Wednesday, August 26, 2015

Kemudahan penyusuan susu ibu di tempat awam tidak mencukupi?

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

"Pihak berkaitan perlu mempertimbangkan untuk mewujudkan lebih ba­nyak kemudahan penyusuan susu ibu di tempat awam bagi memberi keselesaan kepada para ibu, kata isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor".

Semalam berlangsungnya Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia 2015 Peringkat Kebangsaan di Putrajaya. MBfPCA mendapat jemputan untuk turut serta tapi saya tidak dapat hadir bersama rakan-rakan kerana tuntutan kerja :( Didoakan ada rezeki di tahun lain pula. Amin.

Kepada ibu-ibu yang ingin mengikuti ucapan perasmian oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bolehlah ke link https://youtu.be/-NJxJnrIAvE

Hakikatnya masih ramai ibu-ibu yang bergelut dengan isu majikan tidak menyokong penyusuan susu ibu, persekitaran kerja tidak sesuai dan bebanan tugas yang tidak fleksibel untuk ibu menyusu.

Faktor-faktor ini menjadi antara punca ibu terpaksa berhenti menyusukan anak dengan susu ibu atau meninggalkan kerjaya.

Berkenaan kemudahan awam seperti Bilik Menyusu pula, kita akan lihat sejauhmana pelaksanaannya selepas ucapan isteri Perdana Menteri ini.

Saya teringat KL Breastfeeding Flash Mob 2012 di KLCC. Ia rentetan kisah ibu yang "dihalau" oleh pegawai keselamatan kerana menyusu di ruang terbuka bukan di Bilik Menyusu. Bayangkan, wajarkah jika ibu berada di taman KLCC dan anak mahu menyusu, maka ibu perlu bergegas ke beberapa tingkat untuk mencari Bilik M
enyusu?

Itu belum lagi kisah Bilik Menyusu penuh dan disalah guna (bapa dan semua ahli keluarga pun turut masuk, pencuci lepak dll.).

Setelah 3 tahun, saya tidak pasti adakah KLCC telah menambah bilangan Bilik Menyusu di setiap aras mahupun di ruang terbuka (taman).





Sharing with ♥



 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261


 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>>ClothDNZ

Friday, August 21, 2015

Kenangan di Konvensyen Prisma 2015

Teks : Zaleha Mustapha
Gambar : Koleksi Peribadi dan Rakan FB

Assalamu'alaikum & Salam kebahagiaan,
Allahumma salli 'ala sayyidina Muhammad.

Alhamdulillah Konvensyen Pembimbing Penyusuan Ibu dan Asuhan Alami Malaysia (PRISMA) 2015 telah melabuhkan tirainya. Menjadi sebahagian dari AJK Prisma 2015 adalah satu kenangan terindah yang pastinya sentiasa di hati.

Hasrat untuk menjadi sukarelawan seminar/konvensyen susu ibu telah lama saya impikan. Alhamdulillah tahun ini impian tercapai. Gerak kerja PRISMA 2015 bermula pada awal tahun 2014 diketuai oleh Dr Nadrah Arifin sebagai Pengarah dan Puan Nor Kamariah Moh Alwi sebagai Penasihat. FB group dan WhatsApp merupakan medium utama perbincangan selain beberapa mesyuarat yang diadakan di susuibu.com dan rumah Puan Nor Kamariah sendiri :)

Saya kongsikan dahulu gambar-gambar kenangan bersama rakan-rakan AJK. 

Hari Pertama
Pra-Konvensyen
Bersama Nora Herni dan Faliyana
Bersama Registration Crew
Elia dan Nurina


Rehearsal Majlis Perasmian

Hari kedua Konvenysen
Bersama Adha

Hari ketiga Konvensyen
Bersama Registration Crew

Bersama Nora Herni dan Nurina

Bersama sebahagian AJK
di Bilik Nursing / Bilik Urusetia :D

Barisan Prisma 2015 Crew
Gambar yang merakam seribu satu rasa <3

 Ibu-ibu boleh mendapatkan slaid dari penceramah dan perkongsian tentang penyusuan susu ibu di sini >> Konvensyen Prisma 2015.

InsyaAllah saya akan kongsikan lagi mengenai konvensyen ini.


Sharing with ♥


 Zaleha Mustapha
Kaunselor Laktasi
 ------------------------------------
Inginkan konsultasi penyusuan susu ibu PERCUMA?
email zalehamustapha.lc@gmail.com
Telegram 011-2300 8261


 Mahukah ibu-ibu memiliki baju menyusu Muslimah yang membantu ibu-ibu menyusu dengan mudah, anggun bergaya?
Klik di sini >>>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...