Monday, August 31, 2009

Peraduan Promosi Penyusuan Susu Ibu sempena Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2009 (Sticky Mode)

6 bulan bahtera cinta dilayari
Berita gembira kehamilan hadiah yang bererti
Kasih bertambah hari ke hari
Syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi
Kandungan dijaga berhati-hati
Agar lahir tiada masalah dihadapi
Segala persiapan disedia rapi
Naluri ibu yang sejati
Ingin menyusukan permata hati
9 Mei 2004 lahirlah putera sulung kami
Pengalaman pertama amat bermakna
Menyusukan permata hati dengan gembira
Ku sangka ia suatu yang biasa
Rupanya banyak ilmu perlu ditimba
Si comel menyusu 3 bulan sahaja
Hati sedih tidak terkira
Kegagalan pertama jadi pengajaranlah ia
Azam di hati tak ingin kecundang kali kedua
Setelah 5 tahun, 18 Mac 2009 lahirlah cahayamata kedua
Puteri comel penambat kasih di jiwa
Segala ilmu cuba ditimba
Buat bekalan agar azam terlaksana
Alhamdulillah doaku di makbulkan-Nya
Si puteri kini menyusu susu ku sepenuhnya
Kerana ku mahu yang terbaik sahaja untuk dia
Marilah menyusu permata cinta kita
Kerana susu ibu tiada bandingannya
Kaya antibodinya
Kaya sel darah putihnya
Kaya vitamin A dan E nya
Mudah dihadam sentiasa
Tersedia pada suhu yang sama
Segar dan lazat sepanjang masa
Tumbesaran si comel jadi sempurna
Kurang risiko pelbagai penyakit biasanya
Mudah dan menjimatkan masa
Kehamilan dapat dijarakkan hendaknya
Ikatan kasih sayang terjalin eratnya
Penenang jiwa ibu dan anak berdua
Dan 1001 lagi kelebihannya
Yang pasti susu kita untuk anak kita
Berilah yang terbaik untuknya
Kerana itu haknya


*********


Doa ummi percubaan ni berjaya ;) Kalau takde rejeki, jadikan ia sebagai perkongsian pengalaman sebagai menyokong kempen penyusuan susu ibu :)

Kwn2 silalah komen ya. Nanti ku dapat markah bonus ..he..he..sakan acik masuk peraduan no :)



Saturday, August 29, 2009

Adnin & susu


Kalau balik dari taska jual mahal je dgn susu ummi dlm botol ni. Syg je kena buang. Kalau dia lapar sgt plg byk habih la separuh. Lps tu siap sembur keluar, main2 gigit puting botol tu. Mulala mengempeng je.



Ni stok soya melilia, horlick dgn anmum lacta.


Ni gamba lama dah. Masa member sakan buat buih. Rambut ummi pun sakan la gugur. Nipis dah..huhuhu..Risau tak cukup kalsium. Susu minum on off. Supplement pun tak amik. Dr kata sbb hormon berubah.



Monday, August 24, 2009

Hari Susu Ibu 2009

N3 backdated daa..Asik tertangguh nak post pdhal sblm ni excited bangat nak g. Dlm kerisauan musim H1n1 ni gagah jgk gi. Alhamdulillah kami ank brnk sihat walafiat. Ramai jg yg tarik diri sbb dmm & selsema. Mcm biasa timing lari sbb breakfast siap2 kat umah. Hakimi lak mandi dgn amat slownya. Sibuk tgk tv. Kul 9 lebih br sampai. Tgk dlm dewan tak ramai sgt. Rupanya ada lgi yg on the way :) Abe tinggalkan aku dgn Adnin je. Dia 2 brnk dgn Hakimi g tesco la pulak. Tehegeh2 aku sangkut 2 beg, beg dr umah & beg dpt ms registration. Adnin lak dukung biasa je. Ingat nak cuba ring sling tp tak ok lg. Pouch pun camtu gak. Tak confident nak pakai kat lua lg.

Masuk dewan jap then kua meninjau booth. Jumpa Amyatie, terus beli nursing cover utk acara breastfeeding berjemaah :) Spjg kat sana Adnin sgt baik ..he..he..dia suka tgk org ramai..agaknya lebih mesra alam berbanding abangnya yg sgt pemalu..ngeh..ngeh..Agk2 dia boring tu kenalah berdukung pula. Bwk tgk booth & pameran dr support group hospital kajang (rasanya).



Gambar2 di copy dr blog rakan2 SI. Sedihnya cameraman tadak ..huhuhu..Lone ranger je rasa. Buat2 la peramah (walaupun malu) negur muka2 yg ku kenal Hayati, Herni. Ku asik duk tgk2 org je sbb takde name tag, tataulah sapa nama. Kalau tanya asik lupa je.


Ucapan Perasmian dr ADUN Bangi, Dr. Shafie Abu Bakar .

Ingat dah penuh dewan masa aku sampai tu ..he..he..

Acara breastfeeding berjemaah. Nervous lak masa ni. Alhamdulillah Adnin ok je. Terkial2 jgk ku rasa walaupun pakai nursing cover. Maklumla jrg BF kat public sbb jrg keluar. Tu gamba aku semuanya tgh tunduk, duk intai Adnin ..he..he..Skjp je terus lena. Acara dah habih pun dia still menyusu. Good girl.


Lepas tu dgr ceramah dr Pn Rita. Cantiknya dia. Seronok sgt dgr ucaptama tu.



Booth Hospital kajang



Booth mommies di SI.com

Cerita Hari Susu Ibu di :


Nursing cover & legging beli kat booth Amyati & tight kat booth manjakusayang collection
P/S: Ada lg nak cite ni tp edit nanti lah.

Wednesday, August 12, 2009

Up Production

Antara makanan & minuman yang boleh menambahkan susu ibu :
1. Adik-beradik ikan sardin
2. Carrot susu
3. Buah kurma
4. Buah pisang
5. Air madu
6. Air longan @ mata kucing
7. Rasberry cheese kek (wah, mabeles nih)
8. Air Soya
9. Tauhu goreng & tempe goreng
10. Roti celet planta
11. Air milo + oat
12. Air 100 plus
13. Lobak putih
14. Tuna sandwish
15. Bayam tumis air
16. Ikan tenggiri masak tauchu
17. Daun kucai
18. Sayur Sawi
19. Kentang rebus
20. Kuah kacang ( makan dgn satay)he he
21. Sayuran kekacang yang dikukus atau masak
22. Ulam pegaga
23. Tempoyak & durian ( pekatkan susu)
24. Minuman tambahan Al-Syaffi (kurma + kismiss)
25. Sambal kering ikan bilis + tempe

Sumber : Ratuhati.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...