Wednesday, May 28, 2014

Air untuk ibu menyusu

Teks : Zaleha Mustapha 
Gambar : Koleksi peribadi


Kadar di atas adalah secara umum. Ibu-ibu perlu menyesuaikannya dengan gaya hidup dan pemakanan. Kaedah terbaik untuk pengambilan air adalah diminum sedikit-sedikit tetapi kerap. Kadar air juga termasuk dalam pengambilan jus dan makanan berkuah/sup.

Elakkan minum
terlalu banyak air kerana hal ini akan memberi kesan pada pengeluaran susu iaitu berkemungkinan susu menjadi terlalu cair atau menjadi sedikit.

Kuncinya adalah bersederhana dan mengikut keperluan. Biasanya badan akan menunjukkan tanda-tanda kita memerlukan air seperti dahaga.

Bagi ibu-ibu menyusu, botol air masak mesti sentiasa di sisi. Selepas memerah susu di pejabat, pasti ibu-ibu merasa sangat dahaga kan? Ibu-ibu boleh minum sebelum dan selepas memerah susu.

Sharing with ♥






Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Sunday, May 25, 2014

Doa dan awan

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi peribadi
 
Awan pagi di kawasan rumah
Cuaca pagi 21 Mei 2014 sangat cerah dan cantik. Seperti biasa saya suka merenung awan-awan ini. Subhanallah, sangat indah ciptaan Allah. Biasanya lihat semasa hendak pergi kerja, jadi tidak boleh berlama-lamaan. Kalau dilayan, pelbagai imaginasi akan muncul, lambat pula ke tempat kerja.

Melihat ke langit adalah salah satu tip untuk menenangkan jiwa. Kita dengan sendirinya boleh merasai, walaupun sempit dan sesak dada oleh pelbagai cabaran dan onak duri kehidupan, bila memandang ke langit, insyaAllah rasa ada harapan yang lebih luas. Ada Pencipta yang maha Besar dapat membantu meringankan beban jiwa raga kita. Berdoalah kepada Dia. Tiada istilah putus asa dan teruskan melangkah dengan seribu harapan dan kecekalan ...

Saturday, May 24, 2014

Bila tiba ...

Bila Tiba - Ungu

Saat tiba nafas di ujung hela
Mata tinggi tak sanggup bicara
Mulut terkunci tanpa suara

Bila tiba saat berganti dunia
Alam yang sangat jauh berbeda
Siapkah kita menjawab semua
Pertanyaan

Bila nafas akhir berhenti sudah
Jatung hatipun tak berdaya
Hanya menangis tanpa suara
Ooo

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati

Mati tak bisa untuk kau hindari
Tak mungkin bisa engkau lari
Ajalmu pasti menghampiri

Mati tinggal menunggu saat nanti
Kemana kita bisa lari
Kita pastikan mengalami
Mati
.
.
.

Sedar tak sedar sudah 2 bulan lebih blog ini sepi ...
Hilang umpama MH370 kah?...

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bangun sesudah mati (sementara). Saya masih aktif di FB dan Instagram :D kerana banyak posting di FB [https://www.facebook.com/NikZaleha] dan instagram [http://instagram.com/clothdnz#] dibuat dengan teramat santai iaitu sambil baring sahaja. Setiap yang berlaku ada sebabnya namun saya tidak mahu bercerita lanjut, tidak mahu ia dijadikan "alasan". Ruang itu sebenarnya menjadi muhasabah kembali - saya menulis untuk apa, siapa dan kerana apa? ... Didoakan saya terus bangun melangkah dan meneruskan impian di hati. Amin.

Pemergian ayahanda mertua (1)

Pagi 22 April yang lepas kami sekeluarga bergegas pulang ke kampung apabila dikhabarkan ayahanda mertua sakit tenat. Keesokannya Alhamdulillah dia sedar, kenal yang datang ziarah dan boleh makan dan minum sedikit. 

25 April, Jumaat, saya berada di rumah emak kerana menyiapkan slaid pembentangan untuk AGM ke-4 eWA Malaysia yang berlangsung 26 April 2014 di UKM. Sepatutnya saya perlu membentangkan Laporan Aktiviti dan Minit AGM yang lepas.

Cabaran dengan laptop yang "semput" dan tetikus yang "koma"
Beberapa hari juga saya dalam dilema kerana memikirkan tanggungjawab persatuan dan tanggungjawab keluarga. Ada juga rasa hendak balik seorang ke KL dengan kapal terbang dulu, kemudian balik semula ke Kelantan. Akhirnya saya mengikut kata hati, terus berada di kampung dan meminta bantuan sahabat persatuan untuk membentangkan laporan tersebut.

Pasar Kota Jembal setiap pagi Jumaat
Che' dan ayah ke kelas Bahasa Arab dan saya serta anak-anak sempat ke pasar pagi Jumaat Kota Jembal di depan rumah emak sahaja.

Keropok lekor Kelantan
Sempatlah merasa keropok yang 'gemuk-gemuk' berbanding keropok di KL. Suami ke rumah mertua dari awal pagi. Kampung kami sebelah menyebelah sahaja, jadi jika balik kampung, setiap hari akan berulang, pagi ke rumah mertua, malam balik tidur rumah che dan ayah.

Jam 3.48 ptg, suami whatsapp "Ayah tenat sekarang ni". Hati sudah berdebar, siapkan kerja persatuan secepat mungkin dan selepas Asar, saya dan anak-anak bergegas ke sana dengan che' dan ayah.

Apabila sampai, jiran, sanak-saudara sudah memenuhi rumah dan ipar duai, anak-anak buah sedang baca Ya Sin. Saya menyertai mereka. Che pesan baca surah Ar Ra'd. Biras juga mengajak sama-sama untuk baca surah Ar Ra'd, Al Kahfi, Ad Dukhan dan Ya Sin serentak. Fadhilatnya untuk kesembuhan dan kematian yang dipermudahkan Allah.

- bersambung ...

Saturday, March 8, 2014

Panduan menyusukan bayi dalam kapal terbang

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google

Hari ini kita dikejutkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing. Sejak mengikuti berita mengenainya dari FB suami (semasa menghadiri mesyuarat eWA pagi - tengahari), perasaan bercampur-baur antara sedih, bimbang, berdebar-debar walaupun bukan keluarga terdekat penumpang. Mungkin kerana ada rakan-rakan FB saya yang menyatakan kawan-kawan mereka ada terlibat. Kita sama-sama berdoa agar Allah permudahkan segalanya.

Juga mendoakan ketabahan dan kecekalan buat semua keluarga krew dan penumpang yang terlibat. Senarai krew dan penumpang di sini 


Semasa menyusukan anak dahulu, saya pernah menaiki kapal terbang ketika pulang ke kampung. Sebelum bertolak balik, seperti biasa perlu buat persediaan, cari informasi mengenai tip menyusukan bayi dalam kapal terbang. Tambahan pula itu kali pertama si kecil naik kapal terbang :D

Apa yang saya baca, kita digalakkan menyusukan bayi semasa pesawat hendak berlepas dan mendarat untuk mengurangkan rasa kurang selesa pada telinga bayi. Adnin menangis agak kuat semasa pesawat hendak berlepas, mungkin dia takut dengan bunyi enjin dan gerakan yang agak kuat. Puas juga memujuk dia untuk menyusu. Alhamdulillah beberapa minit selepas pesawat di udara dia sudah mahu menyusu dan tidur di sepanjang penerbangan.

Berikut saya kongsikan tip untuk ibu-ibu menyusu semasa dalam kapal terbang:

1. Kenal pasti jika ada polisi khas dari syarikat penerbangan tentang penyusuan susu ibu
2. Ketahui hak kita sebagai ibu menyusu
3. Pilih tempat duduk yang selesa 
4. Bawa bersama alat yang dapat membantu menenangkan bayi seperti bantal kecil, mainan dll.
5. Pakai pakaian yang memudahkan untuk menyusukan bayi dan mengelakkan ketidakselesaan jika ada penumpang lain yang memandang.

Source : www.iamamess.com
 

Sharing with ♥




Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Friday, March 7, 2014

Promosi susu ibu yang comel

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Carian Google


http://www.notonthehighstreet.com
Comelnya dia!
"Boobie milk rocks and make you strong as an ox"
:D :D :D

Sharing with ♥

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...