Dr. Muhammad Najib . Mohamad Alwi, PHD ( Pakar Perunding Psikiatri)
8. Ms. Yeong Joo Kean ( Penasihat Undang-undang IBFAN -ICDC
9. Dr. Zubaidah Jamil, PHD (Pensyarah Kanan & Psikology Klinikal UP
10. YBHG. Dato' (Dr.) Anwar Fazal (Chairman Emeritius , World Alliancefor Breastfeeding Action (WABA)

Serta ramai lagi Pakar-pakar Laktasi lain yang akan memberikan ceramah dalam sesi bengkel pada hari yang sama. Antaranya ialah:
1.Puan Rita Rahayu, IBCLC ( Pakar Laktasi, Babywearing Educator & Kolumnis PA & MA)
2. Dr. Faridah Idris, IBCLC [ Pensyarah Perubatan & Pakar Patologi (Hermatologi) UPM & Penulis buku "Membesar Anak Hebat dengan Susu Ibu".
3. Dr. Ning Desiyanti, IBCLC (Pakar Laktasi)
4. Dr. Ezura Madiana Md Monoto (ensyarah & Pakar Perubatan Keluarga PPUKM)
5. Pn. Wong Hui Juan (Jess), IBCLC ( Pakar Nutrisin, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pemakanan KKM & Pakar Laktasi)
6. Madam (Dr. ) Normala Hj Basiron ( Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan Jabatan Pembedahan Plastik & Rekonstruktif HKL)

Konvensyen berlangsung pada hari minggu dari15-16 Ogos 2015.
Maklumat lanjut sila ke www. malaysianbfpc.org/prisma2015/


Sharing with ♥ 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
------------------------------------
Mahukah ibu-ibu berjimat dengan mengubahsuai baju biasa menjadi baju menyusu?
Klik di sini >>> ClothDNZ
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...