Thursday, March 6, 2014

Bayi susu ibu


Susuilah bayi secara eksklusif selama 180 hari (6 bulan). 
Banyak manfaat untuk bayi dan ibu.

Sharing with ♥





Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Wednesday, March 5, 2014

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2014

Teks: Zaleha Mustapha

 
http://worldbreastfeedingweek.org/

Balik dari kerja petang tadi, lihat ada sampul kuning dalam kotak surat. Surat dari WABA rupanya. Dapat risalah dan kalendar 2014. Tema sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia pada tahun ini adalah BREASTFEEDING: A Winning Goal - for Life!

Tidak sabar nak melihat aktiviti-aktiviti sempena sambutan minggu penyusuan tahun ini.

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Tuesday, March 4, 2014

Saya menyusu dan bayi mengalami kuning (bahagian 2)

Teks: Zaleha Mustapha

Source : esciencenews.com

Jenis-jenis jaundis:

1. Jaundis fisiologikal

  • Berlaku dalam masa 2 - 5 hari selepasa lahir
  • Bayi akan kembali normal tanpa sebarang masalah
  • Paras bilirubin yang tinggi mungkin memerlukan bayi dirawat di hospital.

2. Jaundis patologikal
  • Berlaku 24 jam setelah lahir
  • Keadaan ini tidak normal
    Bayi perlu diperiksa puncanya samaada:
    • ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak
    • Kekurangan G6PD yang menyebabkan sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan tertentu
    • Jangkitan kuman pada bayi

3. Jaundis susu ibu
  • Punca terjadinya jaundis susu ibu masih menjadi tanda tanya dalam dunia sains
  • Berlaku dalam hari ke-4 atau ke-5 dan berlanjutan lebih lama (3 minggu atau sehingga 3 bulan)
 
Tanda-tanda bahaya:
 
Dapatkan pemeriksaan doktor segera jika :
  • Jaundis berlaku dalam tempoh 24 jam
  • Peningkatan kuning yang cepat
  • Anak terdahulu pernah mengalami jaundis yang teruk
  • Bayi tidak aktif dan tidak mahu menyusu
  • Najis bayi kelihatan pucat atau air kencing pekat
 
Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Monday, March 3, 2014

Saya menyusu dan bayi mengalami kuning (bahagian 1)

Teks: Zaleha Mustapha

Source : www.doctorshangout.com

“Jaundice and some degree of hyperbilirubinemia are normal and expected aspects of newborn development. Breastfeeding is also a normal and expected aspect of infancy and childhood.”


Jaundis adalah warna kekuningan pada kulit disebabkan kadar bilirubin yang tinggi dalam darah.

Hampir kebanyakan bayi mengalami kuning/jaundis pada peringkat awal selepas kelahiran.

Punca jaundis:
 
Darah merah dalam badan manusia akan musnah sendiri. Proses ini dinamakan hemolisis. Ia akan digantikan dengan yang baru. Proses ini menghasilkan bahan kimia yang dipanggil Bilirubin. Ia akan diproses untuk dikeluarkan dari badan melalui hati (liver). Sisa-sisa ini akan mengalir ke usus melalui tiub biliari.

Walaubagaimanapun, bayi mudah mengalami jaundis kerana fungsi hati bayi masih belum matang dan mungkin tidak berupaya mengatasi terlalu banyak bilirubin yang sampai untuk diproses sebelum berpindah ke usus.

Langkah mengatasi/merawat jaundis yang normal:
 
1. Susukan bayi lebih awal (sebaik sahaja lahir) dan lebih kerap.

2. Elakkan dari memberi air masak atau apa sahaja air lain (gripe water dll.)

3. Jika bayi dalam keadaan lemah/ mengantuk untuk menghisap susu secara terus, berikan susu ibu melalui cawan/ dropper/ syringe

4. Letakkan di dalam bilik yang cerah agar mendapat cahaya matahari (indirect sunlight)

5. Elakkan pemberian ubat seperti aspirin dll. (rujuk doktor)

6. Elakkan dari membiarkan bayi tidur lama melebihi 3 jam.
 

Jaundis pada bayi, iSihat, Mac 2012


Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Tuesday, February 11, 2014

Tempahan Baju Menyusu

Teks: Zaleha Mustapha  

Rindunya dengan blog kesayangan ini, rindu untuk berkongsi ilmu menyusu dan coretan seharian. Saya lebih aktif di FB, dan terbaru di Instagram. Kini mesti kembali ke blog kerana blog banyak kelebihan tersendiri dan fokus saya untuk berkongsi ilmu penyusuan.

Buat masa ini saya kongsikan peluang untuk ibu-ibu menyusu yang mencari khidmat jahitan baju menyusu. Saya kerap kali menerima mesej dari ibu-ibu menyatakan agak susah mencari tukang jahit yang dapat menjahit baju menyusu dan ubahsuai baju menyusu.


Cara-cara tempahan baju menyusu telah dikemaskini di blog bisnes Baju Menyusu Muslimah saya : ClothDNZ

 
Kami juga menyediakan servis ubahsuai/alteration baju menyusu yang mendapat sambutan hangat dari ibu-ibu menyusu juga.

Dapatkan makluman terkini dari kami ya, juga di --> FB ClothDNZeStore

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...