Tuesday, December 31, 2013

Melangkah ke tahun baru dengan rutin baru

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google

 

Hari ini adalah hari terakhir melalui rutin yang santai sedikit. Saya suka cuti sekolah kerana tidak terlalu mengejar waktu semasa menghantar anak-anak setiap pagi.

Sebenarnya syukur sangat sebab tadika, sekolah dan tempat kerja sangat dekat :D. Saya dan suami memang buat pilihan begitu. Tempat kerja saya lebih dekat dengan rumah kerana saya ada jadual kerja malam dan perlu memandu sendiri.

Saya mengalami rabun silau dan 'rabun ayam', jadi memandu pada waktu malam pada jarak yang jauh agak berisiko kerana ada tahap saya tak nampak langsung kereta di hadapan apabila terlihat lampu dari kereta dari arah bertentangan, ditambah lagi dengan mereka yang menggunakan lampu putih tu. Saya juga tidak dapat menganggar jarak jika ingin memotong. 

Picture credit : www.hdwallpapersinn.com
2 Januari ini bermulalah rutin masa yang baru. Anakanda putera sudah memasuki Darjah 4, jadi sesi persekolahan sekolah kebangsaan waktu pagi dan sekolah agama waktu petang. Rutin kejut bangun tidur memang tugas abahnya yang lebih cool ;)

Sebelum ini, sekolah agama waktu pagi paling lambat jam 8 masih boleh pergi tapi jika sekolah kebangsaan, seawal 6.30 pagi sudah perlu keluar rasanya. Waktu pagi jalan agak sibuk kerana ada 3 sekolah berdekatan.

Setakat ini, nampak anakanda putera bukan morning person seperti masa bayi dulu. Didoakan cepatlah dia sesuaikan diri dengan masa baru.

Saya jumpa artikel yang menarik
: When Your Star Pupil Loses Their Shine. How Simple Changes To Their Routine Can Make a Big Difference.

Penulis kongsikan tip:
1. Tidur setengah jam lebih awal dari waktu biasa.
2. Bangun tidur 15 minit lebih awal dari waktu biasa.
3. Mainkan lagu berentak ceria untuk menukar morning blues mood.

Apa yang telah saya buat, saya sentiasa beritahu berulang-ulang kepada anakanda putera tu "abang kena bangun awal jam 6 pagi, solat subuh, berus gigi, 6.30 pagi sudah keluar ke sekolah", supaya ia tersimpan dalam minda separa sedarnya.

Anakanda putera tu istimewa sikit :D. Dia perlu ambil masa untuk sesuaikan diri dengan suasana atau rutin baru. Walaupun sudah masuk Darjah 4, saya masih perlu hantar dan ambil pada hari pertama dan kedua walaupun sudah menempah van. Apabila dia sudah yakin, barulah saya yakin untuk 'lepaskan' dia.

Melalui pembacaan, saya rasa dia ada sedikit ciri-ciri disleksia tetapi saya masih belum membuat diagnos dengan pakar.

Buat semua ibu-ibu terutama yang pertama kali menghantar anak ke taska, tadika atau alam persekolahan, diucapkan selamat menempuh alam baru. Didoakan dipermudahkan segala urusan olehNya. Aamiin.




Picture credit : overcomingbusy.com


Sharing with ♥
 

Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Monday, December 30, 2013

Tip berbelanja bijak Prof. Dr. Rozieta Shaary

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google


Tip ini saya dapati dari FB page Ibu Rose --> Prof. Dr. Rozieta Shaary
Picture credit: smart2wise.aloveworld.com

1) Pantau dulu harga barang di kedai. Dapatkan best buy.  

2) Beli yang perlu saja. Contohnya, seorang anak, cuma sepasang kasut baru. Kasut lama guna untuk spare, jika kasut basah atau terlalu kotor.

3) Baju sekolah pun beli sepasang jer. Yang lama atau yang kakak punya pass kat adik, jadikan spare sementara membasuh yang baru.


4) Makanan dibekal dan beri sikit jer duit belanja sekadar nak melepaskan keinginan membeli kueh yang diinginkan semasa rehat. Bekalan, adalah makanan yang mengeyangkan.


5) Buku sekolah, itu tiada kompromi, Ibu beli yang baru kecuali yang pass kat adik, tapi anak akan mendapat alat tulis yang baru cuma tidak berlebihan.


6) Beg sekolah, Ibu akan suruh mereka basuh yang sedia ada dan pakai hingga dah tak boleh pakai dah. Tidak perlu beli baru hanya sebab nak baru.


Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha 

Saturday, December 28, 2013

Cara mudah menabung

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google


Alhamdulillah misi ini telah bermula walaupun belum memasuki tahun 2014.

Tip ini saya perolehi dari Tuan Shamsudin Kadir. Rakan di FB juga telah mula memparktikkannya. Seronok bila ada ramai kawan turut serta. Bila mereka kemaskini, kita pun rasa semangat nak komited.

Tuan Shamsuddin Kadir menyarankan strategi menabung yang selamba, menyimpan tanpa stres.

Buat sistem TIDAK BOLEH BELANJA DUIT KERTAS RM5 (warna hijau) atau RM20 (warna oren) - bergantung pada status kewangan semasa.

HARAMKAN belanja duit itu bagi membolehkan simpanan.

Duit yang terkumpul itu digunakan untuk beli emas atau bayar lebih hutang yang masih ada.

 

Kita tengok hasilnya 3 bulan dari sekarang. Sasaran Disember 2014 adalah RM5 ribu ;)

Bagi ibu menyusu, kaedah ini boleh digunakan untuk membeli pam baru atau barang-barang keperluan dalam tempoh penyusuan.

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  

Friday, December 27, 2013

Baby and Me - susu ibu dalam filem Korea

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google


Baby and Me
Semasa melayari FB beberapa bulan dahulu, saya ternampak status kawan yang mengulas filem di atas. Katanya filem ini sangat bagus untuk mempromosi penyusuan susu ibu :D

Antara scene yang menarik: 


 

 
 
Ibu boleh menonton di sini --> Baby and Me

Skrip ini sangat bagus walaupun diselitkan secara tidak langsung dalam drama atau filem. Jika diulang-ulang ia akan dapat mempengaruhi minda ibubapa sama seperti iklan susu formula yang saban hari ditayangkan. Ada ibubapa yang telah mempercayai iklan tersebut sehingga ada yang menulis komen anaknya cerdik dan petah kerana minum susu XYZ.

Kita berharap industri filem di Malaysia berubah ke arah yang lebih baik, bukan hanya mementingkan nilai komersil semata-mata.

Sharing with ♥
 
Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  

Thursday, December 26, 2013

Kenali pembantu penyusuan ibu

Teks: Zaleha Mustapha  
Foto: Carian Google





Pembimbing Ibu Menyusu atau Breastfeeding Peer Counselor, yang selalu dikenali sebagai PC adalah individu yang telah menghadiri bengkel 18 atau 20 jam anjuran klinik/hospital, Pusat Laktasi Kebangsaan atau Persatuan penyusuan susu ibu, salah satunya seperti Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association.





Setelah memiliki sijil PC, mereka boleh menyertai bengkel seterusnya yang melayakkan sebagai Kaunselor Laktasi (Lactation Counselor) atau biasa dipanggil LC.

Kaunselor Laktasi perlu menghadiri bengkel kaunseling susu ibu selama 40 jam yang mencakupi praktikal di hospital yang berdekatan dengan tempat kursus.

Bagi yang ingin bergelar Konsultan Laktasi (Lactation Consultant) mereka perlu menduduki peperiksaan dari International Board of Lactation Consultant Examiners® (IBLCE) dan menepati syarat-syarat yang telah digariskan dalam Board tersebut.


Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
Sharing with ♥

------------------------------------
Ingin bertanya tentang penyusuan susu ibu?
Maklumkan persoalan ibu di sini >>>Borang Konsultasi Susu Ibu  


+Zaleha Mustapha  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...