1. Andaikata kamu
dikhianati atau
dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah
bersedih. Ingatlah peristiwa
Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...
2. Andaikata
ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu
ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah
peristiwa
Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...
3. Andaikata kamu
buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan
keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah
Yunus as, yg terperangkap di dlm
perut ikan.
4. Andaikata kamu didatangi
penyakit, dan seluruh
anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah
Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping
kehilangan ahli keluarganya.
5. Andaikata kamu melihat akan
adanya
kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah
kisah
Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.
6.
Andaikata kamu
difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah
bersedih. Ingatilah kisah
Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga
satu kota memperkatakannya...
7. Andaikata kamu rasa
kesunyian
dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah
Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali
Hawa.
8. Andaikata kamu rasakan
tidak ada kewajaran akan apa yg
perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi,
usah bersedih. Ingatilah kisah
Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu
sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...
9.
Andaikata kamu
diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri
lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan
dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah
Muhammad saw, yg dipulaukan dan
diperangi oleh keluarganya yg terdekat...
Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...
Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan
mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu
hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan
dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...
ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN.
Jika sudi dikongsikan dgn sesiapa sahaja, silakan jika tidak keberatan......
(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir.)
*************************
Begitulah juga dengan kisah ibu-ibu menyusu. Mungkin ada yang pernah terdetik di hati, kenapa susu sedikit, kenapa anak tidak mahu menyusu, kenapa anak tidak mahu menyusu melalui botol - bagaimana hendak pergi bekerja?, kenapa suami tidak menyokong, kenapa itu, kenapa ini ...
Sesungguhlah Allah sedang menyediakan ibu-ibu untuk menjadi seorang ibu yang lebih hebat insyaAllah. Mungkin tidak terlihat di mata orang lain, tetapi hanya ibu yang dapat merasakan kekuatan tersendiri apabila tempoh "ujian" itu dapat dihadapi dengan sabar dan usaha yang tidak kenal erti pasrah.
Terima kasih Allah, Allah sediakan saya dengan kisah dan pengalaman menyusukan anak pertama sehingga 4 bulan sahaja, semasa pantang pun sudah diberi susu formula walaupun saya teringin menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu. Bila direnung semula, banyak sangat hikmahnya. Rupanya itulah permulaan yang melorongkan saya menimba ilmu, mengutip pengalaman, menyemai cita-cita sehingga saya menjadi Kaunselor Laktasi sekarang.
Inspirasi saya dalam dunia susu ibu, Puan Kamariah Alwi pernah berkata, "tiada kegagalan dalam kisah penyusuan, yang ada hanyalah permulaan untuk sebuah kejayaan di masa hadapan".