Thursday, February 9, 2017

Akhirnya saya cuti tanpa gaji ...

Teks : Zaleha Mustapha
 Gambar : Koleksi Peribadi

 Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.


Entri ini mula ditulis sebagai draft pada 25 November 2016. Hari ambil tandatangan bos-bos di ofis Kak NiHa dengan perasaan buat-buat cool sedangkan dalam hati ada sedih, takut, risau 😂

Hari ini sudah hari ke 40 bercuti tanpa gaji.

Kronologi permohonan Cuti Tanpa Gaji (CTG):

- telefon Jabatan Pendaftar tentang prosedur
boleh mula mohon dalam 1-3 bulan sebelum bercuti
kelayakan CTG Kak NiHa dengan tempoh bekerja 9 tahun adalah 9 bulan

- 24/11 isi borang
- 25/11 ambil tandatangan Ketua Unit, Penolong Pendaftar, Timbalan Ketua Pustakawan (yang menjalankan tugas Ketua Pustakawan)
- 28/11 serah borang di Jabatan Pendaftar
- /12 surat pengesahan berjaya CTG

Kak NiHa kongsikan persediaan kewangan untuk CTG di http://bit.ly/PersediaanCutiTanpaGaji

Sepanjang bercuti tanpa gaji ini, Kak NiHa lebih fokus untuk urusan persekolahan anak, jadi mak supir 😅. Rutin baru setiap hari adalah masak untuk makan pagi dua beradik tu. Sebelum ni suami yang sediakan lauk makan pagi dan tengah hari Qaiyum. Adnin kadang-kadang makan pagi kat rumah, kadang-kadang bawa bekal atau nak beli kuih di warung depan rumah.


Bila cuti ni Kak NiHa lah yang masak. Kak NiHa guna menu planner sebab senang nak ingat dan encik akauntan aka suami dah buat bajet lauk-pauk 😎 Dua beradik ni akan makan pagi dalam 6.45-7.15 pagi. 

Selesai makan, Adnin akan dihantar ke sekolah agama. Kemudian balik tengok abangnya bersiap sebelum dihantar ke sekolah PPKI. Kalau nak jimat masa, boleh sekali hantar tapi abang nak dihantar berasingan. Nasiblah sekolah agama Adnin dekat je. Mak layan sahaja asal dia nak ke sekolah.

Balik rumah dalam jam 8 lebih, baru Kak NiHa makan pagi dan tengok apa yang nak buat sepanjang hari (update blog/online marketing/kemas rumah/surfing internet).

Jika Adnin nak dihantar ke sekolah kebangsaan, Kak NiHa akan ambil jam 10.30 pagi. Kemudian masak untuk makan tengah hari. Lepas hantar Adnin ke SK, terus ambil abangnya. Qaiyum selalunya boleh balik awal dari jadual sebab jadualnya fleksibel.

Kelas PPKI SK Jalan 6
Misi utama lain sepanjang bercuti ni adalah mengosongkan rumah dari barang-barang lama. Baru siap kemas rak buku. Doanya siap semuanya menjelang akhir Februari ni. Untuk rumah bersih berkilau, cadangnya nak tempah servis cuci rumah sahaja. Gangguan saraf yang on off ni melambatkan sedikit kerja-kerja yang dirancang. Bila rasa sakit satu badan, banyak baring sahaja. Simpan tenaga untuk hantar dan ambil anak sekolah. Kerja lain kena tangguhkan dulu.


Cuti ni juga fokus kepada pemulihan gangguan saraf akibat scoliosis dan mungkin ada faktor lain juga. Dah mula urut secara konsisten dan nak cuba fisioterapi dan chiropractic juga. Alhamdulillah, di Bangi semua ada. Sedia duit lebih je lah 😊

Hobi yang dapat buat sepanjang cuti ni hanya menulis dan berkebun sedikit. Menjahit masih ditangguhkan. Kumpul duit tabung syiling dulu. Satu mesin rosak, satu lagi tak berapa elok dah jahitannya. Nak minta servis lah tu. Dah bertahun guna, belum hantar servis.

Setakat ini, perkongsian CTG kak NiHa. Jika ada lagi yang nak dikongsikan Kak NiHa akan post lagi 😉


 Sharing with ♥
 Zaleha Mustapha Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA? 
email zalehamustapha.lc@gmail.com 
Telegram 011-2300 8261 

Tempahan Abaya Menyusu 
Klik di sini >>> http://clothdnz.blogspot.my
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...